Assalamualaikum
Hari ni nak berkongsi, koleksi tabung i'olls...
Banyak tabung je, tak penuh duit pun lagi.
Tabung 1Malaysia BSN, ini dapat dari seorang dari adik comel semasa join event charity kat Cheras tak silap (lupa dah nama tempat tu-rumah anak-anak yang menghidap HIV/Aids). Rindu mereka... Everytime tengok tabung ni masih terbayang senyuman si comel itu.Selalu nak di peluk.
Since husband dan saya selalu berlumba-lumba simpan syiling, husband claim dia takde tabung-so dia la guna tabung ni.
Tabung TH itu tabung Thaqif. Boh jugak gambar sebab most syiling lately masuk tabung dia je sokmo. Papa dia balik pun dok isi tabung dia juga. Untunglahhh...
Tabung Bank Anna(Anamuslim) dapat semasa jadi fasilitator join event bersama anak-anak FELDA di KL.
Tabung ni jadi macam tabung sedekah. Bila rasa ada lebihan duit, niat nak buat jariah, masuk tabung nilah bila dah banyak, bagi la ke masjid/ upah orang buat tahlil. Tapi tabung ni kurang aktif kot sebab sekarang dah ada alternatif lain untuk sentiasa bersedekah. Later kite share macam mana k, semoga semua orang dapat manfaatkan sama-sama.
**ini bukan riak, just a sharing ok. read in calm.
Tabung rumah- hadiah dari mama beli semasa kami jalan-jalan di Wang Kelian, Perlis. Tabung ni guna bila tabung rumah kecil tu dah penuh.
Tabung rumah kecil tu hadiah dari kakak, buah tangan untuk adiknya masa dia ikut lawatan sekolah. Nilah tabung kite yang rajin diisi. Berlumba-lumba menabung sama-sama dengan husband. Balik rumah je kosongkan syiling dari purse.
Later, nak asinglah, tabung rumah besar untuk simpan duit syiling baru, tabung rumah kecil tu simpan duit syiling lama. Senang sikit. Bank sekarang takmo campur-campur duit syiling lama dan baru.
Lastly, bukan tabung tapi bekas tu diguna untuk simpan duit 5sen. Dah penuh pun bekas tu. Nak kena cari bekas lain plak.
Menariknya koleksi2 tabung. Sue ada yg tabung TH tu juga.
ReplyDeletetabung TH tu lagend la...dari dulu hingga kini xberubah
DeleteAmmar nyer tabung satu jer..Tabung SSPN-i. Dapat masa buka akaun SSPN-I. Mamanya tabung kotak jer..Sebab macam dah tak banyak tabung kat pasaran. Orang dah jarang menabung kot..
ReplyDeletekite xbukak pun sspn-i.xtau bila nak bukak.
DeleteDuit syiling skrg un bernilai boleh guna byr tax.. :D
ReplyDeleteJom singgah blog sy:)
tahu xpe.dok simpan 5sen, sedar2 bila kira2 ada rm10 dah pun
Deletetabung kita bekas kaca mcm pasu tu.x boh bunga tp boh duit...hahaha...bl penuh skali tukar 3 4 ratus gak la
ReplyDeletemenarik tu.meh share sikit nak tengok rupa pasu tu boleh jadikan inspirasi utk pakat menabung
Deletetabung haji xdpt la dh hbs stock msa buka akaun utk rania.tiap kali pergi bank utk saving msti tnya tp ttp xda. nak jugak !
ReplyDelete