Skip to main content

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Assalamualaikum...

Aww...excited norr anak makan kali ni.
Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang.
Gediks sangat.

Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak.
Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah. 
Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif. 
Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka)

Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah.

Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja.

Even nurse yang kite selalu jumpa di Klinik pun suggest bubur nasi sebagai makanan pertama bayi.
Tapi pada masa sama, kite tak la menolak pada mummy yang go for puree first. Still you are the best mum for your kids.

Maka, pemilihan kite untuk bagi bubur nasi la pada Aisyah dan perancangan kite adalah untuk memberikan bubur nasi kosong pada Aisyah. Lepas tu baru mulakan puree dan campurkan puree itu dengan bubur.

Boleh jugak guna jadual dibawah untuk rujukan.

Jadual solid food baby. Credit to Shakina Farhan 

Kite suka planner  atas ni sebab terus je ada simple notes yang mudah faham.
Siap-siap ibu print untuk tampal kat peti ais walaupun printer takde color.

Ini untuk mom yang nak memperkenalkan dengan puree dulu.


Nanti kite share jadual/menu makan untuk #nuraisyahtasnim pulak lepas ni tau.
Basic lebih kurang je dengan yang blogger Shakina Farhan punya tapi kite ubah sikit-sikit mengikut bahan yang ada dan masih kukuh pada makanan ruji iaitu bubur.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-