Diari Dapur : Bihun Sup Soto dengan Bergedil Ayam

Assalamualaikum...

Musim selsema. Kite pun turut selsema.
Bila selsema, selera makan pun macam reduce. Kejap nak makan itu. Bila makan, payau je cari makanan lain. Selagi tak kena selera tekak begitulah gayanya...Menu berkuah/sup menu terbaik dinikmati saat begini.

Sup memang sangat membantu kala selsema dan tekak yang sedang kering ini. Makan menu sup, baguslah dapat menstabilkan bendalir dalam badan.Huhu...

and well, rindu bangat sup ayam soto air tangan mama katanya. Last weekend cuba la hasilkan menu bihun soto itu sendiri. Siap buat bergedil lagi... kikiki...


Bahan-bahan Sup:
1.Sup Bunjut
2.4 sekawan
3. Bawang putih 5 ulas
4. Bawang merah 3 biji
5. Halia 2 inci
6.Ayam
7. Minyak untuk menumis
8. Garam
9. Air

Cara-cara sup :
1. Rebus ayam dalam periuk bersama sup bunjut dan halia. Dalam kuali, tumis bawang dan rempah 4 sekawan hingga naik bau kemudian tuang ke dalam periuk rebusan ayam itu. Biarkan hingga masak.

Bahan Sambal kicap :
1. Kacang tanah segengam - digoreng (kite goreng tanpa minyak je)
2. kicap
3.cili 3-5biji (ikot tahap pedas sendiri)

Caranya :
1. Tumbuk cili + kacang tanah + kicap

Resepi Bergedil DISINI

Bahan hidangan lain :

1. Suhun goreng
2. Limau nipis
3. Daun sup/bawang
4. Bihun (rendam dalam air panas)
5. Ayam dari sup ayam (di carik-carik isinya, jadikan lauk dalam hidangan)

Sempoi-sempoi je sudah menu untuk seorang diri...
Husband panass je bila share gamboo makanan kite kat dia sebab dia kat sana hari-hari nasi bungkus.
Bila balik sini, kite pun jarang masak, masak pun menu simple je...
Dah tu asal ditanya balik nak makan apa, dijawab apa-apa je.
Haruslah isteri masak apa yang paling express je ada kat rumah saat itu.
Nasib la. Doakan husband tersayang cepat-cepat dapat pindah balik kelate la...
Terseksa dah dok  berjauhan hampir setahun ni. Kesian anak kekurangan kasih sayang papa.
Dah melalut kot lain lagi...
Selamat mencuba!

Comments

  1. sedapnyaaa akak. terliur tengok. lama tak makan soto dengan bergedil ^^

    ReplyDelete
  2. okay sedap.sedap bergedil tuuu! hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jap g cari kentang terus malam ni gentel bergedil tau

      Delete
  3. Replies
    1. last makan raya lepas, tu yang buat ni..hihi

      Delete
  4. soto ni teringat soto jawa parit raja, BP johor sana. aduhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnya nak pegi sampai johor sana...hiihi...

      Delete
  5. Sedapnye. Lama dah x mkn soto. Rindu sgt ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana rindu bertamu la terhasilnya soto ini

      Delete
  6. Terliur dah imah tengok. Huhu..nak! nak! nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak untuk dinner malam ni okey.hihi

      Delete
  7. Dah lama zumal tak makan soto.... Rindu lak ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramainya rindu soto...zumal masak la.air tangan lelaki selalunya lg sedap...

      Delete
  8. ooh cik soto.my peberet
    sedap dimakan panas pans kan

    ReplyDelete
  9. Lama dah beli yg soto punya perencah..wat je xlagi..suka juga mkn soto ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Pengalaman membeli di 11street.my

Butik Pengantin / Bridal di Kelantan