Assalamualaikum...
31 Ogos 2015.
Pagi tu pergi ke rumah mak cik buat kenduri cukur jambul cucunya. Seronoklah mengadap nasi minyak di pagi hari.
10am balik.
Balik rumah sambung tidur anak beranak.
Atok Thaqif dah merry go round jalan-jalan, malas nak bawa kami sebab Thaqif masih selsema takut makin melarat plak. Baguslah, i'olls memang malas nak ikut.
Bangun tidur dah kol 1pm. Malas-malas dengan anak, ingat nak keluar cari lauk je. Pastu malas sebab panas sangat la kat luar tu. Anak dah terkulat-kulat mintak nasi sebab pagi tu dia tak layan sangat nasi minyak itu. Maka, masak nasi dalam lunchbox comel tu sambil godek-godek bakul stok makanan. Jumpa setin sardin.
Kite plak jenis tak reti nak makan sardin tak dimasak tumis, di sambalkan semula. Tapi malas! Tapi kesian anak lapar.
Akhirnya ting. Teringat kak Julia Johari masak sardin dalam lunch box.
Tapi masih tak gamak nak makan sardin gitu jo maka ketuk bawang putih, bawang merah dan cili + jus limau nipis sikit (tak nak bagi hanyir). Boh minyak sikit konon macam tumis la, masaklah sardin bersama-sama nasi dalam lunchbox itu.
Tapi masih tak gamak nak makan sardin gitu jo maka ketuk bawang putih, bawang merah dan cili + jus limau nipis sikit (tak nak bagi hanyir). Boh minyak sikit konon macam tumis la, masaklah sardin bersama-sama nasi dalam lunchbox itu.
Setengah jam kemudian, anak beranak hadap nasi dengan sardin. Thaqif makan kemain selera. Kikiki...
Bagus sungguh lunchbox ni. Boleh la menabung beli lagi satu buat peram kat ofis plak. So lepas ni boleh main masak-masak kat ofis pulak.
Sedapnya, lama dah tak makan sardin..
ReplyDeletehmm makan bertambah2 semalam.sekali sekala masak simple pun sedap jugak
Deletemcm menarik...mahal x?
ReplyDelete