IKEA AND FLY HOME

Assalamualaikum.

15 September2015.
The 3rd day aka last day.

Pagi tu abah hantar cik tye ke sekolah sebab kami nak jenjalan guna kereta.
 Sekolah tutup jerebu. Anak murid je dok umah hoorey-hoorey. Cikgu masih kena berada disekolah jugak ye.

Dah sesiap nak pergi IKEA. Cik tye call dia dah boleh balik. Pastu nak ikot pergi IKEA sekali.
Moh le kite menjemput beliau kat sekolah. Sebelum tu singgah rumah k.zu dulu ambik Ifti Liyana, anaknya.


peace!


Kite nampak mok-mok macam ada isi tapi takde isi lorh. Baju tu je longgar terlebih.

Dah pusing 1 ikea. Menikmati makanan yang tak memenuhi krateria. Pff... Sungguh tak memuaskan. Tanya chicken wing takde, peha ayam takde, fish n chip takde. Sudahnya order salmon takde rasa, meatball yang sosnya tak kick macam dulu dah, chips n nugget for kids, sup cendawan, chicken wrap, cheesecake.Sup cendawan dan cheesecake tu je nasib baik cukup rasa.
Gambar malas nak snap sebab sakit hati semua yang nak order takde. 
Komen husband, next time ayang masak sendiri kat rumah jelah. Lagi sedap.

Walaupun hari bekerja IKEA tetap penuh. Sejam beratur nak bayar jooo...
Beli pinggan, mangkuk dan set sudu garfu plastik untuk dak Thaqif sajoo.
Balik rumah kakak rehat sejam dua, dah kuar balik nak FLY balik KB plak.


Kakak Ifti Liyana. 

Ready to fly!


 Flight tak terbang lagi Thaqif dah terbang.

  Kali ni Thaqif dah tak kisah kena pakai belt bagai. Faham dah kot.

 Tukar tempat duduk dengan atok dok sekali dengan opah.


 Di awan biru.
 Minum petang di atas awan. Cream puff and apple juice/soya
Baik hati sangat cik pramugari penerbangan ini. Bahagian Thaqif pun deme kasi. 
Flight KB-SZB aritu dapat 1 je semua ni.

6.40PM dah selamat touch down. Tapi tak dapat balik. Kereta itu dikunci stereng lock oleh kak Iza. Terpaksalah menyusahkan my step brother datang ambik kami, pastu abah patah balik amek kereta.

Sebelum sampai rumah, harus makan dahulu. Laparrr...

 pandai plak behave dok kat baby chair. kalau tidak memanjat ajoo kerjanya.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my