Skip to main content

Posts

Thaqif vs potty training

Assalamualaikum. Bermula seminggu sebelum cuti pantang habis dah cuba potty training Thaqif dah. Okey Thaqif pass, tapi semasa dok rumah ibu, dengan ibu jelah. Dok umah atok opah memang cepucemas sangat hujung2 baru nak cakap. Atok opah pun surrender la, jenuh berlari kata mereka. Maka weekdays, dok dengan opah atok masih on diapers. Weekend ibu akan pastikan diaper free siang hari. Itupun sebulan dua je bertahan pasal bila papa balik, balik kampung semua on diapers. Minggu ni rasa, omg kali ni kena lebih hati batu dan tetapkan target Thaqif must diaper free dah before his 3rd birthday, paling bagus by new year which hari ni dan esok je. Hari ni mula la balik potty training. Hasilnya pagi-tengah hari 4helai seluar kecik basah, seluar 3helai sebab masa pakai seluar kecik yang ke-4, ibu memang denda, no more seluar, pakai je seluar kecik tu jenuh nak basuh la banyak2. Basah jugak. Paling best, bab kencing ni, ibu tak jadi hulk pun dengan Thaqif arinie sebab dia tak ken...

2016 going to end

Assalamualaikum... Hai lama tak menjenguk blog kesayangan. Tapi selalu je singgah melawat blog kawan-kawan yang rajin update. Tabik spring dengan kawan-kawan yang rajin update cerita etc. Kite tak sempat nak update blog sangat tahun ni. 2016. Blog terabai sikitlah. Sibuk kerja. Harharhar. Inshaa Allah cabaran untuk 2017 supaya rajin update blog. Siap-siap dah clear nuffnang tahun ni. Baru tahun depan semangat sikit cari earning.  Kalau tak krikkrikkrik jelah entri. Inshaa Allah 2017 kite aturkan jadual dan pastikan blog tidak terabai. Doakan yang terbaik. Dok timbang tara jugak patut bukak blog baru ke dakk.. 2016. Up and down in life. One of tough year for me and family. Pengalaman itu mematangkan. Hadiah terbaik tahun 2016, Nur Aisyah Tasnim. No doubt. She's going 8month next week. Haha... Masa tahu mengandungkan dia kemain risau cemana nak handle 2 babies in 1 time while husband nun di selatan tanah air. Tapi sekarang, relaks je. Eh...

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Assalamualaikum... Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska. Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu. Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk. Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak. Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc. Selepas anak-anak tidur baru ...

Jadual Solid Food Nur Aisyah Tasnim 6 bulan.

Assalamualaikum... Nur Aisyah Tasnim mula makan seminggu lebih awal dari usia 6 bulan. Kite memilih untuk memulakan bubur nasi sebagai makanan pelengkap pertamanya di ikuti bubur + puree buah/sayur. Day 1-4 (28, 29/10-2/11/16) --Bubur nasi kosong Day 5-8 (3-6/11/16) -- Bubur nasi + keledek Day 9-12 (7-10/11/16) -- Bubur nasi + Puree Epal Day 13-16 ( 11-14/11/16) -- Bubur + Puree Labu (same time ada cuba berikan Aisyah nestum, tapi dia reject) Day 17-20 (15-18/11/16) -- Bubur+ puree pear Day 21-24 (19-22/11/16) -- Bubur + puree lobak merah Day 25-28 (23-27/11/16) -- Bubur + puree mangga Day 29-32 (28-30/11-1/12/16) -- Bubur + puree keledek + serbuk ikan bilis <<--patut niat asal hari 29-30 nak campur 2-3puree bersama bubur je tapi dah terbuat serbuk bilis terus la nak anak test tu yang terus jadi menu sampai hari ke 32 la. kikiki... #ibutaksabar  Aisyah memang suka makan. 2hari pertama dengan bubur kosong, laju makannya ...

Sedap jugak rupanya susu tepung

Assalamualaikum... Kite bukan penggemar susu tepung.  Masa mengandung kat Thaqif tu minum pun sebab husband yang semangat paksa isteri minum. Itupun minum perisa coklat je. Mengandungkan Aisyah memang susu boolayan langsung. Husband tak dak sepanjang masa untuk pantau. Balik kejap-kejap, rushing gitu mana sempat nak perhatikan wife dia minum susu ke tidokk... Tapi datang jugak sesekali insaf diri, beli la susu kotak sekali dua. Masa mengandung tu, aktif jugak mintak sampel susu macam-macam tapi tak minum pun. Maka, dah beranak ni, selalu je kelaparan di tengah malam, mesti wajib pekena jugak semug air panas sebelum masuk tidur pastu dok nampak sampel susu terselit-selit teruslah campur sekali dalam milo etc yang kite buat malam tu. Friso mum...yum sedap rasa vanila. Walaupun dah tak mengandung, menyusukan anak pun memerlukan kalsium tinggi jugak. Suka jer minum frisomum ni, dapat 3 paket rasa sayang je nak minum paket terakhir tu. Anlene pun sedap. Lemak...

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 3 - The Puree

Assalamualaikum... Untuk Aisyah kali ni, kita mulakan solid food pertama Aisyah seminggu sebelum Aisyah genap 6bulan. 28.10.2016 Saja pilih hujung minggu, lagipun kebetulan Ahad tu masih cuti sempena Deepavali pula. Kira semaptlah melayan Aisyah makan untuk 3 hari pertama. Makanan pertama Aisyah bubur nasi kosong yang di kisar halus. Walaupun mulakan solid food dengan bubur nasi. Hujung minggu tu jugaklah kite ambil masa pulun menyiapkan pelbagai puree untuk Aisyah. Siap-siap untuk sebulan dua. Sekali harung je, pasni tak payah nak susah-susah tiap kali hujung minggu masak.  Peralatan menyediakan puree. 1. Pisau 2. Papan pemotong 3. Periuk kukusan 4. Blender 5. Bekas menyimpan puree. boleh rujuk entri SINI  Cara-cara menyediakan puree. 1. Basuh bersih sayur/buah untuk di buat puree. **buah epal/pear seeloknya rendam dengan air garam sebentar untuk membuang bahan kimia yang disembur pada buah (kalau guna buah organik tak perlu la) 2. Kupa...

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 2- The Fruits & Vegetables

Assalamualaikum... Bila ibu semangat anak mula makan. Everything must perfect head to toe. Part 1 baca >> SINI  << klik link Untuk Aisyah kali ni lebih explore macam-macam. Kalau Thaqif dulu tak nervous camni tapi masih tak sempurna. Masa tu target kasi anak bubur.kasi anak bubur. Sebulan la anak hadap bubur kosong. Taksub sangat bubur kosong. Pastu mula campur puri bagai pun lebih kurang ulang sama je. Untuk Aisyah kali ni, ibu lebih terbuka, lebih semangat nak menyediakan makanan untuk si kecil. Target nak memperkenalkan lebih pelbagai makanan untuk Aisyah. Antara sayur dan buah terawal Aisyah akan rasa. A. Sayur 1. Labu 2. Ubi keledek 3. Lobak merah B. Buah  1. Betik 2. Pear 3. Epal 4. Mangga Apa pilihan mummies untuk anak-anak? Oh. Ye. Kite mulakan Aisyah dengan bubur nasi. Beras putih ialah cereals pertama Aisyah. Inshaa Allah bila Aisyah menginjak 7bulan+, kite akan memperkenalkan Aisyah dengan cereals lain sepert...