Kerja 2 Hari, Cuti 5 Hari- Kita Nak Ke Mana?

Assalamualaikum...

Minggu lepas dok tengok tarikh cuti umum tahun 2016.
Teringat pulak november nanti cuti 5 hari. Deepavali (Selasa-10 November), Hari Keputeraan Kelantan (Rabu&Khamis-11&12 November) bersambung dengan cuti hujung minggu (Jumaat&Sabtu-13&14 November).

Sebagai perancang kewangan keluarga merangkap perancang cuti dan segala-galanya, of course la kalau time ada cuti panjang begini tak harus dibazirkan dengan duduk dirumah bersahaja. RUGI!
I'olls suka cuti bersambung ni bukan cuti umum(merujuk pada hari keputeraan sultan kelantan). Kelantan je cuti sebab nanti taklah kalut dengan orang ramai di tempat bercuti. 

Masalahnya, tempat bercuti tu... Nak bercuti ke mana? Grrr... Stress. Bajet kecik-kecik je.
Mula-mula kite plan nak ke Johor la. Spend time dengan husband dan anak je. Tambah tolak harga tiket flight ke Johor dua beranak hampir RM500, belum termasuk kos menginap di hotel, jalan-jalan etc. Nak pergi dengan bas jimat sikit tapi fikir 12jam, berdua dengan anak je... Berpeluh jugak fikir takut anak berpeel ke apa. Husband pun tak yakin jugak nak bagi kite naik bas berdua dengan anak...
Maka bercuti ke Johor reject.

Next, kite kempen husband, jom pergi IPOH la mengenang waktu belajar dan berchenta dahulu kala...
Huhuhu...
Husband cakap, okey tapi kita bawak mak ayah sekali yerr.
Kite macam, apakah??
Ipoh apa ada derr? Nak bawak mak ayah pergi jalan mana?Aktiviti kami zaman poli dulu pun sekadar pergi kasi ikan makan roti kat Taman DR sana dan itulah je pun aktiviti yang kite nak buat kalau ke Ipoh. Lain-lain, IPOH lebih fun pada hujung minggu aka hari Ahad, yang mana bukan hari cuti kite.

I mean, kalau kami berdua dengan anak je takpelah santai-santai borak-borak mengenang zaman dulu-dulu sambil layan anak yang pastinya jakun tak pernah kasi ikan makan, dok 14jam kat taman DR tu pun takpe je. Ni bawak mak ayah, jauh-jauh menapak sampai Ipoh pergi kasi ikan makan je, nanti ayah cakap baik bagi ikan dalam kolam ayah kat rumah tu makan je. BORING!

Me : Erm. Lets go PENANG la nak?
Husband : Blank. Tak retilah berjalan kat PENANG. Tak pernah terfikir pun. IPOH boleh la memang expert.
Me : Pulak! Pastu nak ke mana?
Husband : Ntah.

Susah.susah. Macam-macam la encik driver ni.

Dalam kepala kite Terengganu or Cherating. Belum lagi bukak proposal kat husband tengah fikir aktiviti la kat tempat bercuti.

Kuala Terengganu. Makan sedap. Ikan Celup Tepung. Seafood.  Pasar Payang femes la, tapi kite bukan kaki shopping pun. Sila percaya. Pergi bercuti, tak fikir shopping la kot.
Apa lagi best Terengganu eh?

Cherating. Okey la santai-santai tepi pantai, bosan-bosan pusing-pusing cari makan. Orang kata pantai Cherating lawaaaaa... Nak la celup-celup anakda kat Pantai Cherating tu jugak... Nanti lalu kemaman boleh pergi mini zoo, melawat turtle kat Cherating lagi. Fuhfuhfuh. Nak plan cemana pulak perjalanan kita supaya ada masa untuk main air pantai, jalan-jalan lagi. Hmm...

Kawan-kawan hat pernah pergi cuti-cuti ke Cherating/ Terengganu moh le kasi idea nak pergi mana, tempat  menginap best (nak bilik yang besar tau).



Comments

  1. wah seronok tu plan cuti2...cherating pun best, nak duduk mana tu akak taktau la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan