Pengalaman bersalin anak kedua - Part 2

Assalamualaikum...

Meh sambung cerita debaran nak bersalin...

Sepanjang masa nak menunggu bilik bersalin dikemas etc tu dok SMS dengan husband jelah.
Husband yang kerisauan tak dapat berada disisi isteri tu, balik-balik dok tanya, dah berapa cm...

Isteri yang dok sakit ni pulak geram pulak dengan soalan dia pergi balas SMS :
Hish! Ingat doktor tu takde kerja lain sibuk nak seluk cek jalan je?
(Ampun yunk...tengah sakit terkasar pulak menjawab ye...)

4am+
Dah dapat bilik bersalin. Alhamdulillah dapatlah baring dengan separa selesa. Separa je sebab dok pasang mesin pantau heartbeat baby lagi mana boleh nak mengiring ke apa.
Beberapa ketika, doktor masuk cek jalan, masukkan air kat jarum yang dipasang tu kemudian pecahkan ketuban.
 Sebelum pecah ketuban tu, dok la tanya doktor bila husband boleh masuk etc. Doktor pun borak-borak sikit.
Borak apa tak ingat dah, tapi benda normal la pasal nak bersalin la jugak. Anak ke berapa, kenapa datang hospital, turun tanda apa.

Dah pecah ketuban tu, Allah je tau sakit dia. 
Contraction mengganas.
Doktor kat sebelah dengar kite dok hish hish terus cakap, haah, memang bila ketuban pecah sakit lebih rasa sebab jalan makin cepat terbuka. Kalau rasa sakit, sedut gas tu.

Ye. Gas tu. Gas tu mampu buat khayal je. Kite tak boleh amek lama-lama gas tu rasa nak tidur je. Takkan nak beranak dalam khayal pulak.
Tak tahan sangat, tanya doktor.
Bila husband saya boleh masuk doc? I need my husband. 
Doc pun suruh nurse panggil husband. Lega bila tengok muka husband, boleh la manja-manja minta diurut sikit.
Husband masuk tu, dia tanya la kat doktor cemana progress, pastu berapa lama masa etc.
Doktor jawab Takde teori, ada orang cepat ada orang lama, kita jangka 1cm setiap sejam.
1 cm per hour?
Allah. Cepatkanlah proses aku bersalin ni.

Doktor masuk jenguk sekejap-sekejap since ada 2-3 baby lain nak keluar jugak.
Husband nak ajak borak pun tak boleh fokus sebab sakit. Walau ada option sedut gas untuk kurang sakit bak kata doktor, sungguh kite tak suka. Asal contraction datang memang cengkam tangan husband kuat-kuat. Siap cakap ngan husband, lepas ni tak nak beranak dah. This is the last. Its hurt.
--typical wife and mom.--

Elok doktor pergi menyambut baby kat bilik lain. Kite rasa nak meneran sangat. Dok suruh husband pergi panggil doktor/nurse.
The baby is coming out! Get them now!
Husband dok kalut cuba panggil doktor/nurse tapi se
I feel it, the baby is here.

Dan, doktor muncul.
Doktor dok siap-siap pakai gloves. Contraction datang lagi.
This time no more word ==>yes, no, or wait.
Sekali teran je. Lahir Nur Aisyah Tasnim.
The baby is out.
Take the baby.

Ye. Aisyah lahir tak payah disambut oleh doktor, atau nurse. Dah memang poop keluar saja.

Doktor yang siap pakai gloves, pun selak kain. Eh. Dah keluar la baby.
Terus doktor ambil baby potong tali pusat. Tunjuk jantina baby untuk comfirm.
Husband la laju, girl. Baby girl.

Letak baby kat atas kite, husband pun terus azankan baby.
Aisyah Tasnim.
Itu jelah laki bini mampu sebut sambil sengih-sengih. 

Aisyah. Nama pilihan papa nya. Veto sangat anak perempuan papa yang pilih nama. Nama pilihan ibu memang terpinggir langsung. 
Kite pun malas le nak gaduh-gaduh pasal nama anak. Anak papa dia jugak. Aisyah pun sedap jugak nama dan maknanya.

Pas habis bersalin tu, baby pun dibawa untuk mandi dan check-up. Doktor keluarkan uri semua. Terus la request husband nak sapu minyak kat kaki dan pakaikan stokin serta baju sejuk. Pastu lapar sangat, suruh husband seludup air mineral, air kotak milo dan kurma lagi. Yelah masih nak duduk situ bertarung nyawa kena jahit pulak.

Masa jahit ni toksah kata apa sebab valid lagi guna gas. Kite sedut gas sampai ngantuk jelah. Memang tidur terus dah sepanjang kena jahit tu. Dah habis jahit semua, panggil gak husband masuk nak tukar kain batik yang dah lencun kena darah bagai.

Pastu dah elok husband keluar bagai. Nurse nak bawa keluar ke bilik menyusu baru perasan yang baju kite pun lencun dengan darah, terpaksalah tukar jugak baju pakai baju pink hospital tu. Nasib baik nurse bagus siap tolong lap badan kite yang kena darah tu sebelum bagi pakai baju lain.

Ketakseronokkan bersalin dekat waktu tukar shift ialah lambat dapat masuk wad maklumlah nurse, doktor sibuk bereskan report untuk next shift etc, mana nak cek wad kosong lagi etc.

Bertapalah dekat bilik menyusu bersama 4 ibu lain hingga dapat wad.
Masa dalam bilik menyusu ni, nurse bagi milo dan roti buat alas perut, kalau tak cukup bagitau je nurse nak lagi. Laju jer nurse hidang lagi milo dan roti. Nak ke tandas, tukar pad semua nurse setel jugak.Tabik la kat nurse HUSM yang sangat sabar melayani kami ini dengan sabar dan cakap baik-baik walaupun dok berkejar sana sini. Kira syukurlah kami yang dalam bilik menyusu ni tak dilupakan pun.

Nurse bagi baby dalam kol 8am+ kot.
Teruslah menyusukan baby. Si kecik tu tak sabar-sabar nak susu, lambat je nangis sekuat hati.
Sempat la terlelap beberapa kali selama dok bilik menyusu tu. Update husband suruh beli nasi dan air panas siap-siap.

11am+. Dapat bed kat wad.
Masa on the way nak pergi wad  pun nurse ramah je borak-borak cerita yang ramainya bersalin malam sebelumnya tu. Masuk je 9pm. Terus 12 kes bersalin non-stop.
Tu yang kite pun tercampak ke wad bukan wad bersalin. Tumpang wad pembedahan (perempuan) - 1 utara. Dapat wad sama masa bersalinkan Thaqif.
Sampai wad, mak dan ayah dah ada depan wad dah. Teruja sangat mok tok dan tok ayah nak tengok cucu barunya.


Hidang makan kat wife terus husband zzzz... Mengalahkan dia pulak yang beranak. 
Hehehe...Penat sepanjang hari berjaga.
Thanks dear husband always there until the baby born. 
Syukur sangat Allah perkenankan doa kite agar suami ada disisi saat nak melahirkan anak-anak kami.


Sekian kisah bersalin kali ini.

Nanti.ada.masa.kite cerita pulak reaksi Thaqif pertama kali jumpa adik baby perempuan.

Comments

  1. tahniah cik jelita dengan kehadiran baby girl yang comel

    ReplyDelete
  2. bersalin ni mmng sakit dia kita akan ckp xmo beranak dah. tapi nanti tup2 teringin nk prgnt balik kan. hehehe..
    thniah awk sbab dh sepasang. bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...masalah hormon perempuan sgt.dan2 ckp xnak.sekali dah beranak rinduuu nak mengandung balik

      Delete
  3. Alhamdulillah..tahniah aimi, seronoknya dah dapat sepasang, comeynyer Aisyah tasnim tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you aunty ckp aisyah comey..hehe..

      Delete
  4. Assalamualaikum.. waa bestkan bersalin lagi. Hihiii sheila ritu pun terfikir nak stop beranak masa tengah layan contraction dlm lr. Tapi umar da 5bln ni terasa lagi nak baby. Ekekeeee takkan serik insya Allah. Biasa lepas beranak, suami mesti penat sebab mcm2 nak handle kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sama la..dan2 rasa nak baby lagi pulok...yeay...dah xlama dah bby sheila nak makan dahh

      Delete
  5. sonoknya baca...senang bsalin...lega dah...next plak...ekekekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman 1st time beli tanah lot banglo. Part 1