Followers

Monday, 28 November 2016

Sedap jugak rupanya susu tepung

Assalamualaikum...

Kite bukan penggemar susu tepung. 
Masa mengandung kat Thaqif tu minum pun sebab husband yang semangat paksa isteri minum. Itupun minum perisa coklat je.

Mengandungkan Aisyah memang susu boolayan langsung. Husband tak dak sepanjang masa untuk pantau. Balik kejap-kejap, rushing gitu mana sempat nak perhatikan wife dia minum susu ke tidokk...

Tapi datang jugak sesekali insaf diri, beli la susu kotak sekali dua.

Masa mengandung tu, aktif jugak mintak sampel susu macam-macam tapi tak minum pun.

Maka, dah beranak ni, selalu je kelaparan di tengah malam, mesti wajib pekena jugak semug air panas sebelum masuk tidur pastu dok nampak sampel susu terselit-selit teruslah campur sekali dalam milo etc yang kite buat malam tu.

Friso mum...yum sedap rasa vanila.
Walaupun dah tak mengandung, menyusukan anak pun memerlukan kalsium tinggi jugak.
Suka jer minum frisomum ni, dapat 3 paket rasa sayang je nak minum paket terakhir tu.

Anlene pun sedap.
Lemak-lemak gitu. Haish... sedap jelah.

Pastu macam kemaruk  pulak nak minum susu tepung selalu.
Agak-agak apa pilihan hati?

Korang minum susu tepung apa yang sedap?


2 comments:

  1. Saya minum susu segar lembu atau kambing.
    Selalunya susu lembu.
    Susu kambing kadang2 seminggu baru dapat.

    ReplyDelete