Skip to main content

The false contraction

Assalamualaikum...

Pheww...
Di hujung-hujung pregnancy ni mestilah debaran nak bersalin tu lain macam sikit.

Pastu walaupun baru 2tahun lepas melahirkan, serius kite rasa macam dah hilang langsung ingatan pasal bersalin, tanda-tanda bersalin.

Cuma ingat pagi masa kandungan usia 39weeks 6days tu pagi bangun ada spotting darah pastu start sakit pinggang main-main di tengah hari, sakit yang mampu lena tidur lagilah. Pastu kerap poopoo jelah sepanjang hari tu. Malam tu pun kalau ajak pergi makan kfc pun mampu lagi la hadap. Tu yang doc tengok semacam je bila cool berjalan sendiri pergi labour room tu.

Mengandung kali ni lain pula pengalaman dia. Pernah je macam kerap poopoo masa 32weeks tu. Berlaku kat office, dah la toilet jauh. Rasa nak nangis pun ada fikir takkan dah nak bersalin sekarang... hampir dah nak EL, tetiba elok tak meragam nak poopoo lagi dah.
Walaupun masa tu dah 32weeks tapi beg hospital pun tak kemas lagi. Lepas kena gitu teruslah azam nak pack beg.

Di usia kandungan 39 minggu.
2 Mei 2016.
Tidur awal malam tu, kira kol 8+ camtu dah tidur dah sekali dengan Thaqif.

3 Mei 2016.
Tup-tup terjaga pukul 3pagi. Sakit perut, sakit pinggang yang mild. Dok main berselang 10-20minit sekali. Whatsapp husband info rasa sakit pinggang gitu. Sekali dia masih tak tidur jugak. Keep whatapps jelah. Husband dah risau, standby jelah untuk drive balik kot betul-betul bukan cobaan. Tapi kita tak kasi dia balik lagi, yelah kalau balik tetiba belum lagi nak bersalin rugilah cuti husband tu.
Hinggalah 5pagi dok whatsapp. Akhirnya kita terlelap jua sebab sakit itu dah terbang pergi.
Husband pun dah tertidur.

6 am. Bangun pagi, berbolak balik nak pergi kerja ke tidak. Nak cuti ke nak pergi klinik cek dengan doktor, mintak MC ke sebab sakit tu mengundang jugak jarang-jarang.
Nak pergi klinik malas nak menunggu giliran.

Tetiba teringat, hari tu start pesta thai kat stadium kota bharu. Rugi la tak pergi keje tak boleh pergi pesta thai. Biasa kalau festival, pesta camtu kite prefer pegi 1st-2nd day je, lepas tu dah tak berapa nak pergi sebab macam kurang percay dengan tahap kebersihan, dan kesegaran makanan.
Dan-dan sakit perut pun menghilang masa tu. Maka, pergi kerja la kite.


Pergi pesta thai. Puas hati makan itu ini. Siap dapat special treat sebab mengandung. Beli strawberi yogurt, biasa rm5 untuk 3topping tapi sebab kite mngandung dia bagi 4topping. Hihihi...

4 Mei 2016.
Masih belum beranak. Pergi klinik check-up seperti biasa. Pergi kerja, kawan ajak g pesta thai lagi. Pun sekali lagi menjelajah pesta thai tu. Kawan ofis semua geleng kepala, budak ni esok lusa je nak beranak pun gagah lagi tawaf stadium.Hihi. Best sangat. Suka jalan, suka makan. Makan puas-puas sebelum beranak gitu.

5 Mei 2016.
Saja amek EL. Kalau tak cuti lagi mo tawaf pesta thai, lagi dok stress pikir kerja. Marilah relaks-relaks tenangkan fikiran. Lagipun husband pun bertolak balik dari JB dah. Relaks la sangat tetiba mengikut kak Iza tawaf Aeon Mall siap makan kat dapur penyet. Kikiki...

6 Mei 2016. Birthday thaqif dah pun masih belum beranak.




Comments

  1. Dah dekat due mmng suspen je kan. Nk jln memana pn orng lain yng akn risau.. Tkut terberanak time jenjalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-