Skip to main content

Perkembangan #muhamadthaqifaiman 13bulan

Assalamualaikum...

Menginjak ke usia tiga belas bulan, Thaqif makin aktif.

Tiga belas bulan, 8.1kg saja beratnya, BMI turun, nurse bebel-bebel la dah nak masuk line kuning.  Apo ibu nak jawab, walhal makan macam biasa jugak.Buah, nasi semua layan, mungkin sebab aktif la kot makanan tak jadik lemak. Muahaha... Ibu tak risau sangat kot sebab dah tahu tahap anak makan cemana.

Dia mula confident untuk melangkah sendiri dah. Mula-mula belajar jalan seem so funny, macam peguin je dengan tangan tergapai-gapai diawangan tu, kadang-kadang nak jatuh tapi imbang balik badan pastu kadang terjatuh dan nak give up. Tu cerita 2minggu lalu, sekarang dah laju jalan pastu setiap celah pun dia dah explore dah sampai tersepit celah peti ais, celah kerusi... Keje dia jalan jelah sekarang, explore situ sini nak-nak bila kat rumah orang, suka la explore. Cant wait to see you in ur baju melayu raya... ala tomeinya bila pandai jalan dengan baju melayu.

Suka main pintu. Pintu almari, pintu rumah, pintu bilik mahupun pintu bilik air. Bukak tutup bukak tutup. Dah tertutup rapat tak boleh bukak pintu tu dia nangis. Bhahaha...

Dah pandai dah bila tanya mana cicak, nanti tunjuk kat siling, mana ayam, buat bunyi ayam, suruh ambik buku dia tunjuk je kotak mainan dia, cakap atok dah balik g bukak pintu, dia kedek-kedek pegi kat pintu pastu gelak bila nampak atok dan much more.  LORI masih BAS pada Thaqif.

Pandai dah le tengok buku dengan excited bila ibu bacakan. Dulu pun dia excited je dengar, tengok buku tapi sekarang lebih lagi ekspresi dia. Enjoy la sekarang membaca dengan Thaqif. Rasa nak beli 100 buku lagi baca sama-sama.

Lebih excited dengan phone ibu. Kalau tak dapat phone, letak tangan kat telinga pastu bebel- konon borak kat phone letew. Dok dalam kereta, dapat phone, ibu pasang doa dhuha, nanti dia dok diam je dengar, kadang-kadang mood baik dia pun ikot doa tu especially part terjemahan doa tu. ^__^
Kalau dapat phone ibu masa dok kat rumah, pasang doa dhuha tu Thaqif suka la pegang phone sambil jalan-jalan pastu goyang-goyang phone tu (konon joget ikot rentak doa tu kot). 10x langkah 5x phone ibu tercampak sebab dia grip phone tu hujung-hujung jari je. (mintak-mintak papa baca ni cepat-cepat approve proposal ibu nak beli phone baru)

Dah pandai merajuk. Kalau tetiba tak kasi benda dia nak, sat g guling la. Merungkup badan dia ke lantai, konon nangis la bunyi waaaa... Ibu tak layan, tak dan seminit dia dah panjat ibu. Bhahaha...
Over la bujang nih!

Pandai dah sikat-sikat rambut semua. Orang sikat rambut dia kasi smart, dia sikat balik bagi serabai. Layan jelah.

Mandi masih favourite la nak-nak kalau penuh bubble. Ibu layankan je mood dia nak mandi berbubble tiap petang. Release tension dari kerja bila tengok anak seronok mandi.

dah siap mandi payah la plak nak nak pakai diapers. Jenuh kejar.


Perkembangan Thaqif pada usia 12bulan + ini lebih pantas dari sehari ke sehari. Hari-hari makin ibu rasa sayang nak tinggal Thaqif pergi kerja. Rasa nak duduk je depan dia setiap hari tengok dia main, berkembang tapi belum ada rezeki la nak berbuat demikian. 






Comments

  1. Besar dah Thaqif. Bukan baby dah lagi...

    ReplyDelete
  2. wahhh..pandai dia yer....hihihi..jalan pun laju yer...nanti bagitahu ayah suh beli phone baru kat ibu..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah hari2 pesan kat thaqif soh bagitau papa.hahah

      Delete
  3. Seronokkan bila ank dh pandai mcm2..umminya jadi excited..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? xsabar boleh cakap2 macam azwa tu, comel!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d