Skip to main content

Posts

2nd Pregnancy : The 2nd Trimester

Assalamualaikum... Pejam celik eh dah melepasi fasa 2nd trimester. Di awal 2nd trimester. Mengalami pitam sekali semasa pergi beli makan pagi. Memula elok je jalan borak ngan member. Sampai kedai makan, beratur nak order tak semena-mena rasa berpusing, terus duduk jelah kat kerusi. Alhamdulillah. Tokei kedai siap belanja teh o ais lagi. Member pun tak perasan kite nak pitam. Big no to fast food. Nugget, burger, western food(spaggeti etc) semua tak mahu. KFC je boleh telan sebab ayam. Burger pun burger KFC inti ayam goreng tulah. Baby selera kampung-kampung je, pastu wajib la nak nasi dalam sehari tu. Suka sayur, ulam-ulam gitu. Makan tu kalau boleh nak jugak ada sayur. (ini selera papa sangat la-ore kelate tak ley tinggal nasi) Lepas makan nasi, wajib mood nak coklat. Kalau tak dapat memang rasa loya, nak keluar balik je isi perut. Tapi kite takde la amek coklat sepenuhnya, tapis la dengan biskut bersalut coklat camgitu jelah. Baby nan aktif, kalau makan coklat m...

Gigirl ke Boboy

Assalamualaikum... Pejam celik dah di ambang 30minggu pun. Kejap je masa berlalu. Pastu orang sekeliling sibuk bertanya dan meneka jantina kandungan kite. Teruja dan seronok dengan kehadiran orang baru tentunya makin dirasai. Kisah 2nd trimester pun tak ter-update sebab terdelete dah draft yang panjang-panjang di karang. Sobs.  Tunggu mood rajin kite draft balik cerita 2nd trimester itu. Kisah pada suatu hari yang tenang, ibu borak dengan Thaqif. Ibu : Thaqif, meh sayang adik baby sini. (Thaqif pun berlari kiss adik baby) Ibu : Thaqif sayang adik? Nanti jadi abam yang baik tau. (Thaqif golek-golek je perut ibu) Ibu : Erm... Nanti dapat adik, nak baby gigirl ke boboy? Thaqif : Boboy. Ibu : Kalau baby gigirl tak nak ke? (Thaqif muka nak nangis) Ibu : Ala, abes tu kalau baby gigirl jugak cemana? (Thaqif dah hentak kaki, lembek badan nak berguling) Thaqif : Boboyboyboy...  Ibu : Okey. okey. Baby boy la. Thaqif : Boyboy. (tunjuk kat ...

Kuala Kangsar With Loves : Majlis Berkhatan.

Assalamualaikum. Dah puas berjalan-jalan di sekitar pekan Kuala Kangsar, kembali semula ke tempat kenduri. Anak-anak yang  nak berkhatan dah siap nak berarak dah sebelum di jamu makan.  Berarak di iringi kompang dan selawat. Ni baru suku daripada anak sedara i'olls. Bergambar sebelum makan. Lauk dan hiasan meja beradab dah rupa makan pengantin kooo... Mak mertua, mak muda, abah dan ayah mertua kite. Abaikan tudung i'olls yang serabai itu. Tengah dok makan deme ajak bergamboo, tangan pun tak basuh hoii... takdan nak betul-betulkan tudung dah. Thaqif masih dok sedap tidur sepanjang majlis. Habis makan berarak pergi sungai pulak buat acara berendam. Time ni Thaqif bangun dah, melepek atas dukung papa blurr pekebenda kompang-kompang ni. Terjun! Dah abes mandi, berarak lagi pulang. Kompang sementara dok operate. Ngeh. Arash debor takut nak kena sunat. Muka stress tak boleh blah. Gambar lepas operate takde. Dedua pa...

BOOKING FLIGHT DENGAN AIRPAZ...

Assalamualaikum Since ramai sangat bertanya pada kite pasal booking flight di Airpaz sejak post kite berkenaan Pengalaman Book Flight Menggunakan Airpaz . Jadi marilah kite guide sikit cara book flight dengan airpaz. 1. Masuk website airpaz.com 2. Pilih tarikh perjalanan (jangan lupa tick kotak rounf trip/ one way). Automatik keluar harga paling murah (direct flight) pada setiap hari. Kalau plan pergi bercuti, boleh pilih harga paling murah terus dah. 3. Dah set tarikh untuk pergi-balik. Contoh yang kite amek ialah round trip: depart -5 Mac 2016 , Return - 8 Mac 2016. Trip Kota Bharu -kota Kinabalu. (KB-KK) untuk 2 adult, 1 infant. Contoh semata-mata ye. I'olls tengah sarat mengandung, jangan buat pasal nak bercuti lagi dah tak pasal IC Sabah plak anakku. Akan keluar paparan macam kat bawah ni. Harga paling murah paling atas. Di serta info syarikat penerbangan (air asia, malindo, MAS, firefly etc), nombor flight, tempoh perjalanan, direct flight-one stop-...

Kuala Kangsar With Loves : Perusahaan Labu Sayong

Assalamualaikum... 5 Februari 2016. Berangkat ke kuala kangsar bersama suami, anak, abah, mak muda dan kedua mertua, kakak sekeluarga anak-anak saudara.  Pergi atas dasar nak turut memeriahkan majlis berkhatan dua orang anak saudara kite di rumah ayah angkat kepada abang ipar kite kat Kg Beluru, Kuala Kangsar. Kakak sewa homestay atas rumah kedai, 5 bilik, 3 bilik air di kampung Jamuan. Tak silap namanya, D'Jamuan Homestay. Puas hatilah. Anak-anak seronok dok situ. Kami sampai pun dah petang. Lepas makan semua, rehat-rehat jelah kat homestay. Malam tu, geng lelaki pergi tahlil dahulu kat tempat majlis. Geng perempuan dan anak-anak berehat je kat rumah. Thaqif Aiman awal-awal dah ditewaskan. hehehe... 6 Februari 2016. Pagi-pagi bangun, lepak minum-minum kopi bekalan dari rumah pergi tempat majlis sekejap. Ada marhaban, berendoi untuk baby tuan rumah yang turut join ventures buat Aqiqah.  Sekejap je join marhaban bagai tu, terus mintak diri nak melawat...

CPUV JANUARI 2016 : CREDIT VS ON GOING

Assalamualaikum... Januari 2016 rezeki nuffnang bagi iklan banyak tapi jarang update blog maka pendapatan suam-suam sahajalah. Apa-pun syukur ada jugak la. TQ untuk kawan-kawan yang rajin singgah blog kite.  Banyak yang dah kredit.   Yela, Januari pun dah berakhir sekian lama kan. Tapi ada juga yang masih on going walaupun dah melepasi separuh Februari. Big TQ to nuffnang anyway.

Rezeki Ibu Mengandung

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Minggu ni rezeki kite murah betul.  Masuk kerja minggu ni memang siap-siap bekal dari rumah 2 keping roti berintikan Spread Hazelnut Gardenia tu. Pastu sampai ofis pun takdelah sibuk nak keluar  makan ke apa sebab tak tahu nak makan apa. Dah bosan dengan menu nasi berlauk area stadium dan hospital. Hari Ahad tu, dah memang dah ada makan-makan di Hotel Perdana sempena persaraan salah Penolong Pegawai Tadbir.  Kira memang simpan perut makan lunch tu jelah. Tu pun ada PPK yang datang kutip BHT jamu kami apam polka dot-dot air tangan isterinya. Sedap, okey la buat alas perut. Hari Isnin pulak sibuk bekerja di pagi hari tak makan. Tup-tup Cik Lynn balik dari medical board, dia dapat nasi kerabu, dia bagi kite sebab dia dah order kerabu maggi dengan kawan ofis. Rezeki. Alhamdulillah. Cancel keluar makan tengah hari. Selasa, konon plan dengan Kak Salma nak keluar lunch makan nasi air. Nah, PPK yang selalu datang kutip BHT bawa...