Skip to main content

Thaqif vs potty training


Assalamualaikum.

Bermula seminggu sebelum cuti pantang habis dah cuba potty training Thaqif dah. Okey Thaqif pass, tapi semasa dok rumah ibu, dengan ibu jelah. Dok umah atok opah memang cepucemas sangat hujung2 baru nak cakap. Atok opah pun surrender la, jenuh berlari kata mereka. Maka weekdays, dok dengan opah atok masih on diapers. Weekend ibu akan pastikan diaper free siang hari. Itupun sebulan dua je bertahan pasal bila papa balik, balik kampung semua on diapers.

Minggu ni rasa, omg kali ni kena lebih hati batu dan tetapkan target Thaqif must diaper free dah before his 3rd birthday, paling bagus by new year which hari ni dan esok je.

Hari ni mula la balik potty training. Hasilnya pagi-tengah hari 4helai seluar kecik basah, seluar 3helai sebab masa pakai seluar kecik yang ke-4, ibu memang denda, no more seluar, pakai je seluar kecik tu jenuh nak basuh la banyak2. Basah jugak.

Paling best, bab kencing ni, ibu tak jadi hulk pun dengan Thaqif arinie sebab dia tak kencing merata pun. Thaqif ingat pesan ibu,nak kencing bagitau ibu, nak kencing pergi tandas. Cuma tak dapat tahan kencing je. Dah sampai depan tandas dah, tak sempat panggil ibu, dah terkencing. Gitew. Maka tak capai piawai untuk ibu marah. 
Plan asal hari ni akan diaper free sampai malam, tidur tanpa diaper jugak sebab menurut mak2 hebat, terus je diaper sampai malam dalam 3hari toddler will okey terus.

Tapi langit tak selalu cerah bila atok datang dan dia ekor terus atok balik umah opah.😭😭😭😭
Will try again tomorrow.
Never give up. 


Comments

  1. Hehehe adam dah 3 bulan training. Berak pun dlm jamban. Jalan keluar pun tak pakai. Cuma waktu tidur je wajib pakai. Tak larat nak bgunkan dia sebab umar df kuat. Hahaha tak mampu nak overtime. Hihii good luck awak ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...hebat adam...tulah bila ntah nak betul2 mula lagi.semalam pun diaper on sebab mode dia nak pakai jeans je. jenuh ibu nak menyental la musim2 hujan ni kalau asyik bocor dalam jeans tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulany...

Pengalaman membeli di 11street.my

Assalamualaikum... Asyik entri shopping, online shop je. =) Well nak raya soon. Saja mengingatkan kawan-kawan ini jelah time untuk shopping online sebelum pos,kurier mula sibuk dan tertunggak penghantaran dan frust lagi takleh pakai baju baru, kasut baru, handbag baru, sila la shopping awal-awal.( Alasan sangat) Marilah cerita pasal online shop ni. 11street.my ni baru je kot bertapak, konsep dia lebih kurang sama je dengan rakuten. Korean street store. 11street.my ni dimiliki dan beroperasi dibawah celcom planet sdn.bhd. (eh dah kenapa nak mention formal segala ni...hahaha) Terjebak dengan 11street.my ni since mencari sleepdress je pun. Sejak beranak asyik dok t-shirt dan kain sarung je siang malam, jemu la suami kite nengok. Marilah cari sleepdress sebenar. Tapi biasalah i'olls kedekut, so bila google jumpa macam-macam link termasuklah link 11street ni. Belek-belek la produk kat 11street ni, jumpa sleepdress yang agak berkenan semurah RM25, free postage. Oke...

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Assalamualaikum... Pagi yang indah dibulan Mac. Marilah melancarkan 2nd Giveaway Cik Puan Jelita. Harap sudi join! SYARAT-SYARAT 1.  FOLLOW  Blog  Cik Puan Jelita  aka  cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899    (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!)  **wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde. 2. Copy  PICTURE  di atas ni dan link kan ke  (Link kan ke entri  " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  ) 3. Sila letak  TITLE  entri dengan " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita " ye. 4. Sila  TAG  kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye! (minimum 3 orang!) 5. Sila  TINGGALKAN LINK  penyertaan  di ruangan komen entri   " 2nd Giveaway Cik Puan Jelita "  (Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira) Giveaway ni bermula pada hari ini!  (01 -20 Mac 2015) Hadiah-h...