Skip to main content

Posts

Kolaborasi dengan zalora lagi ^__^

Assalamualaikum... Alhamdulillah.  Rezeki. Sekali lagi zalora meminang untuk berkolaborasi bersama. Bunga-bunga je hati bila pihak zalora membalas e-mel. Kalau perasan post Koleksi Tudung Terkini semalam. Entri untuk zalora la tu. Pastu zalora belanja baucer RM100. Well, as I said mood shopping online langsung hilang, semua pun nampak tak cantik, tak berkenan, malas nak membelek. Maka, tak tahu tahun bila la kite nak shopping. Haish. Bagitau husband, dia plak bagi perangsang kemain suruh shopping. Tapi takde mood yunk oittt... Tak payah dirasuk kalau dah hati tak mo, buang karan je. Kronik betul masalah pembawakan baby kali ini. Orang lain diberi shopping melompat-lompat, kite husband siap pujuk shopping pun tak mahu. Apolah nak jadi... Well, last 2 day. Pitam jap masa pergi membeli makan kat stadium sana. Adoi... Pun tak faham, epal hijau tak tinggal, pagi tu pun siap bawak bekal milo, makan biskut bagai dah kat rumah. Tak pasti kenapa masih flat to max. ...

#muhamadthaqifaiman : Journey to Wean Off

Assalamualaikum... Thaqif memang mula on FM sejak umur 8 bulan + disebabkan banjir, EBM semua rosak. Tapi masa tu kira campur lagi la FM dan EBM.  Since Ramadan, susu kite agak merudum dan terus merudum.  Banyak la FM berbanding sebelumnya.  Tapi itu pun kat rumah opah jelah. Ibu balik tetap DF. Bila tahu nak dapat adik baby. Bermula la fikir untuk stop DF Thaqif. Ikutkan memang takde masalah pun untuk terus BF Thaqif tapi susu dah makin kurang, dengan alahan dan kurang makan lagilah production susu berkurang. Stress, dan kesian kat anak tak puas menyusu. Even diri sendiri pun tak kuat nak stop DF Thaqif sebab dah terbiasa, balik kerja Thaqif terus je dok atas dukung mintak susu tiba-tiba nak kena tahan Thaqif dari mencari susu pulak. Hujung minggu sepenuhnya Thaqif DF, tetiba nak kena pujuk Thaqif minum susu botol. Haru... Perjalanan wean off bermula bila kite bercakap-cakap dengan Thaqif tentang adik baby, Thaqif dah besar kena minum susu bot...

KOLEKSI TUDUNG TERKINI

Assalamulaikum... Menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan.Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai. Ini mungkin kerana golongan wanita yang berhijab semakin gemar bergaya dan mengikut arus fesyen terkini. Mereka semakin menonjol dalam dunia fesyen di Malaysia dan penglibatan mereka member kesan yang agak besar bagi pencinta serta pereka fesyen tanah air.Tambahan pula sentuhan moden yang diberikan kepada koleksi tudung terkini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Tudung adalah seperti satu aksesori kepala untuk wanita Islam bergaya.  Terdapat banyak tips pemakaian tudung tanpa mengeluarkan kos yang boleh didapati secara online sahaja. Selain daripada tips  pemakaian tudung, kita...

Sampel LactoKID lagi

Assalamualaikum... Last week abah balik dengan bungkusan poslaju. Kite dah pelik-pelik. Dah lama kot puasa shopping online sejak mengandung ni. Mood malas katakan. Berkerut seribu je bukak parcel. tup.tup rupanya sampel susu lactokid dengan height chart new version. Rezeki Thaqif la. Hari tu dah dapat, ni dapat lagi sekali. Baik sungguh LactoKID. Comel je height chart hat baru ni. Siap boleh main match word ABC gitu.  Kalau melayan dak Thaqif main ni, mesti dia seronok. Tapi mood ibu sekarang ke laut. Weekend pun tak dan nak layan dia main beria-ria. Anakda pun terabai. Baca buku sama-sama pun dah jarang. Kadang gelak sendiri tetiba Thaqif pergi ambik buku, pastu kumat kamit kerut dahi bagai baca buku sendiri. 

Potty Training?

Assalamualaikum... Sengaja mencari mood mengumpul ilmu tentang potty training. Thaqif pun dah nak jadi abang. Dah nak masuk 18 bulan dah dalam beberapa hari lagi ni.  I think its the best time to be ready about potty training anyway.  Jom baca sama-sama. Rujukan tips untuk potty training : tips-potty-train-cerai-pampers 9-tips-potty-training-waktu-malam tips-melatih-anak-ke-tandas-atau-potty-training-dalam-3-hari tips-melatih-anak-ke-tandas-potty Bila nak betul-betul bermula tu, really need a gut and preparation.  Nak kena beli spander poli la kot. Hihihi... Sekarang pun opah Thaqif memang ajar masuk tandas nak mandi ke apa, mesti kencing dahulu. So he did. Lepas ni cuma kena lebih tegas. 

DIY : IRON BOARD

Assalamualaikum... Iron board kat rumah tu dah lama patah macam kat gambar bawah ni. Mai sorang tanya kenapa patah? Sape buat? Kecik hati i'olls sebab pakat tuduh anak bujang kite. Padahal bujang tu langsung tak minat pun main kat area iron board ni. Pun tak dapat kesan la sape buat. Pakat tak mengaku. Rumah i'olls kan tempat persinggahan banyak orang. Kakak-kakak, anak-anak sedara semua. Pepaham la bukan boleh nak kontrol semua. Kalau pun anak sedara mai melepak kat rumah, i'olls pilih lepak dalam bilik je dengan anak sebab deme tengok kartun je. Kite malas nak ajar Thaqif menonton kartun sangat, even Thaqif pun kurang minat kecuali certain kartun je. Till that day. Abah dah kesian sangat kot iron board tu patah, abah pun DIY kembali since kaki iron board tu pun kukuh elok. Terus DIY balik iron board tu kasi cantik-cantik.  Taraa...  Kreatif tak abah? Okay. Saja kasi idea untuk korang yang bermasalah sama.

2nd Pregnancy : The First Trimester

Assalamualaikum... Alhamdulillah.  1st trimester untuk 2nd pregnancy ini dilalui dengan jayanya. Takde tragedi mengeluarkan isi perut setiap pagi macam 1st pregnancy dahulu. (Adakah takkan berlaku atau belum bermula sahaja lagi pun tak pasti) Tapi tak boleh makan banyak. Makan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Kalau makan terlebih kuantiti makan siaplah rasa perut tak selesa, macam minum air pastu pergi berlari pun ada rasanya. Prefer makanan ringan-ringan berbanding makanan berat. Bukan junk food ye, tapi seperti biskut, kurma, buah-buahan camtu jelah. Epal hijau itu wajib sebab masam-masam yang menenangkan tekak disamping membantu HB kite. Nak mengunyah sokmo. Ini kite rasa tersiksa sikit sebab yelah ada anak kecik nak dijaga lagi, bukan masa untuk lepak-lepak mengunyah 24 jam la. Dah terbiasa lapar->makan kenyang-kenyang->layan anak main/buat kerja rumah.  Malam-malam selalu lapar. Tapi sama je, tak mahu makanan berat. So my dinner almost everyday only...