Skip to main content

Pengalaman bersalin anak kedua - Part 1

Assalamualaikum...
Dah habis cuti bersalin. Baru terhegeh-hegeh nak update pengalaman bersalin.

7 Mei 2016.
Husband nak balik kampung sebab ada kenduri kawan dia. Dok la cakap, kalau ayang tak larat, takpe B balik sorang jelah. Well, dah kawen, PJJ pulak, bila suami balik penat cemana pun, kite selalu je nak berada disisinya selalu. Gitu. Padahal memang je gedik nak ikut sambil zikir, balik kang beranak terus sebab esok malas pergi kerja dah. Hahaha...
Mana tidak, Khamis tu nak cuti pun bos dah susah hati, maka nak bagi tenang hati bos, janji jelah Ahad ni saya tak beranak, saya datang la kerja macam biasa.

On the way nak balik tu, husband melencong ke Kok Lanas. 
Eh dah kenapa B jalan jauh?
Ayang kan nak makan mc Flury tu. Jomlah beli, kang esok beranak, lama pantang ais.
Hihi. Okey.

Sampai kampung, pergi makan kenduri, balik rumah mak mertua, lepak-lepak jap. Petang tu gerak balik rumah sendiri. Yelah, dalam kepala esok nak pergi kerja.

Balik rumah, dok lepak ngan husband, borak-borak sambil tengok tv etc. Kol 11 gitu barulah nak tidur.
Konon dok pesan dah kat husband caj phone,tab etc kang nak terberanak abes takleh contact sesape. Dek penat, masing-masing lena gitu je.
Kite takleh lelap sebab sakit pinggang macam false contraction few days before.
Husband separa sedar je kite dok ngadu sakit. 
Pastu, eh confuse, ni sakit betul-betul ke main-main.
Relaks la dulu, tengok berapa lama berterusan sakit ni. 
Sakitnya pinggang kali ni memang semua tak kena, duduk, baring semua pun tak okey.

8 Mei 2016.
1am+, akhirnya mengalah tak tahan dengan sakit, dah berpeluh-peluh ajak jugak husband terus pergi hospital.Husband bangun kemas beg dia,kite pun dok kemas-kemas sesambil makan kurma, air zam-zam bagi ada tenaga nanti. Call abah info nak pergi hospital, nak tinggal Thaqif. Abah suruh hantar ke rumah opah. Hujung-hujung sakit tu pun dukung la dak Thaqif masuk kereta sebab Thaqif mood takmo papa.

2am. Tinggal Thaqif kat opah atok. Risau jugak sebab tak pernah tinggal Thaqif waktu tidur malam.

2.30am. Sampai kat dewan bersalin HUSM. Husband pergi daftar dulu kat kecemasan, kite masuk dalam bilik tunggu turn untuk cek jalan.

3am+
Cek jalan tu dah 5cm. Sakit pinggang tu idok la lega jugak. 
Pantau heartbeat baby. Baby is sleeping. Ibu is uncomfortable. 



Siap-siap cucuk jarum. Bab paling ngeri dalam scene nak beranak ialah dipasang jarum ni. Nak pegang pen pun ketar-ketar sebab sakit. Hukhukhuk... Tangan kecik, jarum panjang betul.

Dah pasang jarum. Menanti dengan penuh sabar bilik bersalin kosong. Hoi. Pada ketika itu masa terasa panjang sangat kerana sakit yang macam nak tercabut pinggang. Kalau masa melahirkan Thaqif dulu, relaks-relaks je sampai doktor tak percaya kat kite dah 5cm. Nah, kali ni, nurse yang dok jaga kaunter daftar pesakit tu pun boleh cakap, kesiannya, pucat dah muka, sakit ke? Tengah dok kemas bilik tu. tunggu kejap ye.
Kite mampu senyum sahaja. How sweet. Sejuk hati dengar nurse cakap baik-baik siap kesian kat kite.

Oh. Sepanjang masa dok menunggu ni, dok sms dengan husband ajo. 


bersambung next part...

Comments

  1. btl part cucuk tu mmg sakit. sy ari tu mlm lps bslin tak tahan skt jarum tu haa.. siap bdrah.. huhu.. pgrkan tbts..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe...pastu boleh suruh kite sign surat keizinan dgn jarum kat situ.sign sambil menggeletar tangan

      Delete
  2. ritu ms aqil...cucuk jarum tu smpai 3 kali br boleh. menangis smpai doc igt sakit nk bsalin.pstu ms nk czer tukar plak jarum tu dr tgn kanan ke kiri. 4 kali kau kena cucuk

    ReplyDelete
  3. Perghh jarum dgn sakit pinggang tu memang tak boleh bayangkan...alahaiii cpt sambung part seterusnya debar pulak nak baca

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. Hahaha rupanya ramai mak2 takut jarum tu kat tgn. Memang berdebor habis kan. Hihiii sheila pun tak terkecuali. Hehe cepat sambung lagi part 2...

    ReplyDelete
  5. kita ni pun jnis tkut jarum jugak. masa dlu cucuk ok, tenangkan hati. then pikir 1 je. sebab bby. sebab nak beranak. hehe. tp tak tahan bila ada aliran darah tu.. berdenyut je rasa..

    ReplyDelete
  6. sakit pinggang tu memang tak tahan...tapi sekarang dah lupa pula rasanya macam mana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-