Skip to main content

#2ndPregnancy : Losyen Herbal Blend Shaklee

Assalamualaikum...

2nd pregnancy. 
Kali ni rasa badan cepat norr membesar. 
Kalau 1st pregnancy dulu 28weeks masih riang ria menyarung baju kurung. 
2nd pregnancy ni, fuh. 24weeks terus dah surrender nak sarung baju kurung. Jubah kain lycra memang dijauhi langsung. Nauzubillah nampak macam tong dram sangat. Pendek dan gemuk.
Pelik gak, padahal berat taklah over the top. Baru 52kg @ last check up -23weeks.
T__T.

Jika 1st pregnancy dahulu, strechmarks baru menampakkan diri pada 32weeks camtu. 
2nd pregnancy ni, kala perut lagi cepat menampakkan rupa. Strechmarks pun muncul seawal 22weeks. Huaaa,,,

Lelaju klik shaklee online beli losyen herbal blend.
Dah lama terliur nak beli losyen ni tapi selalu tangguh-tangguh. Sedang elok dok strechmarks ni, hah terus beli jelah.

Gini rupanya okey.

Suka losyen ni, tak terlalu panas pun, pastu tak melekit, dan takde bau yang kuat. Paling gemar part bau takde ni sebab kite memang jenis tak suka bauan sangat, nak-nak mengandung ni, memang perfume langsung tak boleh bau apatah lagi nak pakai.

Alhamdulillah. Strechmarks nampak berkurang tapi memang kena rajin sapu la.
Well, i'olls bukanlah seorang yang rajin sangat. Tapi anak bujang ibu tu rajin sangat. 
Dia yang selalu ingatkan ibu dia, minyak-adik-minyak. (minyak=losyen)
Maka ibu bosan dengar dia dok bebel, merajuk, so layan sokmo Thaqif punya rajin tu.
Almost every morning and night.
Bagi je dia yang sapu, belai adik dia dalam perut ibu. Moga adik lahir nanti mereka sayang menyayangi satu sama lain ya.
Thaqif Aiman, sambil sapu kat perut ibu, dia sapu kat leher la, muka dia bagai. hehehe. memang kite biasa jugak sapu kat Thaqif kalau ada nampak kesan gigitan nyamuk kat badan dia. Itu yang dia terbiasa sapu jugak. Biasalah anak dalam fasa meniru perbuatan ibu papanya.

Eh tak bahaya ke kasi Thaqif main losyen sembarangan, kot masuk mulut ke apa.
No worries.
Losyen herbal blend shaklee ni dari unsur semula jadi je semua, dan free paraben. Selamat je untuk anak-anak main-main gitu. Tapi jangan le biorkan deme telan plak losyen tu. Kekeke.  Kadang-kadang Thaqif dah siap sapu-sapu losyen kat perut kite, nanti datang mood dia nak kiss adik terus je dia kiss. Saborr jelah.


Comments

  1. Bagus produk shaklee ni kan. Roomate Nani ada guna losyen ni

    ReplyDelete
  2. Klau aimi dh mcm tong drum...kami yg x ngandung ni dh bdrum2 dh ni...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sama thaqif mcm azwa...cii.mah sapu minyak kelapa dara je kat perut tu...azwa pun slalu ingtkan..alhamdulillah dr 1st pregnant xde strechmark...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Losyen Herbal Blend memang best, sejuk je bila sapu ke kulit, bau pun wangi, takde kesan minyak / melekit pun


    <a href ="http://hellovitamin.com/kenapa-perlu-ambil-esp-shaklee-bahagian-2/>Kenapa perlu ambil ESP Shaklee ? Bahagian 2</a>

    ReplyDelete
  6. comelnye Thaqif, semoga nanti bila baby adik dah lahir Thaqif sayang dekat baby adik ye.

    losyen herbal blend elok dijadikan first aid di rumah. kalau anak kena gigit nyamuk boleh sapu. yg mak-mak ni kalau kena minyak panas atau luka pisau boleh juga sapu ;)

    ReplyDelete
  7. biasa tu.. ank kedua perut dah ada lemak tu macm cepat je besar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...