Skip to main content

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 3 - The Puree

Assalamualaikum...

Untuk Aisyah kali ni, kita mulakan solid food pertama Aisyah seminggu sebelum Aisyah genap 6bulan.

28.10.2016

Saja pilih hujung minggu, lagipun kebetulan Ahad tu masih cuti sempena Deepavali pula. Kira semaptlah melayan Aisyah makan untuk 3 hari pertama.

Makanan pertama Aisyah bubur nasi kosong yang di kisar halus.

Walaupun mulakan solid food dengan bubur nasi. Hujung minggu tu jugaklah kite ambil masa pulun menyiapkan pelbagai puree untuk Aisyah. Siap-siap untuk sebulan dua. Sekali harung je, pasni tak payah nak susah-susah tiap kali hujung minggu masak. 


Peralatan menyediakan puree.

1. Pisau
2. Papan pemotong
3. Periuk kukusan
4. Blender
5. Bekas menyimpan puree.

boleh rujuk entri SINI 

Cara-cara menyediakan puree.

1. Basuh bersih sayur/buah untuk di buat puree. **buah epal/pear seeloknya rendam dengan air garam sebentar untuk membuang bahan kimia yang disembur pada buah (kalau guna buah organik tak perlu la)
2. Kupas kulit buah/sayur.
3. Potong buah/sayur kecil mengikut kegemaran **kite potong kiub kecil untuk bagi cepat lembut dan masak sekata.
4. Kukus 10-15minit atau hingga sayur/buah layu/lembut. **cucuk guna garfu untuk pastikan lembut
5. Angkat sayur/buah yang sudah lembut. Biarkan sejuk sebentar sebelum di kisar.
6. Masukkan dalam blender, blend halus. **kebanyakan sayur/buah yang telah dikukus boleh dikisar tanpa ditambah air kerana sudah mempunyai elemen air dalam sayur/buah itu kecuali beberapa jenis yang agak berkanji seperti ubi keledek/ubi kentang perlu tambah air sedikit demi sedikit untuk membolehkan blender berfungsi dengan baik.
(baby bullet kite panas terus bila kisar ubi keledek)
7. Masukkan puree yang sudah siap ke dalam ice tray untuk dibekukan.

Labu yang siap dikukus.

Puree labu siap blend. My daughter favourite.

Ubi keledek dah siap kukus.
Ni pun menu kegemaran Aisyah jugak.

Plan asal nak perabes masa sehari je buat segala puree tu, apakan daya bekas untuk membekukan puree yang disediakan tak cukup pulak. Puree pulak ambil masa untuk beku. Terpaksa jadi 2 hari la menyediakan puree.

Koleksi puree 28.10.2016
Puree labu, puree keledek, dan puree betik.
Betik kena puree cecepat sebab sedap je ibu dan abang dok hadap sekeping demi sekeping.

Puree dibekukan dalam ice tray sesuai untuk sekali penyediaan makanan. Bila beku, di alih ke dalam storage bag seperti diatas untuk penyimpanan beku. Bila nak makan ambil seketul demi seketul.

Koleksi puree 29.10.2016
Puree mangga, pear, epal, dan lobak merah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....