Skip to main content

Pantai bachok with loves

Assalamualaikum...

Sekian lama suami tak balik.
Nah 20.1.2016, terus amek off petang.
Take time dating with my two sweetheart.

Since Thaqif aktif sangat, dan takut tak dan kenyang makan di kedai makan.
Moh le beli nasi bungkus, lepak makan tepi pantai.
Great decision anyway.
Bagi je Thaqif main  excavator dia kat pasir, ibu dan papa boleh makan dengan aman sambil suap dia.

Dah abes makan, Thaqif pau papa pegi main soopa doopa yang ada seketul tengah-tengah pantai ni. 
Sekali masuk RM5.


 Layan jelah yer dia main tapi tak dan 1/2 jam dia dah bosan asyik tunjuk arah air.



Fine! Marilah kita jalan-jalan tepian gigi air gitu.
Muhamad Thaqif Aiman vs air berpisah tiada. Takde makna okey jalan di gigi air je ye. Mood nak terjun ja dalam air tu k. Puas elak jangan jalan kat air. Dia lari-lari pastu terus duduk. Dan-dan elok ombak datang maka terbasahlah.


 Sila la papa melayan anak bujang main air. Lencun sampai peha kata papa.
Hahaha... gitu la ibu sokmo basah lencun bila atok tetiba buat gempak pergi pantai tanpa dirancang.

Dah la papanya tinggal beg bekalan jalan-jalan Thaqif. Towel pun takde oii...
Nasib baik tengok kat bonet ada beg baju atok. Adalah tuala. Baju plak nasib baik beg Thaqif dari umah opah ada. Ada la baju buat tukar.

Dalam kete minum susu. Sekali papa brek, putus terus puting botol susu dia. Lawak sungguh. Dan-dan Thaqif nangis sambil cakap "susu tumpah".
Orang tengah mengantuk. Puting putus plak. Terpaksa bertahan sampai rumah untuk dapat puting botol susu yang baru.



Comments

  1. ending cerita ni lawak, boleh pulak puting terputus, kesian thaqif. bagus dia sbb berani main air laut..

    ReplyDelete
  2. Setuju..baik tapau dan makan tepi pantai. Memang tak kenyang kalau makan kat kedai.

    Terkocoh-kocoh rasanya kalau makan kat kedai.

    Layan kan aje perangai thaqif tu, budak-budak memang suka kan air..

    Testimoni VIVIX bantu lancarkan darah nifas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d