Skip to main content

2016 going to end

Assalamualaikum...

Hai lama tak menjenguk blog kesayangan.
Tapi selalu je singgah melawat blog kawan-kawan yang rajin update.
Tabik spring dengan kawan-kawan yang rajin update cerita etc.
Kite tak sempat nak update blog sangat tahun ni.

2016.
Blog terabai sikitlah. Sibuk kerja. Harharhar.
Inshaa Allah cabaran untuk 2017 supaya rajin update blog. Siap-siap dah clear nuffnang tahun ni. Baru tahun depan semangat sikit cari earning. 
Kalau tak krikkrikkrik jelah entri.
Inshaa Allah 2017 kite aturkan jadual dan pastikan blog tidak terabai.
Doakan yang terbaik.
Dok timbang tara jugak patut bukak blog baru ke dakk..

2016.
Up and down in life.
One of tough year for me and family.
Pengalaman itu mematangkan.
Hadiah terbaik tahun 2016, Nur Aisyah Tasnim. No doubt.
She's going 8month next week.
Haha...
Masa tahu mengandungkan dia kemain risau cemana nak handle 2 babies in 1 time while husband nun di selatan tanah air.
Tapi sekarang, relaks je. Eh. Dah nak 8 bulan dah anak kedua kita?
Masa tu jugak pikir, kalau husband balik mesti tak boleh keluar berjimba sangat sebab dah ada 2 babies. Payah nak keluar.
Tet. Rasanya sekarang lagi banyak keluar dari dulu. Layan anak-anak jalan-jalan kat mall makan aiskrim, main mainan kat mall tu sampai puas.
Thaqif suka je, biarlah mainan tu tak bergerak ke apa janji enjoy.

Aisyah.
Buas dia yaa ampun sama naik dengan abang dah. Dah pandai meniti tepi meja, kerusi.
 Abang pulak dah terlalu biasa dok sorang, rasa terancam bila adik sentuh barang mainan dia tapi dok main seinci depan adik.
Atee...kucing pun terliur kalau hidang ikan tawar kat depan...
Gitulah adik.
Hidang mainan kat depan harus la nak sambar je.
Pastu abang bertempik marah kat adik.
Memang ibu ni tahap nak nak jadi hijau biru jelah tapi marah pun budak-budak bukan tahu apa.
Kasi lagi stress dengan raungan dan air mata anak-anak je nanti.
Maka, redha sahaja.
Sel-sel otak tengah berhubung katanya.

2017.
May bring new hope for our family.
May bring us more brighter life.
May give us more friends and family.
May give us successful.

Kite doakan yang terbaik jua untuk kawan-kawan dan keluarga.
Moga Allah permudahkan segalanya.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

will be back with new spirit

Assalamualaikum . tenggelam timbul didunia blog. suka menulis tapi selalunya kekangan masa dan kehidupan sebagai isteri, ibu yang bekerja menjadikan bukan keutamaan untuk teruskan berblog. . i feel lost as wife and mother. i feel tired in everything i through. im feeling running from everything. sometimes. i think it better die than keep alive. . stress.depression.is real. . saya alaminya. . dan bukan mudah untuk menanganinya. . tanpa sokongan orang sekeliling. . yang hati sentiasa menjerit 'you are not in my shoes' . tapi terpaksa senyum, berlakon berkata 'im ok' . alhamdulillah. . i learn. to love myself. . i will not give up with myself. . im enjoying every second of time that i have now. . truly.to archieve this feeling. . its not take a day or two. . not only depends to the support that we had. . but ourself. . are we want to stuck in this feeling forever? . i ask myself about it everyday....