Skip to main content

Sippy cup with straw untuk menggalakkan anak kerap minum air masak

Assalamualaikum...

Cerita dah lama jugak sebenarnya.
Dah nak masuk bulan ke-6 kot Thaqif minum air guna sippy cup with straw tapi saja nak abadikan cerita disini.
Menyesal la tak beli awal-awal sippy cup straw kat dak Thaqif tu. Patut bagi sejak dia mula makan lagi sebab sangat membantu Thaqif minum air dengan kerap. Sebelum ada botol ni, guna botol susu biasa je dia main-main je minum, siap tuang-tuang air kat lantai lepas tu lap dengan tangan dia. Phewww...Urut dada dengan perangai awak anak oiii...Kalau mintak botol dengan dia tak bagi main dia menjerit. T__T.

Disebabkan itu, dan memikirkan di musim panas ni, risau anak dehydrate, maka ibu pun mencari solusi untuk menarik minat anak untuk minum air. Bagi dengan cawan dia suka, 1-2 kali dia minumlah elok-elok lepas tu dia main bubble kat dalam cawan tu dan rendam tangan dalam cawan, tumpahkan serta lap. T__T.

Again, pening jugak fikir nak beli botol cemana. Patut beli sippy cup yang biasa tu atau yang ada straw... Kalau beli yang straw, pandai ke anak minum semua. Macam-macam ada dalam kepala. Kang tak guna, rugi plak. (maaf nak, ibu meme kedekut). As always rujukan kite saat nak membeli-belah terus belek lazada.com.my dulu... LOL harga satu-satu tu T__T.

Lastly decide, just walk-in kat supermarket jelah. Dan jumpa macam-macam harga, jenis. Comel-comel. Menggoda sangat.
Finally beli brand anakku, ada 2 sippy cup. 1 ada straw, dan lagi satu muncung kat tepi tu. Kurang menarik minat kite sebenarnya sebab takde pemegang, tapi dah murah dan nak test dulu pejam mata beli.


Balik, test. Try bagi Thaqif yang sippy cup biasa tu. Dia suka, explore la benda baru. Namun sat je dia minum elok-elok, lain waktu botol tu diguna untuk main gigit-gigit je. TAK BERJAYA.

Next, try plak bagi sippy cup straw. Awalnya dia gigit-gigit je straw tu dan fikir jelah nak buat macam mana. Then slowly, nampak air sedang disedut naik. Hahahah...pandailah anak ibu ni. Dia pun senggih je suka. Sekarang kerap je minum air. Letak je dekat tempat Thaqif dok main, nanti dia penat, dahaga nanti dia sendiri ambil botol tu untuk minum. 
Ibu pun gembiralah melihat perkembangan positif anak. Dah tak fikir nanti dia dehydrate etc sebab tahu Thaqif good, suka minum air dah.
1 hari kadang Thaqif boleh habis 2 botol air masak. Mihmihmih...
Good sayang!

Ada 1 minggu tu, tertinggal botol air kat rumah mak tok. Maka ibu beli botol panda ni ada tali bagai. Sudahnya Thaqif kurang minat je kat botol tu sebab gemok dari botol hijau dia tu. Pff...

Cawan berstraw yang mak tok beli kat kedai RM2. Murah la, RM2 dapat 3 biji dengan warna yang comel-comel. Thaqif enjoy je minum guna cawan ni sebab nanti boleh tuang-tuang air lepas minum, dan rendam tangan dalam cawan. T__T.







Comments

  1. Ammar pun ada botol hijau tu..sangat berguna

    ReplyDelete
  2. suka tengok bebudak kecik yang guna botol gitu. hehe

    ReplyDelete
  3. mmg comel botolnya! bkn budak je yg suka kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...haah mak budak pun layan juga kalau dapat botol comel2.haha

      Delete
  4. Yg botol sebelah Kiri Fayyadh ad. Tapi yg ad pmegang. Cute botol2 baby ni. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ada pemegang lagi cute kan...nanti la nak beli botol baru kat thaqif yg ada pemegang

      Delete
  5. Aqil guna sejak dia boleh mkn...umo 7 ke 8 bln cmtu.sj test tgk2 dh pndai isap guna straw trus guna smpai skrg.klau bg botol dia x minum byk tp guna ni byk gak air masak dia minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended sangat bila anak mula makan ajar minum ngn botol straw ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1

Assalamualaikum... [ENTRI SEKIAN LAMA TERPERAM DALAM DRAFT -AUTO PUBLISH] Kite share pengalaman kite jer, not to misunderstanding yang kite nak beriak-riak ke hape. Kot-kot dari pengalaman kite kawan-kawan yang 1st time macam kite bolehlah jadikan panduan kala membeli property sendiri later. Alhamdulillah... Syukur tak terkira, kini memiliki tanah sendiri.  At first tak terfikir pun untuk membeli. Risau tak mampu.  Sebelum balik kampung dahulu, memang kami berangan-angan untuk membeli tanah, atau rumah sendiri tapi dalam masa 5 tahun ke depanlah. Tinggal dikampung halaman pun, tapi bila both bekerja, ada expenses 2 pihak juga. Expecting baby lagi buat menutup cerita tentang membeli RUMAH/TANAH/KERETA BARU. Dalam part 1. Kite bercerita tentang lokasi/deposit. How we solve it. Rezeki Allah tak terjangka. Kala trimester ketiga kandungan, husband ada berkenalan dengan suami rakan sepejabatnya, yang bekerja sebagai kontraktor dan buat sambilan jual beli tanah. ...