Followers

Monday, 24 August 2015

The Exam Day : Mari Melompat

Assalamualaikum...

Memula malas nak cerita pasal exam tapi tak best skip-skip cerita.

11/8/2015
Hari pertama exam. Mati-mati ingat exam mula 8.30am padahal 9.30am. kemain awal keluar rumah. Singgah makan roti canai bagai pun sebelum 8.30am dok depan dewan dah. Abah cakap awal lagi, pergi la melepak ditepian Pantai Cahaya Bulan nan permai sambil melayan Thaqif main lompat-lompat.

video

9am terus kembali semula ke Kem Kijang untuk exam.
Abah pergi melawat saudara kat area PCB tu jugak.

Habis exam 12.30pm singgah pejabat kejap kutip buku untuk exam hari seterusnya, pastu beli nasi kukus untuk makan di tepian pantai Irama, Bachok sebab seterusnya nak pergi melawat baby Farhan lagi.
Thaqif dok tepi pantai syok la main pasir bagai sesambil disuap nasi dan ayam goreng.

Dah pergi melawat baby Farhan, dah 4pm- sekali lagi singgah Pantai Irama. Kali ini kasi chance kat Thaqif mandi-manda plak.
Again, tak prepare apa. Mandilah dak Thaqif tak berbaju. Ibu berbaju kurung pun lencun meneman Thaqif kat dalam air tu.

Tak dak gambar Thaqif main air dah la. Seksi sangat mandinya.

6pm + baru sampai rumah.
Sama-sama pengsan dengan Thaqif.

2 comments: