2nd pregnancy : the 3rd trimester

Assalamualaikum....

Saat memasuki trimester ketiga pelbagai perasaan bercampur baur. Teruja dengan kehadiran orang baru, takut, risau akan saat kelahiran, bimbang suami tiada disisi waktu melahirkan. 

Tapi sedaya upaya cuba untuk menenangkan diri, positif dan menikmati minggu-minggu terakhir kehamilan kali ini.

Makan je apa yang di ingini mengikut selera, pejam mata je beli. Kebetulan pulak musim event kat stadium tu, pendek kata setiap minggu ada event. Haruslah tak lepaskan peluang tawaf festival dan expo yang diadakan. Expo makanan halal antarabangsa, 2x pergi sebab suka dengan mee cina yang dibuat fresh kat situ dan hunting float a&w. 
Expo makanan Thai pun 2x jugak pergi sebab terkenangkan seafood goreng, dan strawberi yogurt yang sedap tu.
Husband mampu dengar i'olls cerita sambil ketawa jelah bila wife dia gagah la berjalan ke stadium semata kerana makan. Peliknya kalau dah berjalan sakan demi makanan sedap, malam mesti takde cramp betis dah. Syurga sangat, dapat makan sedap pastu pakej tak sakit.

Cerita mengidam tart nenas tu. Hurm. Memang berapa balang, dan tokei tart nenas la yang senyum ngan gelagat mak buyung ni kan.

Pastu, teringin burger kat stadium tu. Sadis gak citer burger ni. Konon terliur kawan ofis makan, maka dok la plan dengan kak ma nak pergi makan. Sekali bila tiba hari nak makan tu mestilah macam eh pagi tadi tak breakfast, nak makan nasi la tengah hari tu sebab kang makan burger je tak kenyang sampai petang, atau perut dah masuk angin. Fine. 2x tak jadi makan kerana kes tak breakfast pagi. The third time, tup-tup kedai burger tutup. Meratap je. 
Abang kenapa tutup, bila bukak? 
Seminggu tutup dik sebab abang takde pembantu kat kedai nak buat air.
Sob.sob.sob. hampa ibu mengandung.
Selepas seminggu kedai burger masih tutup. Lepas 2minggu baru la kedai burger bukak ye.
 Dah bukak kedai burger tu, hampir setiap hari melepak makan burger/oblong je, pastu nak-nak air kat kedai abang tu special dan sedap pulak. Jagung cincau terbaik! Pekat memikat memukau-meleleh air liur dah sambil dok taip ni oiitt...
Fresh oren pun yumm, just nice and fresh.
Pastu 1st time try menu air milo cincau. Pelik tapi sedap jugak la. Layan tapi takley lawan jagung cincau tu.

Pastu, tetiap kali husband balik memang dok request air kelapa jelah. Husband melayan je wife dia, gigih je berhenti tiap kali nampak gerai jual air kelapa.
But the most remembered moment masa 38weeks. Lepas check-up. Dah sampai area hospital tu, biasa memang langsung singgah je beli makanan terus kat stadium. Since nampak pak cik gerai air kelapa nak bukak, semangatlah jalan nak pergi beli. Fresh, pak cik tu tengah belah kelapa. Baru nak order, pak cik tu dengan muka masam cakap tak jual, ais takde lagi. 
Takpelah pak cik, takde ais pun boleh. -maklum dah jalan jauh, patah balik dari stadium untuk beli air kelapa, sia-sialah tak dapat.
Tak jual takde ais, nanti kang pak cik caj mahal, marah pak cik pulak.
Hampa lagi ibu mengandung, maka berlalu la dari sana tanpa air kelapa. Malas la nak menjawab dan negetif sangat dekat-dekat nak beranak. Anggap saja bukan rezeki nak minum air kelapa pak cik tu.

Pastu yang teringin jugak nak mc flurry oreo. 1 hari tu kak iza datang amek masa balik kerja dan singgah drive thru mcD. Senyum menguntum dah sebab ingat hajat tercapai. Tup-tup mesin aiskrim rosak, tak dapat beli. Tapi alhamdulillah... last day sebelum beranak, husband tunaikan jugak. Hihi... sebab tu, selalu cakap my daughter ni papa's princess. Apa-apa baby mood nak makan ke apa, mesti papa macam, ok nanti kita pergi, nanti kita beli tau. Cepat je reapon.

Itu je kot tentang 3rd pregnancy... all about food.





Comments

  1. Mc Flurry waaaaaahhh ngidam best ni...pandai papa princess ambil hati ye...berbunga hati isteri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Hahaha samalah sy. Hujung2 nak bersalin tu asyik makan aje.. bila notis berat menurun, debor gila. Tahu dah nak bersalin. Kihkihhh apapepun happy bersyukur dpt mengandung kan.. tgok anak2 membesar depan mata.

    ReplyDelete
  3. Dlu msa zara dh hjng2 nk bersalin nk kn air klpa je. Tu je tringin. Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my