Skip to main content

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum...

Hari Raya. 
Dah lali dengan soalan dari saudara-mara, rakan taulan 
"Taufik tak balik?" dan ayat "Kesiannya.", "Sedihnya."
Kite mampu senyum jelah.
Because I'm to buzy handling my young man- Muhamad Thaqif Aiman.
I'm strong. I'm okay.

Tipu cakap tak sedih, tak terfikir langsung suami yang jauh dimata pada Hari Raya.
Scroll je facebook situ sana sini gambar ceria kawan-kawan bersama suami dan anak beraya mesti terdetik dihati nak bergambar camtu juga.

Soalan seterusnya, tak mintak tukar ke? (either I going there, or he back here)
Pheww... 
Soalan... Tak hagak-hagak. Macam mintak tukar hari ni esok ting boleh dok sebelah dah. 
Abah kite bukan menteri ada kabel besar peha sesenang habuk boleh cepat dapat tukar.

Orang sekarang, tak pelik dah kahwin tak dok sekali.
Erm. Komen yang tertusuk dijiwa juga.
Takde orang berkahwin untuk terpisah. (orang gila jelah kahwin pastu sengaja dok jauh-jauh)
Untuk kami, mungkin ini ujian untuk perkahwinan dan rezeki kami.

Perkahwinan Jarak Jauh ain't easy bebeh!
Rata-rata kawan-kawan ofis cerita, mereka pun pernah apart with their partners etc. Dugaan. Cabaran. Banyak. 
Hanya yang kuat sahaja mampu meneruskannya hingga ke penghujung. 
Ada juga yang gagal.
Sebab gagal, tak mampu la nak olahkan. Setiap orang tu caranya berbeza. Setiap pasangan pun berbeza cara mengendali hubungannya.
Dan kite doakan supaya kami tak melalui kegagalan.

Kini sedang melalui PJJ, kite dapat rasa susahnya tetapi kami berdua cuba sedaya upaya untuk menjayakan hubungan ini. Kami cuba positif, tabah, percaya, komunikasi, meyokong satu sama lain perlu sentiasa diwujudkan dalam diri masing-masing.Setiap kali bersua, kami akan mengukuhkan elemen-elemen tersebut disulami kasih sayang dengan berbincang dan merancang perjalanan hidup kami.
Husband will always ask me, are you happy with me? am I good enough yunk? What my bad habit that I need to leave? You should tell me if there anything not right. 

Alhamdulillah. We both open minded to talk about everything. Kalau tetiba fikiran tak selari, rasa nak marah, dua-dua akan diam hingga dapat topik lain. 

Buat masa sekarang, hanya husband yang berulang-alik menjenguk kami disini sebab dia kan bujang, senang bergerak. Nak harap kite ke sana, dengan anak adalah agak rumit with all those bag etc. Husband pun dok rumah bujang je. Much things to think. Maka, biarlah selesa husband sahaja yang berulang-alik.

PJJ means apart.
But doesnt mean we will be apart forever. 
What use a  marriage while we both apart right?

3 tahun. 
Hanya 3 tahun tempoh masa untuk berjauhan.
Kalau husband tak dapat tukar balik Kelantan, kite akan ke sana mengikut suami la. Husband need me. I need husband. Thaqif also need papa and ibu all together.

Pejam celik dah lebih 15bulan berlalu kami PJJ. Kejap je dah nak halfway pun.






Comments

  1. huhu..xtau nk komen mcm mne..tp rasanye boleh fhm raye tanpe suami ....klau xraye pun dah rindu suami kan...saya doakan semoga hubungan awak suami isteri kekal hingga ke jannah..insyaallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ dear for doa.so far im strong for our boy

      Delete
  2. Sabar okay..Saya pun still PJJ. It's nothing la..Just doa banyak2. Rindu always there. Just enjoy rindu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. right! mmg sabar pun. tak la stress mana since suami selalu je balik.

      Delete
  3. i konow u are a strong mother, sux pernah PJJ tapi pernah rasa hubby x de di sisi kerana tugasnya yang terpaksa travel kerap ke oversea. rumah dah jadi mcm touch N go je masa tu..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ a lot.hehe.always believed sweet comes after sour.just enjoy the life.

      Delete
  4. hanya orang yang kuat je mampu untuk menghadapi dugaan perkahwinan jarak jauh ni,beraya tanpa suami disisi...aimi kuat sebab tu Allah bagi aimi lalui semua ni, akak ni tak kuat sangat kalau kena hadapi dugaan macam tu.. tengok dah separuh jalan aimi dan suami lalui pjj ni kan, insha Allah tak lama lagi dapatlah duduk dekat2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ akak for support.up n down. insya-Allah.

      Delete
  5. assalamualaikum, sedihnya kalau kena pjj... insyaallah, kena saling trust each othee ok ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. trust is the key of everything.alhamdulillah so far we trust each other.

      Delete
  6. Allah uji ikut kemampuan seseorang... You're strong.. Thats why Allah give it to you..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...