Skip to main content

Muhamad Thaqif Aiman turns 3

Assalamualaikum...

Pejam celik. 
06.05.2014 - 06.05.2017.
Dah 3 tahun umur anak bujangku.
Kejap je masa berlalu.

 Muka budak di hari cukup umur 3 tahun.

Berisi dah dia.

Konon tahun ni excited sebab nak sambut birthday dua anak. Nak la buat celebration panggil jiran tetangga, goreng bihun sebungkus dua, buat goodies bag bagai. Sekali papa dapat perkhabaran kena training kat Melaka pulak selama 2 bulan, 17/5/17 baru habis training tu. Maka huhuhu jelah niat ibu tu. Sambut birthday kat melaka masa passing out papa jelah.

Tapi ibu tak pernah la puas hati kalau tak buat apa-apa diharijadi anak. Konon buat la apam coklat 2 adunan, boleh bagi kat atok opah sikit, bagi jugak kat taska Aisyah.

 Thaqif cakap "abang tak nak kek kecik, ibu buat kek besar"
Hamboiii...macamlah dia habis makan kek sebijik tu kalau buat pun.

Since hadiah anak-anak dah beli sikit-sikit dari awal tahun. Hehehe... Ibu pun menggedik balut siap. Pastu tak tau nak bagi ke tak kat anak. Hahaha... Sebab papa jugak ada share beli hadiah. Macam tak fair pulak ibu bagi.

Hadiah biasa-biasa je pun. Yang kecik-kecik kereta hotwheels, yang besar tu lori bawak kereta yang dah lama Thaqif idam.

Untuk tahun ketiga kelahiran anak ibu. Ibu doakan anak ibu sentiasa membesar dengan sihat, gembira dan menjadi anak yang soleh. Ibu sayang anak ibu sangat-sangat.

Bak kata atok. Diusia 3tahun, ada je akal baru dia. Alhamdulillah seminggu dua ni dah lebih pandai bergaul dengan adiknya. Takdelah nak pok adik suka suki dah.

Dah fully free diapers, dah pandai kayuh basikal sendiri tanpa diajar pun.
 Bab kayuh basikal neh puas la ibu bagi dia paham, sampai sakit belakang, pinggang ibu tolak dan ajar dia kayuh semua tak jalan dan putus asa. Malas dah tolak-tolak. Satu hari balik kerja tengok dia mengayuh basikal dengan sendiri. Perasaan masa tu macam nak melompat jerr.




Comments

  1. heppi bornday Muhamad Thaqif Aiman ..moga jadi anak soleh kebanggaan papa & ibu, Insyaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d