Skip to main content

Diari Dapur : homemade carbonara gravy yummy...

Assalamualaikum...

Hari tu pernah dah share resepi sos carbonara simple sedap tu. Hasil dari google-google dan olahan sendiri jugak resepi.

This time, again ubah bagi suai rasa sos carbonara itu. Dan hasilnya memang yang ni paling melekat dihati. Sedap bangat. Husband makan tak dan 5minit dah licin pinggan.


Pinggan atas tu husband punya. Asalnya, pinggan beliau adalah lagi penuh berbanding pinggan kite. Kite baru tuang air, dia dah mula makan, kite nak snap gambar, dah tinggal banyak tu. Laju benorr...
Sedap sangat katanya. Lamoo tak makan air tangan isteri.

Bahan-bahan :


1. susu segar 500ml
2. 1 paket vono mixed mushroom (agen pemekat aka penambah rasa sedap)
3. Saudi scallop ayam extra cheese (dipotong dadu)
4. Spagetti
5. Bawang putih 3 ulas -dicincang halus
6. Chesdale (takde pun xpe tapi kami penggemar cheese tegar maka tak boleh tinggal ni)
7. minyak zaitun (kite guna minyak masak biasa je)

Cara-cara :
1. Spagetti direbus dalam periuk berisi air- masukkan garam 1sudu teh dan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat)
2. Tumis bawang putih,masukkan scallop ayam hingga agak masak. 
3. Masukkan susu segar, 1 paket vono, kacau hingga sebati aka tidak berketul.
4. Kuah menggelegak, tutup api dan baru masukkan chesdale itu 2keping. 

**Boleh jugak patah-patahkan atas spagetti kemudian baru tuang kuah. Sedap. Cheezy!

Comments

  1. Wah sedapnye..peminat cheese pasti suka. Tp sue cepat muak mkn carbonara. Lg prefer spagetti dgn tomato puree.

    ReplyDelete
  2. klu la husband minat mkn benda gini, mmg dh buat dh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz

Assalamualaikum... Dulu jakun je bab book tiket flight ni. Tak reti nak beli pun. Zaman dok ulang alik masa dok KL dulu pun balik kampung tak pernah nak berangan naik flight. Naik bas je selalu.  Pastu macam yelah orang dok pesan nak book, jangan klik ambil insurans, tak payah pilih seat bagai nanti tambah harga mahal. Lagilah ku tak mimpi untuk flight bagai. Dalam kepala kite, ala susah kot, mana nak tau tetiba ter-click ambil insurans ke apa cemana. 1st time nak beli tiket flight, siap pergi tanya PSH kat ofis ni mintak ajar step by step macam mana nak book tiket flight sebab takut ter-click yang tak perlu. Masa tu beli direct dari firefly je sebab dah setuju sangat dengan harga dia. kat Airpaz pun harga sama. Apa airpaz ni? Airpaz ni macam trivago, agoda versi flight ticket. Kalau kat trivago, agoda tu dok compare harga hotel murah, kat airpaz ni compare harga tiket flight murah la. Pastu abah cakap November nanti nak pergi KL lagi, sepupu kite nak kahwin. Mulanya di

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-

The Third

Assalamualaikum... . Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Sekali lagi diberi peluang untuk merasai nikmat mengandung. . Walaupun diuji macam-macam, tapi sesungguhnya kehadiran baby ni sangat dinantikan.  Teruja sangat. Bila tahu pregnant, terus list barang baby, survey barang baby,barang pantang. Over, tapi itulah hakikatnya. Even, dah start shopping pun. Just cant wait for baby. . Pertama kali berpengalaman mengandung dibulan puasa dengan morning sickness itu sangat mencabar.  Tak boleh nak sahur. Berbuka pun 10gelas air dengan sesenduk nasi jelah. Ada masa tak boleh bau dapur, tak boleh makan lauk fresh, yang berbau macam ikan bakar, ikan goreng.  Nasib baik la bulan puasa tu apply cuti tanpa gaji dapat rehat lebih. . 25 Jun 2018- official buka buku pink di klinik desa. Alhamdulillah, permulaan dengan sticker putih walaupun hb dok atas pagar. Berat badan 45kg. Kawan-kawan mahupun saudara pakat dok tegur kurus sangat. Bayang jelah awal tahun ni badan bagai d