Adik Baby Perempuan

Assalamualaikum...

Dari mengandung lagi selalu tak sabar bila bersalin. Nak tengok reaksi Thaqif nanti jumpa adik. Okey ke tak, etc sebab Thaqif asal pergi melawat baby baru lahir mesti nak kiss, belai dan nak bawak balik tanpa ibu/opah acah nak baby tu. Pendek cerita memang Thaqif ni suka babies.

Lepas selamat bersalin semua. Husband info abah dah bersalin, dan bagitahu jantina baby sambil tanyakan Thaqif semua.
Even abah call me few times asking the baby weight.
Wakakaka... Atok teruja sangat.
Ibu pun teruja nak tahu cemana atok explain kat Thaqif.

Since masuk wad dah 11am+, maka kirim salam la nak discaj tengah hari tu jugak.
Tunggu la anak kencing, berak, cek tempat jahit.
Yang paling penting cabut jarum kat tangan kite tu, tangan pun dah bengkak. Awww...sakit sangat.

Petang pun tak jugak nampak harapan untuk discaj, jadi atok dan opah serta Thaqif datang la melawat petang tu.
Masa Thaqif sampai tu, kite tengah menyusukan Aisyah.
Thaqif pun blur-blur jelah tengok ada baby pastu tengah menyusu susu ibu dia pulak.
Suruh mmuah adik pun macam hah? hmm?
Blurr je.
Sia

Lama-lama dok explain kat dia semua. Barulah dia sendiri sebut tu adik baby perempuan.
Atok masa tu bahasakan adiknya -adik baby perempuan.
Panjang norr nak nyebut tapi Thaqif berjaya sebut dalam bahasanya adik baby puanpuan.
Gambar gegar, abam pun bergegar-gegar semangat dok zikir menepuk adik baby perempuan.
Itu jelah satu-satu gambar kenangan abam Thaqif dengan adik kat hospital. Hat lain ibu banyak rekod video je kat hospital tu.

Hari kedua Aisyah dirumah. Papa pergi hospital balik amek MC ibu.

Haah. Lupa amek MC.
Kite dapat discaj pun dekat magrib dah masa tu. Kalut jelah nak balik rumah sendiri, kesian kat Thaqif ditinggalkan. Nurse pun lupa bagi MC. Kite pun kat rumah baru check balik dengan husband. Penat dah seharian berkampung kat hospital, balik rumah dengan takde air pulak.

Day 3. Dah kat rumah mok tok.

Nampak muka happy ada adik baby? Pergi tengok baby lain sekarang dah tak heran, tak minat dah. Nanti dia jawab adik baby kat rumah dengan ibu. Hahaha...

Seminggu dua pertama ada adik baby perempuan Thaqif just fine sebab papa ada sekali entertain dia main. Papa takde, jelesnya dia dengan adik. Berebut susu ibu dengan adik. Dah pandai mendengki. Sabar jelah ibu.

 Namun, gelaran adik baby puanpuan masih lagi melekat sampai hari ni, tapi jarang-jarang dah sebut sebab sejak dah officially announce nama Aisyah, dia pun panggil adik Aisyah tapi mostly dia sebut penuh Aisyah Tasnim...
Soalan dia hari-hari wajib tanya, Aisyah Tasnim mana? Aisyah Tasnim...







Comments

  1. wah...ada adik baby perempuan...sukala dia ye

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak..comelnya adik baby...seronok la thaqif ada kawan kt rmh. Heeeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1