Followers

Tuesday, 31 December 2013

31.12.13 - The last entri of 2013

Assalamualaikum...

In the year of 2013...
Memberikan pengalaman dan banyak memori pada kite.
When mama health drop, and leaving us forever... It's really a lost for me while I am counting days for the wedding. Mama is the best bff ever. 
{ Al-Fatihah }

In my happinest counting days for the wedding... 
It's my big trauma.
Mama gone after I enggaged about 2 month. 3 weeks before the wedding dad warded.
Macam-macam rasa masa tu, rasa teruji sangat.
Memang tak berfikir panjang ambil cuti 1/2 gaji untuk jaga abah. Lost sangat dah pasal wedding.
But not for dad, wedding still on. Dok wad pun sempat hulur kad pada orang yang datang melawat.
Alhamdulillah dad recover.
^__^

After all the rain, here comes the rainbow.
The wedding on.
I be a wife finally to the man I love. 
Sangat tak percaya, after 5years, all the drama akhirnya kami disatukan sebagai yang halal.
^__^

Since semua kekalutan, dan kite masih bercuti selepas kahwin tu, pencarian rumah sewa pending.
Lepas tu kena tipu dengan penyewa. Almost 3K dilabur untuk dapatkan rumah tu, apa boleh buat bukan rezeki kami. Allah lebih tahu apa yang terbaik.
(Oh! I never up the entri sebab husband giler percaya he will refund our deposit, while he's never refund till today!)
But after a month menumpang bilik sewa husband, finally dapat rumah kami.

Sebulan kemudian, hadiah hari raya dan bulan ketiga perkahwinan, alhamdulillah kite dapat transfer balik negeri.
Berat hati, bergolak sebab husband terpaksa amek risiko untuk follow kite balik kampung.

Lega bila tuan rumah memahami dan refund kami punya deposit sebab nak balik kampung, angkut semua barang ni perlu duit yang banyak jua.(trauma jugak memula pasal kes tipu tu)


Hadiah balik kampung bila kami tahu ada benih yang sedang mekar dalam rahim kite.
Allah maha berkuasa.
Masa awal kahwin memang planning to not having baby first, kite cakap bila dapat balik kampung baru boleh fokus untuk ada baby.
(Bukan tak nak anak, tapi kesian anak, hidup KL sangatlah gila, pagi gelap-gelap lagi dah kena gerak pergi kerja, balik rumah dah malam - disebabkan jem.Bilalah masa spend dengan anak, mengharapkan weekend jer la, kite tak sanggup la)

Fasa 5-6 bulan perkhwinan pheww...memang tarik nafas sangat. 
Husband baru mula kerja lagi (2nd job since balik kampung)
In the same time kereta mula minta duit.
Cermin kereta depan pecah, wayar tank minyak rosak.
Seminggu lepas tu bateri kereta tak boleh hidup bagai.



Alhamdulillah, now diambang 7bulan perkahwinan dan tahun 2014.
Wishing all the happinest never end.
Semoga tabah menghadapi masalah bersama-sama.
Harapan supaya kite dapat manage masa dengan lebih teratur, maklumlah next to be mom pulaks.
Bertambah orang untuk dijaga dah.
Parents, suami dan anak.
Insya-Allah...
Thank You Allah let me feel all these moments.









Monday, 30 December 2013

Diari Dapur : Homemade Tom Yam Pes Simple dan Sihat

Assalamualaikum...
Hai!
 Hari ini geds nak share resepi tom yam pulaks.
Resepi tom yam pun nak share ke? Pakai pes paket sudah...
Kegemaran kite, tomyam ni sebab mudah. Everything in 1. Sayur + lauk dalam satu mangkuk. Tak perlu pikir susah-susah nak masak banyak dish. Sebelum kawin, housemate siap cakap nak kasi hadiah pes tomyam jer sebab suka sangat makan tomyam -chet! tak kasi pun.. (Bujang, takde alat memasak lengkap kite masak pakai pes jerlah).Mo lagi emm...goreng telur dadar pulaks. Memang bertambah nasi laki bini.
Sebenarnya buat pes sendiri senang jer pun. Mama kite dulu menumbuk je buat pes. Lanii da moden, kite guna blend saje. Kite upgrade sikit versi mama jugak.

Bahan- bahan :
  1. 2biji Tomato (dikisar)
  2. 5 biji bawang merah (dikisar)
  3. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  4. 1/4 bawang besar (dikisar)
  5. 2 batang serai (dikisar)
  6. 5 biji cili padi (dikisar) -kalau tak suka pedas sila kurangkan
  7. 2 sudu cili boh (nak kasi warna cantik-like merah gitew)
  8. Ayam / Sotong / Udang (Ikut favourite, campur pun takpe kite biasa guna ayam sahaja)
  9. lobak merah /kubis bunga / kentang  / kubis / cendawan ( potong ikut citarasa dan boleh campur sayur lain kegemaran)
  10. 1/4 bawang besar (hiris)
  11. 5helai daun limau purut
  12. 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  13. garam /perasa secukup rasa
  14. Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan  :
  1. Tumis semua bahan yang dikisar beserta cili boh sehingga naik bau (kalau rajin blend bawang sahaja dahulu lagi wangi masa tumis - kite pemalas, vroom sekaligus je semua benda kisar tu)
  2. Masukkan ayam, tambah air sikit tunggu hingga ayam masak, masukkan lobak merah, kentang dan kubis bunga, biarkan empuk sekejap baru masukkan cendawan dan kubis.
  3. Masukkan daun limau purut, biarkan ia mendidih. Sebelum tutup api, masukkan garam, perasa dan jus limau nipis. Kacau seketika, tutup api dan sedia untuk hidang.

**Sesuai sangat hidang untuk anak-anak yang susah makan sayur jugak. Kalau kids tak suka sayur, makan kuah saja pun dah okey sebab kuah based pada tomato. Yums.

 Husband kite suka kite masak gini pekat, terasa kow katanya. Mihmihmih... Masa dok Kota Damansara dulu penah masak gini untuk housemate sebelum pindah. Pastu housemate tu masa mengandung siap termengidam tomyam masakan kite. Terharu kite ni Puan Wawa oii. 

Inilah hasil dia, tapi husband kata yang ni tak pekat seperti selalu. Kite akui sebab masa ni letak sebijik je tomato-nya.

Sunday, 29 December 2013

Diari Dapur : Aiskrim Oreo Homemade

Assalamualaikum...
Happy sunday...
Hari bekerja di negeri Kelantan.
Hari ni nak share resepi yang kite buat pagi semalam.

Since pregnant suka sangat makan aiskrim.
Pastu few weeks ago jumpa resepi aiskrim oreo homemade di Facebook Buku Resepi yang nampak simple jer bahan dia.
 Terus berangan nak buat tapi asyik tertangguh sebab lupa beli oreo dan susu cair. Huehue.


Bahan- Bahan :
  1. 1 tin susu cair 
  2. 6 sudu besar susu pekat manis
  3. 1 sudu besar ovallette
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 1 pack biskut oreo
Cara Penyediaan :
  1. Campur semua bahan kecuali biskut oreo. Pukul guna mixer dengan kelajuan maksimum selama 20 minit -non stop.
  2. Biskut oreo diasing krim-nya dan kisar biskut dalam 7-8keping. (Krim kite masuk dalam mixer jugak)
  3. Pada minit 20, masukkan biskut oreo yang dah kisar. Putar lagi selama 5minit.
  4. Tuang adunan dalam bekas, hias dengan biskut oreo lagi hingga habis.Masukkan dalam peti sejuk beku. Biarkan 4-6jam. Lepas tu boleh ngap.ngap.
Beginilah hasil dia yang kite buat semalam. Dah beku. Suka sangat bila menjadi.

Husband kata sedap, rasa lemak-lemak manis gitew. Esok nak makan lagi. Yums!
^__^ Senang hati wife ni nengok husband makan berselera.

Kite rasa agak manis. Yup aiskrim memang manis, tapi ni dengan rasa lemak-lemak ni terlalu manis tak syok jugak.
So maybe lain kali buat kite kurangkan susu pekat manis tu sebab krim oreo dah jadik penyumbang kemanisan dalam aiskrim itew.

Bahan simple cara pun senang sahaja, masuk semua bahan biarkan mixer memutar. Dah cukup timing berputar terus siap, masuk peti.

Selamat mencuba yer!

Thursday, 26 December 2013

M2B : The Baby Cot

Assalamualaikum...
Nak story pasal baby cot pulaks.
Perlu ke ada baby coat ni?
Certain orang kata tak perlu pun. My sisters pun cakap camtu jugak. Huhu...
Tapi diorang tak la menghalang niat suci murni adik dia yang nak perabes duit jugak membeli baby cot tu. Hahaha...
Terima kasih kerana memahami.
Ikutkan keperluan memang tak perlu beli pun tak apa tapi saya sangat risau akan keselamatan baby nanti.
Katil kiteorang tinggi sikit daripada katil biasa, pastu kalau nak tidur kat bawah memang macam sempit saja. Takkan nak buli suami tidur bawah plak. Haha.
Next,
We both tidur agak buas jugak especially my husband. Saya tidur banyak bergerak since pregnant ni jer, tak selesa.
So, in my case baby cot perlu walaupun my sister cakap normal tapi bila ada baby we lebih concern, tak tidur buas dah. Yes, I'm hoping but still be careful.
Baby cot idaman adalah seperti dibawah...
Totally fall in love with white...

Hat ni okey je tapi tak ada roda. Kot nak ubah tempat ke apa kan...

 Yang ni beroda dan simple jugak. Suke sangat.

Hat ni alahai comel dengan pakej laci dan meja untuk tukar diapers. Tapi plan nak letak right beside our bed takut tak tergunala pulaks laci bawah tu.
 Rambang mata sudah tika mengoogle.


As I said, my sisters tak menghalang untuk membeli malah mencadang untuk cari baby cot ni kat kedai perabot second hand camtu sebab yang baru harganya beratus juga. Diorang risau tak pakai lama nanti, saya rasa membazir. Okey. I accept their opinion. Bila tanya abah lokasi kedai perabot seumpama itu, dia sangat bersemangat nak bawa dan follow saya pergi tengok barang-barang.
So, im waiting for dad free dan pergi bersama. Fun!
xoxo...





Monday, 23 December 2013

Diari Dapur : Phad Phit Belut

Assalamualaikum...
Hari ni share resepi lagi yuk!
Since musim hujan aritu...
Kelantan, area Rantau Panjang yang banyak lubuk tu menjadi syurga untuk kiteorang dapatkan 'ikan darat' macam haruan, keli, puyu, belut etc. Fresh dan sedap!
Salah satu kegemaran kite adalah belut. Sedap kot!
Menu yang paling suka ialah masak phad phit. Menu dari thai. 
Dulu-dulu, terasa nak makan mengadu kat mama la suruh masak. (Missing you mom- Al-fatihah)
Sekarang pandai-pandai cari resepi masak sendirilah pulak.


Bahan-bahan :
  1. 1/2 kg belut
  2. 4ulas bawang merah
  3. 6 ulas bawang putih
  4. 4 sudu besar cili giling
  5. 2cm halia
  6. 2cm kunyit hidup
  7. 15helai daun limau purut - dihiris kasar
  8. 2sudu besar asam jawa adabi - bancuh dengan air
  9. garam
  10. gula
  11. minyak masak
  12. 1 biji tomato- belah 4
Cara Penyediaan :
  1. Bahan no 2-6 di kisar halus
  2. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
  3. Tambah air asam jawa, dan masukkan belut.
  4. Tambah air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun limau purut dan tomato.
  6. Bila air sudah kering, dan belut pun masak. Angkat dan hidangkan.
**Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. I always make sandwich berintikan belut phad phit for my breakfast next day. Yums!

Sunday, 22 December 2013

Diari Dapur : Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum...
Hai...
Sekian lama menyimpan niat nak berkongsi resepi di blog ni tapi asyik pending sahaja.
Mihmihmih...
Masak ni dalam early Nov kot. Hehe. Baru nak publish ken...
Sibuk sangat tak nyempat nak transfer gambor sebelum ni.

Resepi cari kat google, lupa exact link sebab ambik dari 2-3 tempat lepas tu, edit-edit sendiri mengikut selera. Nasi tu memang sengaja masak ala nasi ayam, baru special lagi ken... 


BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARANYA :

Bahan Ayam Penyet :
  1. 3 keping daging ayam bahagian paha.
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 3 biji bawang merah
  4. 1 sudu teh jintan putih
  5. 1 sudu teh jintan manis
  6. 1 sudu teh ketumbar
  7. 1 batang serai
  8. 2cm lengkuas
  9. 2cm halia
  10. 2cm kunyit hidup
  11. Garam secukup rasa
  12. 1 Kiub pati ayam
  13. 1 cawan tepung beras
  14. Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan :
  1.  Ayam penyet direbus bersama kiub pati ayam. Biarkan ayam hingga masak- separuh masak pun tak pe nanti nak goreng pulak ayamnya.
  2. Bahan dari no 2-11 dikisar untuk dijadikan rempah perap ayam.
  3. Ayam masak, toskan, dan perap dalam bahan yang dikisar lebih kurang sejam.
  4. Tepung beras dibancuh dengan air. Bila dah sedia untuk menggoreng ayam, celup ayam ke dalam bancuhan tepung dan goreng garing. (untuk bagi ayam crunchy gitew)
**Bancuhan tepung juga diguna untuk menggoreng tempe dan tauhu yang dipotong kecil( mengikut selera kite-kalau suka belah 2-4 pun boleh)





Bahan Sambal Ulek :

  1. 2 Biji tomato - dibelah 8
  2. 1 gengam cili padi 
  3. 7biji bawang merah -dihiris kasar
  4. 3cm belacan - dibakar sekejap
  5. Minyak
Cara Penyediaan :
  1. Bahan 1-3 digoreng sebentar dalam sedikit minyak.
  2. Kemudian tumbuk semua bahan yang digoreng bersama belacan.
**Komen husband, sedap, berapi macam sambal dekat kedai ibu yang jual ayam penyet di the store ampang. 

Bahan Ulam :

  1. Kubis
  2. Kacang panjang
  3. timun batang
Cara Penyediaan : 
  1. Ikut kegemaran.
Bahan Nasi :
  1. 3 cawan beras
  2. 5 ulas bawang putih -cincang halus ( kalau malas ketuk jer)
  3. 3 sudu besar marjerin Adela
  4. Air rebusan ayam
  5. 4 sekawan 
Penyediaan Nasi :
  1. Tumis bawang putih dan 4 sekawan dalam majerin
  2. Masukkan air rebusan ayam dan beras. Biarkan ia masak.
**Boleh letak daun pandan untuk menaikkan bau nasi.

** Lebihan air rebusan ayam, sila pandai-pandai oter jadi sup untuk jadikan kuah untuk nasi...

**Selamat mencuba hokey!**





Thursday, 19 December 2013

Confuse : Jalan Banyak okey, atau jangan jalan banyak?

Assalamualaikum...
Khamis datang lagi. Hari yang paling best untuk warga pejabat di Kelantan. Balik awal. As early 3pm or 3.30pm.
Hoorey!
Tak best untuk kite kena tunggu husband balik pukul6 jugak. Hua...
Mo pergi shopping pun tak kasi.
T__T

'Tak tahulah B jalan banyak okey, atau tak jalan banyak. Ada orang kata jalan banyak nanti mudah bersalin, tapi ada jugak orang nasihat, janganlah bagi wife jalan banyak. Along tu, sebab panjat tangga je, sebelum bersalinkan Adam kena admit kat hospital. Isteri kawan B pun sama jugak. Hospital jalan ke KB Mall tu bukan dekat.'

~DIAM~

I was build by dad to not be 'lembik'. I always never say auch when I'm very sick (I just cry in silent mode) except I wanna to 'mengada-ngada' so there is sound 'ish', 'auch', 'huk'. ^__^
Sebenarnya, kalau hanya duduk-duduk menunggu lagi cepat ler kekejangan kaki kite datang. Angin sejuk kot. Ntah. Kite pun tak faham. 

Tapi dah kalau Daddy of the Baby say no its mean no!
Mummy of the Baby need stay and waiting for Daddy...
Kalau Daddy lambat hari ni kite pergi layan makan sedap dulu kat stadium situ jelah ye baby?
Huhuhu...

Friends, truly jalan banyak ok, atau jangan jalan okey sebenarnya? Confuse!

Wednesday, 18 December 2013

M2B : Cerita Daddy to Be.

Assalamualaikum...

Olaa... readers...
Macam ramai norr yang baca...
Hari ni cerita pasal dear husband, daddy to be.
Kadang-kadang ken, kite risau boleh husband kite boleh handle jadi cool dad ke?
Sebab, kite tengok dia time balik kampung, garang sikit dengan anak sedara (8tahun) dia bab kerja sekolah, barang bersepah etc.

Pastu, aritu kite test dengan bawak anak sedara kite umur 3-4tahun pergi pasar malam sama-sama dengan husband sekali. I let him handle. Anak sedara kite tu banyak mulut sikit, suka tanya-tanya. 
Husband kite suka jawab soalan-soalan budak tu secara auta. ( T__T ) -Failed sangat.
Sabar je la isteri ni.

Last week, cik tye balik bercuti kat rumah dengan si kecil Ifti Liyana, baru nak masuk 2 tahun.
Haila...
Budak kecik itu, kaki laju tapi mulut masih berat lagi nak cakap. Geram bangat dengan dia. (Hu. Over pulaks ucu dia)
Kisahnya, budak kecik ni slow sikit nak berbaik dengan orang kalau mummy dia ada, dok berbelit jer kat kaki.
It's take two days jugak baru nak berbaik dengan ayah cu dan ucu dia ni.
Well, husband rajin melayan... Lastly jadi bff la mereka berdua ni.
Ifti Liyana sikit-sikit pergi dekat ayah cu dia, cakap 'jom, jom' sambil tarik tangan pergi main etc.
Eh! Terkagum la isteri tengok suami dah jadi bff dengan Ifti Liyana tu.
Melayan jer Ifti Liyana bermain, tengok upin ipin, tengok cicak, kucing, ayam.
Pendek kata, balik jer kerja, Ifti Liyana mesti mai datang ketuk pintu bilik la ajak ayah cu dia main.
Husband pulak suka include kan wife dia main sekali dengan Ifti Liyana tu.
Tersenyum kejap, terasa macam we are happy family yooo...
Bergurau senda penuh kasih sayang.
Mihmihmih...

Husband treat Ifti Liyana very well.
Terus kegusaran isteri ni menghilang begitu sahaja.
Well, we still learning everyday... Step by step.
So, rasanya, husband pun masih sedang belajar how to cope with kids... I dont need to be panic pun.  Cuma perlu bagi peluang kepada diri sendiri dan suami untuk explore kids world.

Here she is!



Pictures zaman kite belum kawen lagi pun (balik mengundi PRU13). Tapi budak kecik ni masih rupa sama dan tak besar-besar pun. Bak kata mummy -nye, Ifti Liyana masih pakai baju dari masa umur dia 6bulan lagi.
Memang jenis petite la si kecik ni walaupun makan tak berhenti.
Si kecik ni suka sangat makan pisang, buah-buah, ikan, sayur.
Dapat pulak pisang emas, hoi sehari dekat 10 bijik dia makan kalah ucu dia meh...

Will miss her when she get back to KL this Saturday.
Lots of love my little darling Ifti Liyana.

Monday, 16 December 2013

M2B : DILEMA LAGI... BAJU FOR MATERNITY DAN NURSING

Assalamualaikum...
Since sekarang, mula termenung depan almari baju nak pilih baju untuk pakai hari-hari pergi kerja semua.
Mood terasa nakshopping baju la. Dah lama tak shopping baju pun.
Preparation for the coming bump.
^__^
So plan nak shopping baju yang sesuai untuk preggy la...
Ada jugak google maternity / nursing punya baju.
Haish...
Style macam tak kena jer...
Baju tu ketat sangat la atau tak attractive...
Memang kind of cerewet pasal baju ni...
Bukan apa, kalau boleh biarlah hat sopan sikit, pastu sesuai untuk pakai buat jalan juga.
Kalau boleh nak cari baju yang juga sesuai untuk nursing juga maka nanti dah bersalin tak perlu beli baju lagi...

Any idea M2B? Where should I get it?
Do share me...
Kite tak kisah for maxi or blaus... Hat ada button above sangatlah membantu untuk nursing pula nanti.



Sunday, 15 December 2013

Sleepy Sunday

Assalamualaikum...
Gitew...
Dari pagi excited nak hupdate blog tapi tak tau nak mukadimah apakah. 
Buntu.
Minggu baru bermula, minda masih nak bercuti lagi. Kite kerja hari ni.
Production kerja dihari pertama dalam minggu baru merudum sangat.
Tak feel kerja pun. Huaaa...
Sleepy sunday.
Semalam puas berjalan sakan kat pasar tani dengan cik Na  & cik Tie (sisters) dan anak-anak sedara.
Lepas tu malam pergi dinner dekat rumah Cik Na, dia kasi pinjam itu tilam dan bagi box yang penuh barang baby suruh pilih mana yang okey untuk kite guna nanti.
Pastu cakap, bantal pun tak payah beli, nanti dia kutip je yang ada kat rumah dia lagi.
Senyum ke telingalah kite.
 Sebab dapatlah mengurangkan list membeli-belah barang pakaian baby serta tilam baby itu. 

But baby, no worries, I will buy some new clothes for you too, but not much as I list before because we need to saving money for your future too my little one.

Need to get back for work...


Thursday, 12 December 2013

M2B : LIST PREPARATION BABY'S THING

Assalamualaikum...
Alhamdulillah usia kandungan masuk ke minggu 19 sudah.
Excited sangat google senarai barang-barang  untuk menyambut kelahiran si kecil kami.
Minggu lepas sempat jalan-jalan survey (eh dah citer ken sampai keliru nak beli apa).
Insya-Allah will start slowly shopping from next week, di minggu ke 20, which juga minggu gaji. Mihmihmih.
Maka sekarang share dulu dengan kawan-kawan list yang kite buat.

List kite dapat daripada googling around thru blog mummy-mummy juga. 
DISINI DAN DISINI JUGA. (banyak lagi link-link lain yang dirujuk tapi yang paling banyak dicedok idea dari dua link ini beserta dari pengalaman-pengalaman sebelum ini menjaga kakak dalam pantang)
Saya pilih untuk membeli barang yang basic dahulu yang perlu semasa kelahiran. Barang besar like stroller, car seat etc rasanya tak perlu dahulu. Tunggu baby besar sikit dahulu la baru fikir yer dok? Tak pun nanti pinjam sahaja dari kakak-kakak kesayangan itu. 
First at all, must write down to buy list so we will not wasting money buying things that we don't need.


-BABY THINGS-

A. CLOTH
  1.  Baju lengan pendek  - 10 pasang (newborn, 3-6m,6-12m)
  2. Baju lengan panjang - 10 pasang (newborn, 3-6m,6-12m)
  3. Rompers / jumsuit - 10 pasang (newborn, 3-6m,6-12m)
  4. Mitten & Booties - 12 pasang 
  5. Socks -5 pasang
  6. Sapu tangan - 5 helai
  7. Barut baby - 10-15 helai (mungkin beli separuh, lain-lain recycle kakak punya)
  8. Kain lampin
  9. Towel - 5 helai  
B. DIAPERING
  1. Wet tissue
  2. Cotton Ball
  3. Spray bottle - DONE
  4. Changing Mat - maybe DIY.
  5. Pampers
  6. Tissue rolls
C.  BABY CARE AND GROOMING
  1. Bedak
  2. Losyen
  3. Minyak telon
  4. Cotton bud
  5. Nail clipper
  6. Thermometer
  7. Baby Bath
  8. Travelling pack (Bath, shampoo)
  9. Vicks
  10. Minyak baby
  11. Detergent
D. NURSERING
  1. Set Tilam (beli toto kecik dan bantal-bantal jer kot tilam recycle kakak punya sahajalah)
  2. Baby cot 
  3. Mosquito Net
E. OTHERS
  1. Beg  Baby
  2. Nursing Cover
  3. Breast Pump
  4. Baby Bottle - DONE (Brand Tuppaware)
  5. Termos - DONE (Brand Tuppaware)
Bulan ni settle sikit-sikit baby things berdasarkan list ini dulu. Next month baru target untuk mommy things dan others things.

Lovely friends, kalau ada yang kite tertinggal senaraikan do share with me. Thank you!
xoxo and LOL...
-Puan Jelita-

Sunday, 8 December 2013

BABY THINGS, WHAT SHOULD I BUY FIRST?

Assalamualaikum...

Last Friday, since tak jadi balik rumah MIL disebabkan masalah kereta yang baru diselesaikan (bawak balik rumah) paginya. Husband call mak info nak balik lepas solat jumaat, mak kata tak payah balik kesian kat menantu dia penat nanti malam nak patah balik. ^__^ (sweet la mak ni).
Abah dah gerak pergi kL, kami berdua je kat rumah. Sepetang laki bini tido je. Sedar-sedar dekat jam 5. Lapar dan bosan. Terus merengek-rengek dengan husband ajak keluar. 
Lepas siap-siap bagai keluarlah guna kereta abah.

Ajak husband pergi kedai baby MANJAKU dekat area Tesco itu. Saja nak survey secara real plak, sebab sebelum ni dok survey thru google saja eh penah je pergi sesorang survey di pasaraya Pantai Timur tu tapi barang biasa-biasa jer. Konon nak feeling jalan-jalan dekat tempat hanya ada barang baby je.

Dah bila masuk situ, dok tengok benda-benda besar macam baby cot, dan breast pump (benda yang aim nak beli jugak insya-Allah) pastu sikit-sikit bahagian pakaian baby, mandian camtu. Pakaian baby pun tengok-tengok yang dalam box tu je. 
Pendek kata blurr... Nak shopping, tak tahu nak mula mana dan rasa awal lagi. Baru nak masuk 19 weeks pun.

Semalam pun selongkar hadiah kahwin aritu sebab teringat ada kawan bagi hadiah 1 set baju baby. Laju jer bukak box tu dan simpan baju tu kat almari. Husband dah kerut-kerut dahi, kenapa bukak sekarang?(baju tu untuk 3-6m). Excited sangat ke? Mihmihmih. 

Make list? Done do it. Tapi, kite tak plan nak beli everything sekaligus. So...
Melampau ke nak beli sekarang? Kalau nak beli patut beli apa dulu?
Tertanya-tanya betul. Need help!



Wednesday, 4 December 2013

M2B : the monthly check-up (18 weeks)

Assalamualaikum...
Hari pergi check-up baby lagi...
Hari hujan...bermalas-malasan dikatil lebih la hari ini alasan nak mandi air panas pulaks tunggu turn guna bilik air belakang.
Jam 8pagi baru nak terkedek-kedek goreng nugget bagai untuk breakfast. 
8.15- 8.20 am baru gerak g klinik
8.30 am dah mula nak check-up bagai.
Huhuhu.
Berat naik 1/2 kg. Ngeh.
HB above the lines, 11.2. Phew3... Nurse kata jangan bagi lower than 11 nanti kena follow up 2 minggu sekali sebab risiko untuk bersalin awal, seawal baby 7 bulan. 
Nonono...
Maka berazam selepas ni kena jaga makan sangat-sangat.
Makan kerang, hati ayam, ikan jaket (hat daging hitam itu zat besi banyak), sayur kangkung, buah jambu batu.

Hari ni excited pun ada, bump tu mula nak menunjukkan rupa dah. Hikhiks. Husband dah geram-geram tak sabar nak perut lagi besar nak rasa baby kick.
Kita pun dah mula slowly survey banyak-banyak pasal barang baby etc.
Dah siapkan list, dah aim nak beli itu ini. Hehe... Not so full package, basic dahulu.
Tak nak membazir dan lebihkan menyimpan.
Even husband dah gaji hari ni pun, dah pesan awal-awal dengan dia all the money for our saving, for baby things, dan banyak lagi. Huhu.



Monday, 2 December 2013

M-Life : The 6month phase.

Hai...
Seminggu sepi saja ini blog. Kekeke.
Pastu siap kena sound dekat kawan sebab lamaa tak update pasal life sekarang kat blog ni.
Ala...ala...sorry la. Mana kite tahu awak follow sini. Kite ingat syok sendiri saja update pasal life kite.

Husband yang bambam...hahaha...

Fasa ke 6 bulan perkahwinan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Merajuk manja-manja tu biasalah. Kalau ada 'silent time', sekejap je mesti ada situasi dan peristiwa yang akan buat kami ketawa terbahak-bahak selepas itu. Dah lupa part silent sebelumnya.

Pejam celik dah masuk tiga bulan kami mulakan hidup dikampung halaman.
Macam-macam dugaan juga dah lalui kat sini tapi alhamdulillah ditempuhi dengan senyuman.
Rasa lega dan syukur sangat kami ada dikampung, dekat dengan parent, dan keluarga jadi bila kami rasa susah, kami tengok dan fikirkan mereka kami tersenyum sendiri.

Dok kampung ni tak dak tekanan. Kalau dulu masa kami di KL, saya stress jer mesti macam-macam shopping. Pergi jalan-jalan nak shopping, + online pun shopping lagi. Sekarang tak shopping langsung sampai husband pulaks yang suruh shopping.

Husband dah dapat tapak kerja yang okey. No more complain about unpaid extra job etc, cuma waktu kerja kami yang berbeza itu mencabar sikit. Saya 8am-5pm. Dia 9am-6pm (with sometimes site working - OT), penatlah sikit saya menunggu dia untuk balik.
Yups. I'm still not driving. Husband dah banyak kali dok suruh sebab kesian saya balik lambat tapi entah, with this pregnancy, kadang-kadang rasa loya, pening tu makes me not very confdent la to do driving.
Alhamdullillah rezeki juga dari bahagian Rekod (BHT SOPD) saya ke bahagian Rekod (BHT Am - Kajian dan Laporan) sekarang ditetapkan bekerja di bahagian Rekod (sistem casemix).
Since sistem baru, banyak benda nak belajar, dan data yang perlu dimasukkan. Bos minta untuk kami dibahagian ini buat OT hingga jam 6petang setiap hari bermula 1 Disember. Yeay for me sebab ada alasan bila husband cakap pasal drive sendiri. Hahaha... 
Lepas tu dapat tanggung kerja untuk officemate yang bersalin. Sebenarnya dah terlambat buat surat. Dapat pun mungkin dalam sebulan + je. Tapi alhamdulillah jugak, rezeki baby.
Planning to do OT hingga bersalin nanti, hasilnya nanti bolehlah buat beli barang-barang baby dan persiapan berpantang nanti. 

Baby bump tak ada lagi yer walaupun nak menjangkau 18weeks dah. Tapi baby sangat aktif berenang, menendang, mengamuk bila lapar.  Hanya feeling inside la. Tak nampak  Kadang-kadang diam sangat satu hari tak move pun, tidur je agaknya. Buat kite risau jer, jenuh usik dia, minum air sesejuklah hapa, tak jugak nak gerak.

Atuk baby, as always sentiasa caring sangat. Siap packing kurma bawa ke pejabat sebab liat sangat saya nak makan kurma hari-hari.


Ini pulak pisang emas yang kami bawa balik dari rumah MIL, balik dari kerja semalam tengok ada kat atas meja solek dalam bilik. Abah kata letak je situ nanti hari-hari saya cepat ingat nak makan buah. Kalau dok kat dapur tak jadi nak sentuh.
#Okey fine, true... Pagi tadi tengok terus je saya makan sebab lapar. Hahaha.
Sweet dop abah saya?

Tok Ayah dengan Mak Tok (my F/MIL) pun caring. Nge. Mak, kalau dia nak menggoreng ikan nanti dia suruh saya ke depan sebab tahu saya tak boleh bau. Pastu kalau dok tengok cerita bab-bab lakonan OKU etc mak cepat-cepat suruh ayah tukar, takut kena badi katanya. tQ mak, ayah. Hat tak tahan, along (SIL) sibuk dok tanya mak dah nampak tak bump saya sebab dia nak imagine. Pulaks?
Comel betoi Along ni...^__^

Wishing for all happinest never ends. I love this my big-big-big family. Thanks Allah for all love that I got today.

Sunday, 24 November 2013

24TH BIRHDAY...MY WISHES?


Assalamualaikum...
Kejap jer masa berlalu. Hari ni dah turn 24 officially...
Hehehe...
Rasa baru saja sambut last year punya birthday dengan bakal tunang. 
Now dah sambut birthday as wife and mummy to be...
Kebetulan pulaks hari ni pun pakai baju sama yang pakai masa birthday tahun lalu.

Seminggu ni asyik mengusik encik suami sahaja, what will i get for my birthday this year?
Dia diam (tak ada idea kot), kadang-kadang dia tanya balik saya nak apa...
Me biasalah, suka gurau, cakap nak candle light dinner di captain-T, new vincci handbag etc.

Sejak dulu dia memang tak pandai untuk buat surprise semua. Selalu apa yang dia plan tu tak jadik pun ada dan turn him moody. So, easiest way, memang dia akan bawak saya tempat shopping kegemaran saya dan biar saya pilih yang saya mahu. 
Masa study, dia tahu saya suka sangat masuk nagoya, cari kain buat baju kurung. So on my birthday, dia sendiri tarik saya masuk nagoya dan suruh pilih kain.
Ada jugak sekali, I adore satu sweater ni tapi tak dapat beli. Bila my birthday lagi, dia bawa saya pergi beli.

Tapi semua tu tak perlu pun, pada saya as long he right besides me, always be with me, love me as always. I'm totally happy because I think I can't live without him anymore.
 Since we are married, terpisah seketika bila saya stay di Kelantan menjaga abah dan kemudian saya ke sana, kami selalu bersama-sama.
Mana saya pergi disitu pun dia ada.
Pergi kerja dihantar, pergi pasaraya sama-sama, ke mana-mana pun bersama-sama.
Bila dia tak ada sekejap pun,rindunyaaaa... (kecuali waktu kerja la) terasa lebih bila saya masih bercuti dia bekerja. 
Bila keluar sendiri, atau dengan kawan since kahwin, pasti terasa lain. Dia pun akan keep message etc risaukan saya. Walhal itu rutin sahaja ketika kami belum berkahwin.
Pelikkan?

Heart my husband always...

Wednesday, 20 November 2013

Review Outdoor Photoshoot : Post Wedding


Hello ladies n gentleman...
24 Ogos 2013, we did outdoor photoshoot. 
Tak puas ati dengan kejadian-kejadian di majlis bertandang tu. Here the time to pose!
Photographer by Matsu Fotoshoot.
Katanya Rm50 per 1 hour.
Tapi that day shoot dari jam 9 lebih till 12noon jugak kiteorang ni itupun dia dok tanya nak lagi tak jugak. We all jer tak semangat bila matahari mencanak diatas kepala.
Mengantuk + lapar. Hahaha.
Best bekerjasama dengan photog ni.
 He listening to us when we give idea about pose yang okay. (Pose waktu kami semasa pre-wedding dengan other photog)
He is part timer job amek gambar ni, but he is a study person.
Why i'm saying that is because...
Banyak pose berbeza yang dilakukan.
Orang yang study tengok banyak pic and tiru gaya.

Well at least mencoba daripada photog reception aritu, beria tonggeng terbalik amek gambar. Hasil dia macam bagi kamera dekat anak sedara suruh dia shoot jer. Tak ada seni langsung hookey!

You can sure hire Matsu Fotoshoot. While they still open the promotion okay, for family photoshoot, pre-wedding, even  maternity.




























Sunday, 17 November 2013

My W-Review : Handbouquet (1st Giveaway from Handbouquet-Ibtisam)

Assalamualaikum...
Review untuk HB yang saya menang dari Handbouquet-Ibtisam.
Dah lama nak share, asyik terbantut disebabkan ketiadaan gambar dan kerana HB diguna dua majlis tapi dulu tu majlis baru 1 berlangsung. Sekarang dah selesai semuanya. Dah almost 6 bulan kawen baru nak share. Sorry!
What can I say the HB is beautiful! Kemas sangat hasil dia. Saya guna untuk bergambar masa hari nikah.
Let see the pictures k!




 
(Lupa bawak masa pergi masjid sebab tersimpan kemas dalam kotak.) - Rugi tol!

Saja pilih warna kontra Putih + Silver with a little of Red pearl  tu sebab nak nampak kontra dia. Well masa tu planning nak guna HB ni masa bertandang.
Dan memang digunakan juga semasa bertandang.
Masa outdoor post wedding pun guna jugak sebab outdoor pakai baju bertandang.


Meh share pengalaman saya berurusan dengan owner Handbouquet-Ibtisam. Senang sangat berurusan dengan Cik Tie.
Beliau akan memenuhi permintaan pelanggan. Even saya tak bayar dia sesen pun, sebab menang contest jer. Tapi beliau suka dengar, tanya pendapat saya. Beliau tak paham kehendak saya, beliau akan tanya semula sampai paham.
Selain menang HB, saya dapat hadiah 10 pcs corsage.
Cik Tie pm tanya pasal idea untuk corsage, saya cakap buat yang biasa dia buat, rosebud camtu pun okay la. Saya tak cerewet pun serta malas berfikir pada masa itu. Nge!
Tapi Cik Tie beria-ia cakap dia tak de idea, still nak tanya idea saya. So saya google la jap.
Tup-tup dapat dan terus share dengan Cik Tie gambar yang kita berkenan itu.
Hasilnya...
Almost sama dengan pic asal, lagi special boleh letak nama etc kat corsage tu.
Cilok gambar dari page Handbouquet-Ibtisam jer. Tak amek gambar hari tu.


Gambar kawen hat lain tak ada. Malas nak upload. Sekian!

Wednesday, 13 November 2013

Rezeki Anak

A story to share...
My husband... 
Sebaik kami tahu berita yang saya dapat bertukar tempat bertugas di kampung halaman, kami nekad untuk pulang bersama-sama. Husband berkorban berhenti kerja walaupun jawatan dan pendapatannya agak lumayan. 
Tapi kami cuba positif, atas faktor-faktor 
1. Tak mahu hidup berasingan
2. Belanja hidup berasingan lebih besar.
3. Tak sanggup ulang-alik KB-KL
4. Di kampung, dekat dengan parents so senang nak ziarah jika sakit etc.

But...
Bukan senang juga bagi kami, bila makin dekat hari nak balik, macam-macam dugaan. Kepala berserabut dengan bos husband bagi tawaran tambahan gaji, dan husband mendapat peluang pekerjaan yang tetap dan lebih kukuh.
Hampir kami bergaduh. Saya tak mahu menyekat kerjaya dia. Dia tak mahu berpisah dengan saya tapi berat juga melepaskan tawaran itu.
Akhirnya, kami balik juga. Husband berhenti kerja.
As lelaki pasti husband ada ego, jobless make he feel down.
Tapi rezeki... Tak sampai dua minggu pun menganggur, he starts working.
Gaji, separuh kurang dari kerja dahulu. Well, bak kata orang , 'Kelantan, taraf hidup rendah.' (Erm...I dont think so...ayam sekilo kalau KL RM7.00 sini pun sama yer...Makan nasi ayam sepinggan kalau di KL RM5, disini jugak sama...)
Seksa sikit tapi kami boleh biasakan diri.  
Rumah tak bersewa, tak perlu dah saving so much untuk balik kampung.
Alhamdulillah.
Tugas husband diberitahu hanyalah menyediakan dokumen barang return dan urus barang return sahaja (we understand as work infront computer) Pada kami berbaloilah dengan gaji sebab waktu kerja, office hour.
Lama-kelamaan, kerja itu menjadi beban. Kerja makin bertambah (tambah kerja orang lain). Lori barang sampai pun kena keluar angkat barang etc.
After  he got paid, saya merayu husband untuk berhenti.
Apalah kerja, kadang bila  buat kerja orang lain, kerja sendiri tak terbuat dan terpaksa habiskan diluar waktu pejabat tapi not being paid sebab tak ada OT. Badan sakit-sakit sebab guna kudrat mengangkat barang.
Husband berat hati nak berhenti sebab office hour, kami boleh datang dan balik kerja bersama-sama.
Drama merajuk, psiko husband. Yeay! Me menang. Husband akur dan berhenti jugak.
Eh! bukan saya QueenControl yer. Imagine, kerja berhempas pulas, tapi gaji ciput? Bak kata husband manager dia kerja situ dah 5-6 tahun. Gaji? baru RM1+++. Jawatan manager gaji tak pergi 2k. Dulu husband kerja ass.supervisor je pun gaji dah nak capai 2k kot. Sayang badan oo...baru 24tahun, tapi badan dah sakit sana sini kalau badan berketul-ketul tak apa jugak ini ha sama berat dengan wife jer. Bukan cerewet sangat, tapi ada yer kes medical board di hospital ni, baru umur 40an tapi rebah lumpuh seketika, bila sihat pun sekadar badan dok terketar-ketar, mata tak nampak, kurus kering, tak ada deria rasa semua. Sebab masa muda kerja kuat, peti ais pun angkat sesorang. Hebat tapi baru 40an dah jatuh sakit. Anak-anak baru nak sambung belajar etc. 
Rela ke u'alls tengok husband sakit?
Saya tak rela.
Then, alhamdulillah, tak sampai seminggu pun bercuti tu, husband dapat interview. Alhamdulillah. Rezeki anak, dapat tawaran kerja bukan di satu tempat tapi dua tempat. Gaji alhamdulillah, lebih berbaloi.
Kerjanya bab komputer, juruteknik memang kerja yang husband minat.
Dah tak tahu nak pilih kerja mana.

So...
Anyone...
Yang ada masalah dengan job etc..
kalau kerja itu membebankan, memudaratkan korang....choose wisely step to go.
Yakinlah, rezeki Allah. Rezeki anak. Pasti ada.
Doa, dan yakin.



Sunday, 10 November 2013

M2B : Through 15 weeks

Pejam celik.
Eh, dah nak masuk minggu ke-15 dah usia kandungan.
Erm...slowly, i'm feeling there is someone inside me.
Semalam kena paksa practise driving dari Kemahang balik ke KB.
Udah le baru lepas lunch, pakai seat belt itu plak, terasa rimas / senak dah dibahagian perut. A few times, suruh husband longgarkan belt tu. 
What to say, i'm feeling relief. Well, at least now i'm believing there is someone inside me.

That day, dah cerita some alahan dari minggu 8-11.
Well, alahan tu masih ada jugak lagi sampai laani...

Bab meloya dan muntah belah pagi tu masih ada tapi jarang-jarang sebab bila kita rasa tak sedap perut, memang tak sentuh makanan atau minum apa-apa dah.
Dah lama tak minum milo jugak.Sobs. Dah lupa rasa milo pun. Hahaha. Melampau!

Bab bau-bauan ni memang cukup sensitif la. Pewangi kereta, pewangi / pembersih tandas, minyak wangi atau bahan seumpama yang ada bau kuat adalah musuh ketat sangat. Kejap jer rasa pening, nak termuntah.

Bau ketika ikan digoreng pun tak boleh. Asal ikan digoreng jer terus feeling nak landing sebab nak elak dari muntah.Bila masa makan, elok jer hadap ikan tu... Kalau balik umah mak mertua, memang menu tak lari dari ikan goreng, maka si menantu ni bila mak nak menggoreng teruslah masuk bilik landing. Hahaha... Apa ntah perangai. Nasib baik mak sangat faham. 

Nak jadi cerita,jumaat aritu kita buat sambal kosong untuk abah makan dengan lempeng, pastu terlebih belacan sikit. Bau dia masya-Allah... Memang pening semerbak. Kemas beg nak balik rumah mertua pun mengatur pada husband dari atas katil jer. Thanks and a lots of sorry husband.

Pastu truly, kita tak makan pun ubat yang nurse kasi tu.Dalam 2minggu awal dapat ubat tu jer kita makan, lepas tu air twister oren pun dah tak boleh diterima (muntah semula bila minum)  dan terus tak makan ubat dah. Lagi pula kita tak nak la ajar terlalu bergantung pada ubat.  Lebih baik cuba secara natural dengan makan sayur etc jugak.

Kita perasan, apa-apa makanan / minuman tu kita cepat jemu, dalam seminggu jer accept lepas itu, kalau minum, keluar semula. So, tiap-tiap minggu kena explore rasa baru yang boleh ditelan.

Junk food adalah kegemaran jugak sekarang. Mula-mula rasa bersalah then turn kepada positif dengan membeli junk food sihat, macam sunsweet, kekacang jugak. Pastu bila masak, menu wajib adalah sayur seperti bayam, etc.

Selain junk food itu, favourite sangat aiskrim sekarang. Balik kerja, singgah kedai wajib beli aiskrim. Weekend, memang wajib having aiskrim untuk legakan tekak sebab kalau tak akan rasa nasi yang dimakan tu ada je dekat hujung tekak lagi. Hiks.

Latest picture? Nantilah kita share lagipun belum ada bump lagi, so masih samaaa jer...

Thursday, 7 November 2013

Know what?

Hi!
Again...me...
Know what?
Sometimes I still not believing that now i'm actually pregnant.
There is someone inside me.
The belly is still same.
All my baju kurung still can be worn.
My peplum still make me look slim on the belly even the baby is already 14 going to 15weeks. 
Erm...my friend pregnant about the same age of mine keep updating the status that she cannot wore her baju kurung anymore.
So I will not remember that I'm pregnant...or else I wonder 'is i'm really pregnant?'
I just remember when I feel sicks at the stomach or dizzy etc.
Hehehe...

And 
I little confuse...
If I dont believe or very super excited about the pregnancy 
 But since know I'm officially pregnant...
I have orderer this twinkle baby set by tupperware...


I'm only 10weeks pregnant that time when sister back with my order. Hehehe...
Is I'm too excited? too advanced?
But...the bottle and everything in the set is so cute. I cannot help the feeling want to have it.
Can you? Please tell me i'm in the right path.
Anyone buy this too for you little to be?