Mee Udang Pak Man Lemal, Pasir Mas Kelantan

Assalamualaikum.

Sambungan kisah lepas shopping di baby&kidz fair itu.

Abes di pejabat PTPTN, balik rumah kemas beg nak balik Kemahang le pulok. Dah abes kemas, amek Thaqif dari rumah opahnya terus balik Kemahang.

Tapi husband tak makan lagi maka suruh la singgah kat kedai makan sesiap kot kat umah mak takde makanan ke apa takkan nak keluar balik ye dok?

Husband pun rambang berhenti.

Rupanya berhenti di kedai Mee Udang Pak Man Lemal.

Kedainya ditepi jalan je kat Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Kedainya sebelah kiri, betul-betul sebelum simpang nak ke Hospital Lati, Pasir Mas.
Kedai sempoi je tapi makan sedap!

Kite order nasi goreng kampung.
Yang sampai nasi bak gunung dengan udang  4ekor beserta telur mata lagi. Gambar ni dah nak habis makan dah pun baru ingat nak snap gambar.
Komen : Nasi goreng sedap penuh rasa manis-manis air udang gitu. Dalam nasi goreng ada sotong dan daging yang di potong kecil. Penuh sangat lauk tak tau nak makan mana.

Husband order mee berkuah aka mee udang.

 Nampak yummy tak?
Pun macam gunung lagi berseri dengan 5 ekor udang dan telur.
Husband punya mampu la amek gambor full sebab husband amek turn jaga anak kasi wife makan dahulu.

Komen husband : Sedap. Kuah dia terasa umphh...Pure rasa manis udang dan kurang bahan perasa. Udang plak segar dan besar-besar jugak memang puas makan.
Ditambah pulak kite tak makan udang, bayangkan jelah husband mengah nak abeskan sang udang-udang itu semua.

Makan berdua, ditambah air sirap dan limau ais. Total RM19.00. Mee udang/ Nasi goreng RM8.50

Murah ke tak? Kite rasa dah murah dah harganya dengan udang, daging, sotong, telur dalam masakan tu.
I will comeback for mee kuah without udang. Muahaha...

Nah! Tepek banner yang senget dan penuh dengan gangguan kerusi etc.



Mee Udang Pak Man Lemal
Di buka : Sabtu-Khamis (Jumaat cuti)
12 tengahari-10malam
No tel : 019-9428764 (in case tak jumpa lokasi)


Comments

  1. Replies
    1. sedap! walaupun kite tak makan udang tetapi serius rasa kemanisan air udang dalam kuah tu menunjukkan udang segar. husband dah kenyang pun teruskan jugak makan tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1