Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 1- The Gadget

Assalamualaikum...

Biasa. Anak kedua pun masih excited hookey bila anak dah nak mula makan.
Nak-nak Aisyah memang dah menunjukkan ciri-ciri nak makan sangat dah.
Asal Thaqif atau ibu makan je dia pandang jooo pastu telan air liur sendiri.
Haish. Cair ibu dengan pandangan awak begitu.
Rasa nak suap jugak makanan tu. Tapi sorry ye dik, belum cukup umur.
Laju-laju makan atau beralih tempat lain supaya dia tak nampak kita makan.
Kesian sangat tau tengok muka dia. Dah la mata sepet, pipi gebu. Memang melting abes tengok tau.

Maka, nak memulakan solid food kali ni, mari keluarkan segala harta karun zaman abang Thaqif dulu baru add-on ye.
Cerita persediaan solid food Thaqif DISINI <<klik link untuk baca

Persiapan Solid Food terbahagi kepada beberapa kategori

A. Peralatan Memasak/ Menyediakan Puree/Bubur Nasi

1. Periuk Pengukus Makanan
Periuk kukusan warisan mama. Dapat kat kite abes dah senget benget periuk ni sebab anak bujang kite dok buat main masak-masak, tom tom tumbuk semua.

2.  Electric Lunch Box
Beli zaman memasak untuk Muhamad Thaqif Aiman umur 8-9bulan kot + ibu rajin bawak bekal.

3. Baby Bullet Blander
Ni pun beli masa Thaqif nak mula solid food.

B. Penyimpanan Frozen Puree / Bubur



1. Storage Cup/ Ice tray
Kiri sekali-sedia ada dari set baby bullet, tengah- beli masa baby fair awal September, kanan-ice tray beli di Daiso

2. Bekas makanan /tuppaware
Beli di kedai RM2 je-dah lama beli tapi tak guna pun.

 Ni cadang nak buat rendam beras siap-siap ikot portion bubur nak masak hari-hari.

3.Storage bag 
 Yang atas beli kat Daiso. Yang bawah baki zaman dok frozen puree/sup zaman abang Thaqif. Hiks.

C. Bekal / Makan


1. Termos
Ni sedia ada abah dapat masa Minggu Amanah Saham di RTC tahun lepas kot. Lupa dah. Saja prepare sebab baca pengalaman mom lain bawa bekal anak dalam termos.

2. Set Twinkle Tup (tuppaware)

Set lengkap untuk makan.

3. Bekas Bento
Beli kat daiso sebab comel. Polkadot pulak. Papa Aisyah teruja pilihkan.
Nasib baik beli ni tau. (later cerita naa kenapa cakap gitu)

4. Botol Air
Sebenarnya keliru nak beli botol air macam mana untuk Aisyah. Kalau boleh nak ajar terus straw punya. Aisyah pandai dah pun guna straw, tapi masih keliru jugak kadang-kadang naik air, kadang-kadang tak. Haha...
Maka beli je botol air yang boleh 3 fungsi terus. Sippy, straw, dan teat biasa. Comelkan si biri-biri.

Okey itu sahaja dahulu untuk part 1.
Part 2 esok-esok kite cerita bahan-bahan masakan ( menu solid food itu)

Part 2  >>SINI << klik untuk baca

Comments

  1. Assalamualaikum.. heheh umar df je, bila bagi straw utk sedut air masak dia gigit pula. Hahaha taktau camne nak ajar dia dah 7bln++ hihiii bagi air masak pakai sudu je la lepas makan puri.. ehh bekas polkadot hijau tu kita ada.. beli zaman adam dulu hehehe comel kan barang2 daiso

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata la sheila bila masuk daiso.dari sebesar bekas hingga paling cinonet ada especially bahagian bento tu rasa nak beli semua

      Delete
  2. wah.. banyaknya persediaan.. hehe... tapi mmg seronok masak bila ank selera makan,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my