Skip to main content

Cerita Bersalin

Assalamualaikum...

Amaran awal, entri panjang tanpa gambar.

5 Mei 2014
Plan nak pergi shopping barang untuk mak baru kite (my dad getting married again). Jam 9am tengah siap-siap nak keluar. Masuk toilet dan tengok dekat pantyliner ada spotting darah... Gabra jugak kat hati ni... Maklumlah suami jauh, kite wish dia ada masa kite dalam labour room. Keluar bilik air terus sms husband nun di kota tinggi suruh pack barang sebab dah ada tanda-tanda baby coming.Then info kakak kedua kite. Kakak kata, kalau belum sakit perut lambat lagi kot, nak-nak anak sulung. Kalau pergi hospital pun nanti kena tahan wad, bosan, tak selesa. Kite memang tak rasa sakit pun. Maka, cakap dekat kakak marilah meneruskan niat nak pergi bershopping itu.  Hehehe...Abah tak de masa ni, abah ada appoiment di hospital, kalau abah ada sure suruh pergi hospital immediately because everyday,everynight he always remind me, sakit sikit-sikit pun bagitau, apa-apa bagitau.

So bershoppinglah kami, dari saleem aziz wakaf che yeh, ke bazar tok guru kemudian membungkus makanan tengah hari di jalan sri cemerlang. Husband dah nervous kejap-kejap tanya kite ok ke tak, risau sangat bila tahu kite sempat keluar shopping lagi. Masa dok jalan-jalan tu ada la terasa lengguh pinggang sikit tapi biasa-biasa jer. Balik rumah, makan dan tidur.  Dok umah ni, asyik nak ter-poopoo je. Kejap-kejap masuk toilet. Darah ada spotting macam pagi tu jugak.

Asar, kite bangun, tak tahu kenapa kite muntah. Hu. Sakit pinggang dan baby mengeras tu terasalah tapi mild jer taklah over. Kakak kata, lepas magrib la baru pergi hospital since kite masih nampak relaks dan tak rasa sakit sangat lagi. Lapar, tapi selera dah hilang dek kerana muntah sebelumnya. Fikir kalau tak makan, tak ada energy nak push baby soon, so kite dok makan kurma dan minum air zam-zam je petang tu.

Lepas magrib konon kite siap-siap la nak serah diri kat hospital dah ken... Tengok abah makan rojak yang dibeli tengah hari tadi, kite jamah jugak sikit, tup-tup lepas isyak jugak baru gerak ke hospital...

9.30pm, masuk bilik tunggu untuk buat ctg dan  check jalan. 10.00pm husband kite dah sampai dari JB. Happy tak terkata husband dah ada kat luar. Syukur doa kite untuk husband ada sama-sama masa bersalin tu termakbul. 10.30pm, done check jalan doc kata dah 4cm. Orang kata seluk nak check jalan itu sakit, kite rasa biasa je yang penting ikut kata doc dan positifkan minda,jangan terpengaruh dengan cerita orang lain. Pelatih le pulak ambik tugas untuk ambil darah dan cucuk jarum kat tangan untuk persediaan dalam bilik bersalin dan jika berlaku complication selepas bersalin nanti. Both hands tak dapat buat coz bump, mereka kata tangan kite kecik sama panjang je dengan jarum tu. Bengkak kiri kanan tangan kite dikerjakan mereka. Huhuhu.

Masa ni contraction agak terasalah, berpeluhlah jugak walau dalam bilik aircond. Menanti bilik bersalin kosong itu memang lama la. 11.10pm camtu kite mintak dengan nurse nak keluar jumpa husband kejap. Nurse pesan bawak 1 set barang baby terus dah bila masuk nanti. Almost 1/2 jam jugak la lepak borak dengan husband kat luar, orang lain tengah menunggu pakat kagum dengan kite boleh keluar jalan-jalan lagi. Masuk balik bilik check jalan tu pun doktor tegur kite relaks je walaupun jalan dah 4cm sebab tengok kite masih aktif dok sms dengan husband. Pedulikan kata orang, rindu dendam dengan suami kot + takkan kite nak mengerang tak semena-mena, baiklah kite zikir dan selawat je bila contraction tu datang.

6 Mei 2014, 
00.30am, kite dibawa masuk bilik bersalin, pun ada doktor lain tegur lagi kite macam tak sakit pun, sambil jalan   dok sms... Doktor tu follow kite masuk bilik bersalin. Dia cakap nak masukkan kite kat wad sebab kite nampak cool lagi tapi kena check jalan dulu. 5cm dah, terus terbatal niat doktor tu nak masukkan kite ke wad, terus pecahkan air ketuban dan cucuk jarum kat pergelangan tangan kite, masukkan air. Masa ni sakit masa contraction datang tu makin terasalah, berpeluh-peluh juga.

01.00am, husband dah dibenarkan masuk teman kite, yeay!
Contraction datang je dok genggam tangan husband. Hohoho... Dia penenang terbaiklah, kami dok bercerita-cerita pasal minggu orentasi dia etc. Contraction datang je hilang fokus kejap pastu sambung borak lagi.

2.00am above, contraction makin kuat, sakit belakang pinggang hanya Tuhan tahu, mintak husband gosok-gosok belakang bagi kurang sakit. Pastu doktor datang lagi kata ctg baby tak okey dia tak kasi kite mengiring dah untuk 20 minit. Setiap minit tengok jam menanti berakhir 20 minit. Saat ni dah le sakit, rimas pulak dengan ctg dan jarum kat tangan lagi, rasa nak cabut semua.

3.00am kot, bidan datang, cakap dengan kite kalau rasa nak teran berak, teran je. Fuh! Dah memang rasa lama tapi takut, sekarang dah kasi green light, kite teran jelah. Bidan datang dengan nurse beserta doktor pelatih tiga orang bantu dan tengok proses kelahiran baby boy kite. Mula-mula push kite tak reti, nafas terhenti-henti. Lepas beberapa kali, kite set mind, for baby i must do it, akhirnya 3.30am Muhamad Thaqif Aiman selamat dilahirkan. Bidan angkat tunjuk jantina, husband dah jerit, boy, baby boy. Kite angguk jelah, nurse tanya kite comfirmkan jantina semua, then terus letak baby atas dada kite sementara bidan dok pisah keluarka  uri.

That time, kelu tak tahu nak cakap apa. 40weeks he inside my womb, we just like can't wait to see him. Now he on me, i can't say a word. Then terkeluarlah jugak, 'Thaqif, Thaqif Aiman', dan pandang husband dan sama-sama senyum. Few minutes, nurse datang ambil baby nak mandikan. Kite tunggu untuk dijahit. 

4.30am camtu mula jahit. hoho...memang terasalah benang ditarik semua walau dah dicucuk ubat bius. Sakit dijahit itu lagi dari masa tengah push dan ditoreh tu. Masa push, bidan toreh perineum itu, tak terasa pun. I really enjoy the push moment. Baru je beranak, rasa nak beranak lagi je...tapi part jahit tak sanggup nak fikir. Sorry Thaqif, awak takkan dapat adik lagi hingga ibu bersedia menghadapi trauma dijahit ni.

Finally, itulah pengalaman bersalin kite. 3 hari punya writing baru habis tulis entri.



Comments

  1. menjadi ibu adalah moment paling indah.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu indah, till today kdg2 mcm tak percaya i born my baby.the moment keep play in my mind...

      Delete
  2. mudah jugak awk nk bersalin.. alhamdulillah.. smoge thaqif jadik anak soleh.. insyaAllah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kite nak bersalin aritu.moga saat awak nanti pun dipermudahkan juga... amin...insya-Allah...

      Delete
  3. memang moment bersalin tu indah...rasa nak bersalin g..tp betullah bila ingat tang kena jahit tu...ngilu rasa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik2...tahu xpe.tang jahit2 tu jgn ckp pape.seram sikit...

      Delete
  4. Alhamdulillah...kejap je dah 4cm...seronpk bc entry pengalaman bersalin..rindu saat2 tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d