Skip to main content

Aktiviti bersama #muhamadthaqifaiman tanpa kos

Assalamualaikum...

Lama tak update pasal anakda tersayang #muhamadthaqifaiman.
Kejap je masa, pejam celik dah April. Bulan depan Thaqif 2 tahun dah. Pastu di naikkan pangkat jadi abang juga.
Rasa tak puas lagi manjakan anak ibu seorang ni.

Muhamad Thaqif Aiman. Hero. Permata hati ibu yang pertama.

Going 24months babies, Thaqif is a very active baby boy.
He smart, really easy to catch up new things.

Sel-sel otak tengah berkembang sangat.
 Hari-hari perasan nak pergi sekolah, pikul beg konon-konon nak pergi sekolah.
Thaqif mula minat pada pensel, kertas. Nak tulis katanya.

So ibu beli la set menulis magnet bagi kat Thaqif. Tapi pen menulis tu sokmo hilang dalam bakul mainan. Jenuh ibu memunggah bakul tu demi pen menulis nan sebatang.
Another solution bila dia sebut tulis. Bagi je buku kosong dan pen sebatang. Tulislah suka hati ye.
Well seperti dalam gambar, Thaqif prefer guna tangan kiri berbanding kanan. Adakah awak kidal macam papa? Huhuhu...

Next, main dengan penyepit baju.
Haha... Ni antara kegemaran Thaqif sejak kite kenalkan dia dengan penyepit baju.
Perkembangan dia untuk fokus dalam main menyepit ni agak cepat. 1st day macam kaget-kaget tak reti. 2 nd day main, dia lebih fokus dan berani mencuba, 3rd day tangan menyepit sambil mata tengok tv terus.
Masa perkenalkan main sepit ni. Kite takdelah push Thaqif. Main pun masa waktu around dia dah mengantuk, nak tidur gitu maka masa yang di ambil 5-10minit je setiap hari. Well mengantuk pun Thaqif kira fokuslah belajar benda baru, pastu agaknya dalam mimpi dia sambung main sepit-sepit pulak tu yang cepat norr dapat catch up.

Dah puas main menyepit sepit disekeliling lori / bekas guna sepit tu main tuang-tuang dalam bekas, guna penyodok masukkan sepit dalam lori etc.
 Macam-macam idea mainan boleh guna penyepit tau.
Oh lupa nak bagitau. Ibu malas sikit bab nak kemas barang kecik-kecik macam lego, penyepit ni. Lego memang ibu simpan tak berapa kasi main. Penyepit ni pun bagi 10 ketul je untuk Thaqif main. Hehe... Kalau hilang seketul pun senang kira cari. Tanya je Thaqif mana ni lagi satu, dua? Cari cepat.
Sekejap je Thaqif terkedek-kedek belek dalam bonet motor dia etc cari sepit nan seketul bagi kat ibu.

 Main pasir.
Antara aktiviti kegemaran Thaqif  kalau terlepas ke tanah ye. Memang automatik tarik lori dan 'sodok' aka excavator dia. Sodok akan meyodok pasir masuk lori.
Aktiviti ni akan bagi kebebasan pada Thaqif 100% kalau di rumah Tok Ayah / Mak Tok sebab kat rumah sana ada pagar. Tutup je pagar, sila main la pasir tu sampai lebam.

Berenang - yang ni mungkin korang perasan la kot sebab tak de lain kejap-kejap update pergi mandi kolam etc kan.
Tapi sungguh aktiviti berenang tu banyak improve Thaqif jadi lebih aktif, lebih pandai imbang badan dan lebih berani dan yakin dalam belajar benda baru.


Bawak main kat playground.
Thaqif suka pergi playground. Taman.
Boleh main buai, main gelongsor etc. Memang gemar la. Datang hospital amek ibu pun seronok sejak hospital penuhkan bilik bermain dengan gelongsor, buai gitu.

Lain-lain aktiviti, kite banyak biarkan Thaqif explore. Nak memanjat ke, berjoget atas bakul ke apa ke. Biarkan. Hehe...

Dah kata aktiviti tanpa kos. Biarkan je anak enjoy tapi dalam pengawasan la.


Ni sebab minat sangat nak naik HILUX. Nak naik. Sila la cuba panjat sendiri ye. Hahaha...


Comments

  1. banyak aktiviti thaqif ye, bagus tu biar anak2 explore sendiri. lagi cepat sel-sel otak berhubung

    ReplyDelete
  2. amboi...bukan main tggi dia pnjt neh

    ReplyDelete
  3. Bestnyer...t le r try kat azwa juga..ajak main sepit gak..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d