Posts

Showing posts from 2016

Thaqif vs potty training

Assalamualaikum.
Bermula seminggu sebelum cuti pantang habis dah cuba potty training Thaqif dah. Okey Thaqif pass, tapi semasa dok rumah ibu, dengan ibu jelah. Dok umah atok opah memang cepucemas sangat hujung2 baru nak cakap. Atok opah pun surrender la, jenuh berlari kata mereka. Maka weekdays, dok dengan opah atok masih on diapers. Weekend ibu akan pastikan diaper free siang hari. Itupun sebulan dua je bertahan pasal bila papa balik, balik kampung semua on diapers.
Minggu ni rasa, omg kali ni kena lebih hati batu dan tetapkan target Thaqif must diaper free dah before his 3rd birthday, paling bagus by new year which hari ni dan esok je.
Hari ni mula la balik potty training. Hasilnya pagi-tengah hari 4helai seluar kecik basah, seluar 3helai sebab masa pakai seluar kecik yang ke-4, ibu memang denda, no more seluar, pakai je seluar kecik tu jenuh nak basuh la banyak2. Basah jugak.
Paling best, bab kencing ni, ibu tak jadi hulk pun dengan Thaqif arinie sebab dia tak kencing merata pun. …

2016 going to end

Image
Assalamualaikum...
Hai lama tak menjenguk blog kesayangan. Tapi selalu je singgah melawat blog kawan-kawan yang rajin update. Tabik spring dengan kawan-kawan yang rajin update cerita etc. Kite tak sempat nak update blog sangat tahun ni.
2016. Blog terabai sikitlah. Sibuk kerja. Harharhar. Inshaa Allah cabaran untuk 2017 supaya rajin update blog. Siap-siap dah clear nuffnang tahun ni. Baru tahun depan semangat sikit cari earning.  Kalau tak krikkrikkrik jelah entri. Inshaa Allah 2017 kite aturkan jadual dan pastikan blog tidak terabai. Doakan yang terbaik. Dok timbang tara jugak patut bukak blog baru ke dakk..
2016. Up and down in life. One of tough year for me and family. Pengalaman itu mematangkan. Hadiah terbaik tahun 2016, Nur Aisyah Tasnim. No doubt. She's going 8month next week. Haha... Masa tahu mengandungkan dia kemain risau cemana nak handle 2 babies in 1 time while husband nun di selatan tanah air. Tapi sekarang, relaks je. Eh. Dah nak 8 bulan dah anak kedua kita? Masa t…

Pengendalian Solid Food Aisyah ke taska

Image
Assalamualaikum...
Cara pengendalian solid food anak ke taska adalah sama je dengan cara mengendalikan susu ibu ke taska.
Dahulu zaman Thaqif memasak bubur nasi tu hazabb sikit- lama nak menunggu nasi hancur, pernah la terhangus. Masa tu memang bubur pun masak banyak-banyak frozen. Pastu kadang-kadang tang bubur jadi ala span, tak lalu nak bagi anak buang gitu jelah. Itu zaman anak satu yang serba ntah pape. Itu takut, ini salah. Serba tak kena katanya, biasalah baru cari pengalaman jadi ibu.
Alhamdulillah untuk Aisyah ni lebih confident. Lepas tu tahu pulak cemana cara mudah dan cepat nak masak bubur. Terus hari-hari makan bubur pun takpe nakk.
Bubur Aisyah dimasak setiap hari atau selang sehari kalau abangnya tak mengaruk nak makan/ bekal bubur jugak.
Balik kerja memang selalu setel simpan susu, keluarkan susu untuk esoknya, masak bubur, keluarkan baju kotor dan kemas beg taska sebelum duduk melayan anak-anak nak menyusu etc.
Selepas anak-anak tidur baru ibu bangun sambung blend bu…

Jadual Solid Food Nur Aisyah Tasnim 6 bulan.

Assalamualaikum...

Nur Aisyah Tasnim mula makan seminggu lebih awal dari usia 6 bulan.
Kite memilih untuk memulakan bubur nasi sebagai makanan pelengkap pertamanya di ikuti bubur + puree buah/sayur.

Day 1-4 (28, 29/10-2/11/16) --Bubur nasi kosong
Day 5-8 (3-6/11/16) -- Bubur nasi + keledek
Day 9-12 (7-10/11/16) -- Bubur nasi + Puree Epal
Day 13-16 ( 11-14/11/16) -- Bubur + Puree Labu (same time ada cuba berikan Aisyah nestum, tapi dia reject)
Day 17-20 (15-18/11/16) -- Bubur+ puree pear
Day 21-24 (19-22/11/16) -- Bubur + puree lobak merah
Day 25-28 (23-27/11/16) -- Bubur + puree mangga
Day 29-32 (28-30/11-1/12/16) -- Bubur + puree keledek + serbuk ikan bilis <<--patut niat asal hari 29-30 nak campur 2-3puree bersama bubur je tapi dah terbuat serbuk bilis terus la nak anak test tu yang terus jadi menu sampai hari ke 32 la. kikiki...

#ibutaksabar

 Aisyah memang suka makan. 2hari pertama dengan bubur kosong, laju makannya masuk ke empat perlahan sikit dia makan. Tak habis bubur ya…

Sedap jugak rupanya susu tepung

Image
Assalamualaikum...
Kite bukan penggemar susu tepung.  Masa mengandung kat Thaqif tu minum pun sebab husband yang semangat paksa isteri minum. Itupun minum perisa coklat je.
Mengandungkan Aisyah memang susu boolayan langsung. Husband tak dak sepanjang masa untuk pantau. Balik kejap-kejap, rushing gitu mana sempat nak perhatikan wife dia minum susu ke tidokk...

Tapi datang jugak sesekali insaf diri, beli la susu kotak sekali dua.

Masa mengandung tu, aktif jugak mintak sampel susu macam-macam tapi tak minum pun.

Maka, dah beranak ni, selalu je kelaparan di tengah malam, mesti wajib pekena jugak semug air panas sebelum masuk tidur pastu dok nampak sampel susu terselit-selit teruslah campur sekali dalam milo etc yang kite buat malam tu.

Friso mum...yum sedap rasa vanila.
Walaupun dah tak mengandung, menyusukan anak pun memerlukan kalsium tinggi jugak.
Suka jer minum frisomum ni, dapat 3 paket rasa sayang je nak minum paket terakhir tu.

Anlene pun sedap.
Lemak-lemak gitu. Haish... sedap je…

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 3 - The Puree

Image
Assalamualaikum...
Untuk Aisyah kali ni, kita mulakan solid food pertama Aisyah seminggu sebelum Aisyah genap 6bulan.
28.10.2016
Saja pilih hujung minggu, lagipun kebetulan Ahad tu masih cuti sempena Deepavali pula. Kira semaptlah melayan Aisyah makan untuk 3 hari pertama.
Makanan pertama Aisyah bubur nasi kosong yang di kisar halus.
Walaupun mulakan solid food dengan bubur nasi. Hujung minggu tu jugaklah kite ambil masa pulun menyiapkan pelbagai puree untuk Aisyah. Siap-siap untuk sebulan dua. Sekali harung je, pasni tak payah nak susah-susah tiap kali hujung minggu masak. 

Peralatan menyediakan puree.

1. Pisau
2. Papan pemotong
3. Periuk kukusan
4. Blender
5. Bekas menyimpan puree.

boleh rujuk entri SINI 

Cara-cara menyediakan puree.

1. Basuh bersih sayur/buah untuk di buat puree. **buah epal/pear seeloknya rendam dengan air garam sebentar untuk membuang bahan kimia yang disembur pada buah (kalau guna buah organik tak perlu la)
2. Kupas kulit buah/sayur.
3. Potong buah/sayur kecil me…

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 2- The Fruits & Vegetables

Image
Assalamualaikum...
Bila ibu semangat anak mula makan.

Everything must perfect head to toe.

Part 1 baca >> SINI <<klik link

Untuk Aisyah kali ni lebih explore macam-macam.
Kalau Thaqif dulu tak nervous camni tapi masih tak sempurna.
Masa tu target kasi anak bubur.kasi anak bubur. Sebulan la anak hadap bubur kosong.
Taksub sangat bubur kosong.
Pastu mula campur puri bagai pun lebih kurang ulang sama je.

Untuk Aisyah kali ni, ibu lebih terbuka, lebih semangat nak menyediakan makanan untuk si kecil. Target nak memperkenalkan lebih pelbagai makanan untuk Aisyah.

Antara sayur dan buah terawal Aisyah akan rasa.


A. Sayur

1. Labu
2. Ubi keledek
3. Lobak merah


B. Buah 

1. Betik
2. Pear
3. Epal
4. Mangga


Apa pilihan mummies untuk anak-anak?

Oh. Ye. Kite mulakan Aisyah dengan bubur nasi. Beras putih ialah cereals pertama Aisyah.
Inshaa Allah bila Aisyah menginjak 7bulan+, kite akan memperkenalkan Aisyah dengan cereals lain seperti beras perang, oat, barli serta pasta.

Itu nanti kite ak…

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan.

Image
Assalamualaikum...
Aww...excited norr anak makan kali ni. Ibu siap-siap buat entri satu per satu untuk anak tersayang. Gediks sangat.
Untuk pemilihan makanan pertama Nur Aisyah Tasnim ni pun dilema jugak. Walaupun ada pengalaman dah bagi Thaqif makan. Berdebar tu tetap ada untuk memulakan sesuatu yang baru pada anak yang baru - Aisyah.  Dilema nak mula dengan puree atau bubur seperti Thaqif.  Terpengaruh dengan notes kebanyakan mommies sekarang dan risau jugak apa-apa kan. (tapi mostly kerana terpengaruh dengan warna warni menu puree mommies tu buat untuk anak mereka)
Tapi akhirnya kite memilih untuk memulakan dengan bubur nasi kosong jugak pada Aisyah.
Apa yang kite faham ialah ini adalah langkah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bentuk makanan pejal yang akan diperkenalkan juga adalah masih versi cair yang boleh mengalir mengikut sudu lagi dan kuantiti yang diberikan untuk awal proses ini adalah 1-2 sudu makan sahaja.

Even nurse yang kite selalu jumpa di Klinik pun suggest …

Persiapan Solid Food #nuraisyahtasnim Part 1- The Gadget

Image
Assalamualaikum...
Biasa. Anak kedua pun masih excited hookey bila anak dah nak mula makan. Nak-nak Aisyah memang dah menunjukkan ciri-ciri nak makan sangat dah. Asal Thaqif atau ibu makan je dia pandang jooo pastu telan air liur sendiri. Haish. Cair ibu dengan pandangan awak begitu. Rasa nak suap jugak makanan tu. Tapi sorry ye dik, belum cukup umur. Laju-laju makan atau beralih tempat lain supaya dia tak nampak kita makan. Kesian sangat tau tengok muka dia. Dah la mata sepet, pipi gebu. Memang melting abes tengok tau.
Maka, nak memulakan solid food kali ni, mari keluarkan segala harta karun zaman abang Thaqif dulu baru add-on ye. Cerita persediaan solid food Thaqif DISINI <<klik link untuk baca
Persiapan Solid Food terbahagi kepada beberapa kategori

A. Peralatan Memasak/ Menyediakan Puree/Bubur Nasi

1. Periuk Pengukus Makanan
Periuk kukusan warisan mama. Dapat kat kite abes dah senget benget periuk ni sebab anak bujang kite dok buat main masak-masak, tom tom tumbuk semua.

2.  …

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Image
Giveaway Garnier Micellar Cleansing WaterNak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di SINI.
Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je. 1. Follow Instagram @fadzirazak 2. Repost gambar ini beserta caption 3. Komen "Garnier come clean @hermomy" 4. Tag 2 kawan Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD   #hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Image
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin. 2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin 3. Follow facebook Hasbro dan blog ini. 4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa. 5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.
Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda AlinGiveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  ko…

Panduan Memperkenalkan Makanan Pejal (Solid Food) Kepada Bayi

Image
Assalamualaikum...
Aisyah dah masuk 6 bulan. Punyalah ibu stress. Nasib baik papa balik dah terus mengadu.Terus dapat menenangkan hati seorang ibu dan memberi semangat pada ibu nak study pasal solid food sekali lagi.
Cikgu google jugak bagi input kat ibu.
**credit to blog saffiyahosman
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal 2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya) -Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar. -Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat d…

Merancang Wang Simpanan Untuk Anak Perempuan.

Assalamualaikum.
Anak dah dua. Pulak berbeza jantina kali ni. Terus la persidangan meja bulat sekali lagi dengan suami tentang penyimpanan/pelaburan dari wang yang Aisyah terima.
Sebelum ni pernah cerita perancangan kewangan untuk Thaqif di SINI.<<klik link untuk baca.
Tapi tak semua yang dirancang kat situ kita praktik. Ada yang diubah dah sebab bajet, dan jugak masih rasa kurang prefer simpan emas untuk anak lelaki. Kekeke... Maka semua wang Thaqif selamat ke dalam akaun-akaun bank yang dia miliki sahajalah. Gitu...
Sebelum Aisyah lahir lagi, memang dah dok bincang-bincang dengan husband. Kalau anak perempuan wajib nak beli emas.  I'olls gadis kelantan-perangai gila emas tu berkobar lebih sikit berbanding gadis negeri lain kot. Memang stok, kalau pergi jalan-jalan kat pasar ke apa, wajib nak singgah kedai emas cuci mata siap tanya harga emas hari-hari. Sekarang lagi mudah update harga emas kat FB nak lagi advanced dah ada channel telegram kedai emas dok update harga emas …

Tanda-tanda Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan

Assalamualaikum...
Ingat tak betapa stress pasal Aisyah nak masuk 6 bulan? Nervous yang tak tentu hala itu. Silly me.
Lepas tu memang kite munasabah diri sendiri dan mula semula belajar pasal solid food. Bermula terus dari awal umur baby, baby progress semua.

Terus checklist macam mana tahu anak dah bersedia untuk makan. Jom semak sama-sama.
credit to BabyCenter Malaysia
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia:  Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. **Aisyah memang dah pandai angkat kepala semua since umur 2-3 bulan lagi. Pass.
Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. **Aisyah dah boleh duduk dengan support, malah dah pandai gelongs…

Minggu pertama #nuraisyahtasnim di Taska

Image
Assalamualaikum...
2nd baby.  Nur Aisyah Tasnim.

Bila tahu kite mengandung. Abah la terkejut jugak.
Maybe fikir cepatnya.
Well, kite sendiri pun tak rancang. Rezeki kan.

Ini pun awal-awal la abah dah cakap tak sanggup nak jaga baby.
Thaqif okey, baby tak boleh la nak jaga. Abah tak larat.
Kite okey jer.
Walaupun macam kalau abah boleh jaga lagi okey. Hikhikhik....

Well dari tahun lepas dok bincang dengan husband pun. Cadang nak hantar Thaqif pun ke taska jugak.
Kalau tak taska sama dengan adik. Hantar taska permata dekat area rumah tu pun okey je.
Yelah. Tak adil kalau adik pergi taska, abang dok dengan atok.
Tapi atok menghalang keras niat hati ibu.
Thaqif tengah tak dengar cakap, nak main semua benda, campak barang etc. Atok risau dia buat perangai kat taska nanti cikgu marah.
Typical atok.
Padahal atok sunyi takde bff nanti.

Okey, terpaksa redha kat situ.

Aisyah pun terpaksa redha hantar ke taska la.
Pemilihan taska pada mulanya menjadi pening jugak. Nak dekat dengan ofis atau dek…

Lelaki vs Perempuan

Image
Assalamualaikum...
Pagi ni dalam perjalanan ke pejabat, seperti biasa Thaqif peneman atok hantar ibu ke pejabat. Semalam sepupunya baru bertolak balik ke KL. Saja jelah ajak Thaqif borak-borak.
I : Kakak Ifti Liyana dah balik Kuala Lumpur. Kakak Ifti Liyana balik dengan apa abang? T: Dengan Dedi dia la. I: Kawan kakak Ifti Liyana yang datang semalam tu lelaki ke perempuan? (merujuk pada kawan kepada Ifti Liyana) T: Kawan kakak Ifti Liyana tu perempuan. Thaqif pun perempuan.
I : Eh. Thaqif lelaki. Kakak Ifti Liyana perempuan.
T: Adik Iman Firdaus?
I:
T : Adik Aisyah?
I : Adik Aisyah perempuan.
T: Tok ayoh?
I: Tok Ayoh lelaki
T: Mok Tok?
I: Mok Tok perempuan
T: Kakak Ainun?
I : Kakak Ainun perempuan
T: Opah?
I:opah perempuan

<the never ending question>

Sekarang dah anak dua, berbeza jantina.

By hook by crook, i need to face the real Q about boy vs girl.

Perlu gali, dan belajar macam mana nak ajar mereka tentang had/batasan antara lelaki dan perempuan.

Jadi parents bukan sahaja ca…

Stress anak nak masuk 6 bulan

Assalamualaikum...
Pheww... Cepatnya masa berlalu... Dah 5 bulan + wey jadi ibu anak dua.
Aisyah dah nak start makan dah in few weeks.
OMG.
Nervous sangat.

Masa zaman anak 1 dulu macam, cool sangat je. Dari dok memboyot tu lagi dah memang khatam siap dah sampai solid food neh. Pastu bajet otai je siapkan bubur/puree siap-siap frozen terus segala puree untuk seminggu-2 terus. Pagi-pagi pun relaks je siapkan bekal anak pergi rumah opah/atok.

Sekarang anak dua. Pastu hantar tempat asing-asing. Thaqif kat rumah opah, Aisyah dok taska.

 OMG!OMG! macam mana nak siapkan bekal anak, nak bubuh bekas cemana etc.
Hah! Perasaan dia stress sangat.
Kalau fikir pasal aisyah nak mula solid food ni terus persoalan mengusutkan minda muncul seperti : Botol air tak beli lagi, flusk comel takde lagi, plastik ziplock untuk boh cube puree pun belum beli, macam mana nak masak bubur, macam mana masak puree ni.

Hahaha...complicated ibu.
Padahal zaman Thaqif dulu segala mak nenek tu wujud secara berperingkat j…

#motherdaughter necklace

Image
Assalamualaikum...
Got this beautiful necklace for free.
Sweet ke tidok?

Thaqif nampak rantai ni terus tanya  Thaqif :siapa punya? Ibu: Ibu dan adik punya la. Cantik tak? Thaqif :Cantik. Adik beli kat mana? Ibu : Beli kat kedai la. Thaqif : Kedai mana? Ibu : Kota Bharu. Thaqif : Kota Bharu mana? <<the never end question>>

Redemption

Image
Assalamualaikum...
Masa untuk redeem. Minggu lepas terlebih malas kerja. Haha... Kerja dok surfing dan redeem point etc je.
1. Trumerx <<klik untuk ke website
4 ketul ubat gigi (rm14.50/pcs)+ 2 botol shampu (rm50/pcs). cuma bayar kos pos. Rm8.40 untuk ubat gigi, dan RM10 untuk 2 botol shampu.
Untuk trumerx ni kita tak perlu buat pape pun tapi tetiap bulan dapat XRM bernilai RM10-boleh tebus produk dalam website dia je. (boleh bagi nama, e-mel, dan no.tel ke cikjelita899@gmail.com untuk kite invite jadi member)
2. Shopback<<klik untuk ke website
Hasil cashback bila shopping online. Kaki shopping, pastu dapat duit tepi pulak. Seronok sangat. Kat shopback ni best sebab selain dapat cashback berupa wang, dapat jugak point Bcard. Yang ni saja nak cash out RM buat shopping mainan kat anak-anak. Amaun cashback adalah 3angka. Pulun mengumpul tu. Hehehe... Pantas je servis cashback ni, 2-3 hari terus cash masuk akaun tapi disebabkan ibu sibuk je terlepas sale nak beli mainan tenga…

Simple breakfast

Image
Assalamualaikum...
Sembang kosong sat.
Normally, bila masuk pejabat, memang malas dah nak keluar balik untuk cari breakfast. Selalu terus singgah beli je sebelum masuk pejabat.
Seminggu dua lepas masuk kerja tu, tiba-tiba macam ada gerai baru jual nasi lemak. Sebungkus nasi lemak, sebiji kuih dan secawan teh panas. Korang rasa berapa harga satu set ni?
Kreatif sangat tau. Buat siap-siap satu set.
Lately macam suka sangat tengok ramai dah pandai berniaga, cari peluang untuk dapat duit lebih. Kite je masih banyak DNA membeli. Hahaha...tak reti la menjual sangat, selalu tak sampai hati jual mahal etc. Tapi nak jugak try berniaga cuma belum jumpa produk sesuai kot. - - - - - Well harga satu set nasi lemak kat atas tu RM3.50. Murah ke mahal?

Thaqif kena HFMD

Image
Assalamualaikum...
Cerita throwback la yerk. Thaqif kena HFMD masa ibu cuti bersalin lagi.  Saja nak abadikan cerita kat blog.
19 Jun 2016. Pagi tu Thaqif bangun merengek-rengek dah. Tapi ibu hanyalah fikir, biasalah orang baru dapat adik, saja nak cari perhatian.  Pastu Thaqif pergi rumah opah kejap, dalam tengah hari atok hantar balik dah. Balik tu, pelik dah dok tengok tangan dia ada biji-biji air. Bajet kena gigit nyamuk, semut jelah kot sebab budak buas kan, tambah kulit pun sensitif jugak.

Thaqif dok suruh ibu garu sokmo, gatal katanya. Kaki pun gatal jugak. Ingatkan nak tidur sebab kalau ngantuk pun suruh ibu garu jugak. 

Tapi tak abes-abes gatal ni. Adik pun dok ekkekkekk. Adoi tension la ibu. Sebelah garu gatal abang, sebelah dukung adik. Kadang rasa nak jadi hulk pun ada jugak masa tu. Sungguh ingat dia mengada-ngada je.  Boh bedak, boh minyak  Penat, tertidurlah juga Thaqif tu. Sorry nak, ibu takde pegalaman ye.
Petang tu, atok datang amek nak bawak Thaqif pergi bazar rama…