Skip to main content

Kelantan Baby & Kidz Fair ( 13-15 Ogos 2015)

Assalamualaikum...

13 Ogos 2015.
Husband masih bercuti.
Hari Khamis dah balik awal tapi kite lagi mintak balik awal dengan alasan nak pergi ke pejabat PTPTN untuk mengisi borang potong gaji.
Minggu sebelum tu dapat memo KKM wajib bayar PTPTN dengan cara potong gaji maka nak pergilah menunaikan tanggungjawab.

Sebelum balik tu sempat pergi jamuan raya dahulu makan kenyang-kenyang. Sempatlah rembat sepinggan kambing golek untuk husband yang sedia menanti wife.

Dah abes husband makan. Moh la bergerak ke Baby& Kidz Fair di KTC itu dahulu sebelum pergi pejabat PTPTN.

Lunch hour. Orang pun baru mula nak terjah jugak la fair ni.
Sebelum masuk, daftar dulu kat kaunter pendaftaran  untuk dapat goodies bag.


Pergi husband wife dapat le 2pcs goodies bag. 
Sabun dan chewing gum dah selamat sampai kat Johor dah.
Diapers jelah dapat kat Thaqif.

Pusing-pusing. Memula target tengok harga diapers dan dapatkan sampel. Kikiki... I love freegift aka sample.


Selain booth Diapex dan Dry-Pro ni terdapat juga booth Mamypoko dan Drypers tapi mereka tak menyediakan sampel diapers maka tak dapat la mengutipnya.
Harga diapers pun ada yang murah ada yang suam-suam (murah dari pasaran tapi terlebih bajet kite) siap ada freegift lagi. Berbaloi la beli kat fair ni dapat freegift dimana-mana.
Dry-Pro RM25 untuk 1 pack
Mamypoko (lupa tapi below RM30 pun ada harganya)
Drypers Mega RM65 untuk 2 pack.
Diapex  Easy/ Wonder Pants RM87 untuk 3pack.

Murah dah si diapex wonder pants tu, nak beli tapi tetengah bulan ni bajet kritikal la maka tak beli. Lagipun stok drypers masih 2 kotak lagi kat rumah tu, tak stress nak beli terus.
Drypers tu kite rasa berbaloi lagi beli yang RM90 untuk 3pack kat online kot lagipun freegift dia tak menarik la. Botol air sesaja. Beli 10 pakej dia pun dapat 10 botol air la. Kalau ada variety freegift untuk pilih ke apa syok jugak nak beli.

Pusing-pusing. Beli la beberapa helai seluar untuk Thaqif.
 Kedai memula start shopping seluar sehelai RM5

Baju 1 set RM10

 On the way nak keluar pintu tu singgah kejap kat booth situ. Lagi murah. 
Seluar sehelai RM3. Maafkan seluar dengan reben tu. Ibunya berkenan sangat seluar color grey, papanya pun cakap amek je balik buang reben tu dah okey. Ihiks.
Seluar askar tu RM5 tapi hensem abes la. Husband siap query kenapa tak amek 2-3helai lagi hat saiz 3-4tahun ke. Beli, simpan, nanti Thaqif besar lagi pakailah. Minat benor cap askar-askar ni papa Thaqif neh.

Pastu nampak baju mandi pulak.

RM10. Haruslah rembat. Lepas ni takde la korbankan rompers lagi buat mandi. 
Besar sikit takpelah boleh pakai sampai tahun depan.

Dah setel situ, teruslah menuju ke pejabat PTPTN Kelatan kat Tunjong sana.

Bersambung next entri la pasal PTPTN tu yer... Panjang benorr dah ni cerita.



Comments

  1. Banyaknya shopping yer, seluar RM3 je yer. Kat Perlis paling murah pun RM10 baju dan seluar baby...

    ReplyDelete
  2. Aaa berbaloi...cik.mah pun pernah beli seluar azwa rm3 kat expo..berbaloi2..

    ReplyDelete
  3. as salam. abam kie pun nk gi shopping beli keperluan bayi yg bakal lahir akhir thn ni...terus abam kie folo sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bershopping abam kie...nanti kite singgah blog abam kie jugak.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

OH MY GROLIER!

Assalamualaikum... Korang pernah dengar Grolier tak? Program English for kids camtu. Biasa kat event apa-apa mesti je grolier ni ada jugak. Nice program with a price. Untuk orang macam kite hat biasa-biasa ni, berat la nak keluarkan 3-4k camtu. Ala... bayar bulan jo senang. Tapi masih memikir sebab banyak sangat dah hutang  yang ditanggung. Last 3 weeks, pergi KB Mall, Grolier ni ada la dok mengejar parent macam kite ni untuk belikan untuk anak.  Masa tu berjaya melepaskan diri. Minggu seterusnya plak kebetulan makan-makan majlis perpisahan kawan ofis. Ada jugak orang Grolier ni datang jumpa bos Rekod promote. Awal-awal i'olls tak join. Khamis, 17 September 2015. Encik grolier tu datang kat ofis jumpa bos kite, sebab bos kite pun membeli jugak. 3-4x dok ke hulu-hilir sambil doa cepat-cepatlah encik grolier blah. Dia tengok kite senyum, i senyum balik. Diam. (Dia tak berani tanya kite sebab bajet kite anak daro tang-tang) Sekali ntah macam mana ...