Skip to main content

Bersalin dimana?

Assalamualaikum...

Cerita bersalin dah, story2 pasal anak pun dah jugak sikit2. Namun soalan bersalin kat mana, ok ke, masih jugak menjadi soalan utama, marilah kita bercerita.

Kalau ditanya nak bersalin dimana, mestilah idam di KBMC gitu, nak pilih doktor perempuan sambut kelahiran anak. Tapi fikir di hospital kerajaan pun tak kurang facilities dia. Lagipun di Kelantan ni kite ada tempat memilih nak bersalin dihospital mana.

 Kite pilih HUSM, Kubang Kerian.
Memang dari mengandung lagi, kite target nak bersalin di HUSM instead of HRPZii (Hospital Raja Perempuan Zainab ii-  Hospital Besar Kota Bharu). Kenapa? Kite rasa lebih selesa di HUSM, parking okey, wad selesa. Dah survey di HRPZii, padatnya wad bersalin dan wad-wad lain pun. Parking susah, dan ada jauh sikitlah. Jawapan yang selalu diberi pada orang yang bertanya, bosan dah g HRPZ, hari-hari kerja situ, bersalin kite tukar angin pergi hospital lain la plak.

Masa kite bersalin that day, wad bersalin di HUSM penuh dah, so mereka tempatkan kite di wad yang kosong, eh adalah orang tapi kurang dari 10 pesakit kot. Selesalah for me berbandingkan dengan wad di HRPZii, lane tengah antara katil berhadapan pun diorang letak bed lagi. Tak sangguplah kite walaupun duduk dalam wad tu beberapa jam je. Imagine, how la mak mertua/husband nak teman kalau dah jalan dalam wad pun berselisih bahu? So far, kite rasa berpuas hati dengan pengalaman bersalin di HUSM.

Prosedur nak bersalin di HUSM? Mudah je, sama jugak bersalin dihospital lain kot.
Bilik bersalin HUSM di tingkat 1, tapi kaunter pendaftaran kat bawah. Sebelum pergi bilik bersalin kena daftar di kaunter bawah dulu,kite aritu tak tau, terus naik atas masuk bilik bersalin, then kakak la pergi daftarkan. Maksudnya, kalau dah tak tahan nak bersalin / sakit, suruhlah peneman/suami yang daftar pun boleh. Hanya bawak IC dan terus bagi je GL(kalau ada) kat kauter pendaftaran nanti dia masukkan dalam sistem. Buku merah bawak masuk bilik bersalin sekali bagi dekat nurse yang bertugas untuk catat apa yang patut serta semak kesihatan ibu dan baby. 

Masa nak discaj wad tak perlu dah bawak GL dah sebab semua dah dalam sistem mereka, bawak bil yang diberikan nurse dalam wad je. Hat tak de GL tu prepare la duit seperti yang dinyatakan dalam bil.

Dan itulah cerita tempat kite bersalin,bagi review sikit dan prosedur untuk bersalin disana siap-siap. 


Comments

  1. Alhamdulillah.selamat semuanya..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum awak. alhamdullilah. sheila dlu avoid tanak pegi HSB (sg bloh) sebab org banyak bagi bad review. so agak debor la sbb last minute kami decide pegi HSB juga. alhamdullilah. sy rasa ok je semuanya. maybe sebab sy smpai spital, bukaan dah 5cm, terus dpt mandat lepas kat bilik ctg then masuk LR bila bukaab semakin terbuka besar. hahahaaaa. staff nurse sorg je sambut sy tau. hahaha kagum dgn beliau~~~

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy nk tny klu bersalin czer kat husm tu pkai gl brapa kos nya ?? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy nk tny klu bersalin czer kat husm tu pkai gl brapa kos nya ?? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  5. Salam. Sy nk tny klu bersalin czer kat husm tu pkai gl brapa kos nya ?? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy kurang arif sbb bsalin normal.kalau GL gov rasanya free jugak la kot sbb husm kn half gov.

      Delete
  6. Salam nak tnya kalau besalin normal bil braoe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna gl, resit tak tulis amaun.mungkin boleh call husm direct utk tahu kos kelahiran.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d