#muhamadthaqifaiman : berenang di kolam renang Hotel Grand Riverview Kota Bharu

Assalamualaikum...

20 Ogos 2015

Tak habis-habis aktiviti berenang budak seorang ni.
Kali ni join dengan abang-abang sepupu dia lagi kat Hotel Grand Riverview.
Kelantan lately asal petang je hujan. Hujan lebat lak tu kadang siap petir ribut. Dah macam musim tengkujuh.

In the lift

Rasmi baju mandi dan float baru.


Confident la ibu tengok dak Thaqif pegang float. Sape ajar ntah le.

See berenang, kaki siap ke atas. Pandai sangat nak berenang.


Walaupun baru lepas hujan dan hujan masih gerimis.
Thaqif memang teruja mandi, tapi keterujaan dia melompat liuk lentok dalam air dengan float yang tak mencengkam badan dia membuat ibu melompat masuk dalam air dengan skirt baru balik kerja control dia dalam air. Aigoo. Basah lencun terus.
Float baru tu tak sesuai lagi untuk Thaqif yang tak reti control pergerakan etc. Dok teruja-teruja dia berenang, sedar-sedar float hilang, Thaqif tenggelam. 
Nasib baik ibu ada dekat untuk menyelamat.
Huhuhu.
Kalau papa baca ni : Mohon lulus klaim beli swimming trainer dan neck float untuk Thaqif ye. ^__^.
Aishiteru.Hiks.

Teruja je mandi. Mandi takdan 20minit bawak naik, badan dah gigil-gigil tak ingat tapi ada hati lagi nak turun lagi.
Pujuk-pujuk semua bebudak naik ke bilik berendam dalam bath tub jelah. Lagi best air panas.
Kehkehkeh.
Teruslah budak-budak tu terhasut dan naik berkubang dalam bilik air pulok.
Gambar berkubang dalam bathtub nanhado kerana malas nak snap.

22 Ogos 2015, pun pergi berenang lagi dak Thaqif ni kat Kolam Air Panas Tok Bok bersama geng-geng sepupu perempuan tapi 1 gambar pun tak snap sebab ibu je yang nak kena handle semua kanak-kanak. Tangan tak berapa nak sotong untuk buat semua benda la.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1