Kasi sistematik sikit

Assalamualaikum...

Bila dah masuk alam bekeluarga, dan automatik menjadi penjaga kewangan, aset dan liabiliti keluarga pulak.
Dulu dapat surat, penyata, bil selit situ, sini je.
Semak je.
Pastu bila tetiba nak cek apa-apa, jenuh selonggar sana sini. Haish! Memang tak patut.
Marilah kita sistematikkan semua, buatkan fail biar kemas dan teratur.

Kebetulan ada masa free terus guna masa untuk cetak penyata gaji suami, penyata gaji sendiri memang setiap bulan dah cetak cuma tak failkan je. Kat dalam fail penyata gaji ni juga ada selitkan penyata KWSP mengikut tahun, salinan kad pengenalan dan slip pengesahan akaun bank.


Sekarang semua online je, nak guna boleh je print bila-bila tapi bagi kita, biarlah simpan satu copy untuk sendiri kat rumah, supaya kalau apa-apa senang nak refer. Separate ikut tahun dengan kertas warna.

***Okay. Kepada penjawat awam hat tak print penyata gaji sila print la ye sebab JANM nak cleansing data dah. Lepas ni penyata gaji disimpan untuk 18bulan je kat online itu.


Next, fail hutang piutang. Dalam fail ni mengandungi semua surat/penyata bank/ptptn mengenai pinjaman peribadi/ belajar. Separate setiap hutang tu (contoh : ptptn, bank rakyat, asb) dengan kertas bewarna.


 Kita state siap-siap jumlah hutang tu kat bahagian depan tu. Untuk hutang piutang macam ASB, Bank Rakyat, Kereta state terus berapa lama tempoh pembayaran contoh : 10K (10Y)

Lagi fail insurans. Everything penyata, dokumen insurans semua letak satu fail je.


 Fail geran pun ada jugak untuk simpan geran tanah/kereta/rumah, sijil nikah, sijil lahir anak semua pun masuk fail ni jugak.



Dalam fail ni, bergabung terus fail hutang, fail penyata gaji dan lain-lain. Pesan siap-siap kat husband jika berlaku apa-apa kecemasan seperti kebakaran, banjir etc perkara pertama grab fail inilah. 
Dokumen penting untuk pelbagai urusan katanya.

Fail perkhidmatan- maklumat/surat berkaitan perkhidmatan kite akan masuk kat sini. Fail ni kite simpan dipejabat, sebab banyak urusan berkaitan pejabat dilakukan dipejabat. Dari surat lantikan, pengesahan jawatan, pertukaran tempat kerja, resit bayaran hutang cuti tanpa gaji, surat tanggung kerja semua akan masuk kat dalam fail ini je.Salinan KWSP, salinan kad pengenalan, dan salinan slip pengesahan akaun bank pun simpan jugak dalam ni. Kira senang, kalau berlaku pertukaran ke apa lepas ni, belek je fail ni untuk dapatkan maklumat berkaitan.




Fail bil-bil aka kotak bil. Isikan bil astro, bil elektrik, bil air yang dapat sepanjang tahun. Tak buat fail cantik-cantik pun, guna kotak je sekarang sebab kite hulur duit ja, abah yang tukang bayar bil, abah simpan bil. Kotak ni pun kite yang sediakan untuk abah sebab yelah in case kite nak rujuk tengok bil lama, kite tahu dah kat mana sebab ikut abah, dah setel bayar bil dia pergi buang je bil semua.


Okey tak cara kite simpan everything ni? Any idea for better way?
Kongsi-kongsikanlah ye.

Comments

  1. Bgus2...cik mahnpun wat..pkai fail biasa yg kertas tu ikut warna juga...t ada masa le share juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mah kite tu guna fail beli kedai rm2 je, pastu hat dapat free dari kursus camtu jo.jimat.
      jom share sama2 k.

      Delete
  2. Saya tak sempat nak fail.Masuk dalam kotak je..Satu hari kena fail jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. better file it. nanti senang nak trace mengikut bulan/tahun.

      Delete
  3. kami sejak pindah last year, tak tersusun lagi semua file ni. tak berlabel. nak kena start balik ni bila free

    ReplyDelete
  4. sm...mmg print n simpan dlm file sesiap...sng klau apa2 nk guna ka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1