kembali pada Drypers

Assalamualaikum...

Muahahaha...
Kemain aritu buat entri mencurangi drypers.
Sekali takdan setengah tahun balik semula kat Drypers sebab jenuh nak pergi supermarket shopping diapers tiap-tiap bulan. 

Drypers je yang paling mudah beli online pastu saiz tu sedang elok kat anak harga pulak pandai-pandai pilih time shopping la comfirm dapat harga yang murah dan berbaloi.

Pet-pet pun mudah beli kotak, harga pun murah tapi ntah tak sesuai sangat kat Aisyah. Saiz M pet-pet tu pendek sikit. Nampak tak selesa je Aisyah pakai.
Ibu malas pening kepala, terus kembali jelah kat drypers.


Tapi Aisyah jelah pakai drypers. Thaqif pakai diapex wonderpants.
Drypers pants tak sesuai untuk Thaqif, selalu je bocor-bocor walaupun kencing sikit, berak sikit.
Jenuh menyental seluar bujang tu.
Sebelum pakai wonderpants ni dok pakai mamypoko standard pants tu. Fit elok untuk Thaqif, tahan bocor si mamypoko tu tapi satu je ibu tak berkenan bau kencing kuat sangat. Takde anti-bau gitu. Kadang macam was-was sokmo ibu bocor ke apa bau kencing kuat sangat.

Tu yang beralih ke diapex wonderpants. Masih ada bau tapi kurang dah, takdelah sampai semerbak gitu. Atok pun suka jelah pakai pants ni, senang sarung-sarung je katanya.
Hari tu atok salah ambil diapers adik pakai kat abang, pastu bebel kat ibu kenapa beli hat ni pulak?
Amboiii...dia salah ambil, kita pulak salah ye...

Comments

  1. amboi comel sangat atok tu bebel hehehe.

    betul tu beli diapers ni perlu sesuai dengan anak2 kitakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...memang comel jelah.
      betul tu kak, nak kontrol bajet pun jgn sampai anak2 tak selesa pulak.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan

Pengalaman membeli di 11street.my